Aku sebenarnya letih.. Physically & mentally.. Stress pun ye jugak.. Semuanya gara2 apa yg berlaku pada hari Isnin lalu. Buat teman2 yg bertanya khabar baik melalui blog, sms maupun call, terima kasih aku ucapkan atas keprihatinan kalian. Hanya tuhan yg mengetahui betapa aku sgt2 menghargainya..
Tapi maaflah.. Tak dapat aku rungkaikan kisah itu di sini. Mungkin aku akan ceritakan usai segala2nya tamat. Mungkin juga tidak. Namun stakat ini, aku tak mampu bercerita. Justeru, maaf skali lg.
Kala aku berdepan dgn situasi2 getir beginilah aku jd sensitif amat.. Alangkah baiknya jika dia berada di sisi utk menemani aku mengharungi kegetiran ini biarpun sekadar menghadiahkan sekuntum senyuman buat penawar hatiku yg rawan... Namun impian hanya tinggal impian....
Setidaknya, aku masih punya ahli keluarga yg sentiasa menyokong.. Juga teman2 yg x jemu mberi pandangan, juga mhulurkan pertolongan.. Terima kasih semua.. Hanya Allah jua yg mampu membalasnya...
Begitupun, jalan penyelesaian telahpun terbentang. Tinggal lagi utk aku susuri & tempuhinya hingga sampai ke penghujung. Doakan agar aku tidak tersadung maupun tercedera dlm perjalananku itu....