Hari ni hari Ahad. Dah hari yg ke 12 dlm setengah tahun ke-2 2009. Juga telah menjengah hari ke 19 bulan Rejab. Sesuatu yg pasti, hari ini juga adalah hari yg ke 100 pemergian seorang teman. Dia yg kan slalu ku kenang, arwah Ahmad Zuhaili b Mohamad Safie.
Hari demi hari yg berlalu, pantas sekali! Begitupun aku semakin pulih. Tidak lagi murah airmataku tatkala terkenangkan dirinya. Namun harus akui, ianya bukan mudah. Tak terubat dalam tempoh masa yg singkat. Kesedihan ini nyata terubat sedikit demi sedikit dlm tempoh 3 bulan lebih ini. Begitupun, masih ada kenangan2 yg masih segar kan hadir menemani di saat2 terutamanya pabila aku bersendiri.
Apa pun melewati setengah tahun pertama 2009, aku kirakan tahun ini penuh kegetiran buat aku. Banyak dugaan. Sarat dgn cabaran. Terhimpun dgn tragedi. Bukan hanya tragedi Oktober.
Januari 2009 aku sambut dgn keuzuran diri akibat demam panas. Agak lama. Dalam 2 minggu jugak. Disusuli kemalangan jalanraya pada bulan Februari sehingga mengakibatkan kereta aku tersadai di bengkel hampir 2 bulan lamanya. Turut menyebabkan aku 'patah kaki' kerana sukar utk bgerak kemana2. Mac, aku demam lagi. Agak teruk hingga membuatkan suaraku jadi serak
& hampir2 tak keluar.
Ujian paling hebat, aku harus berdepan & perlu bersedia utk menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selama2nya meninggalkan dunia ini. Tarikh 4 April kan selamanya terpateri dlm sejarah hidupku sepanjang hayat. Mei pula hadir dgn berita bahawa aku takkan sempat berkonvo pada tahun ini kerana supervisorku masih tak bpuas hati dgn draf tesis yg aku sediakan. Tamparan hebat sedang aku dlm keadaan cuba utk menstabilkan diri fizikal & emosi.
Bulan Jun aku diduga lagi. Sesuatu yg tak pernah aku jangkakan, juga tak pernah terlintas di fikiran. Namun tetap harus aku terima. & semua kejadian yg berturut2 ini melemahkan, serta melelahkan aku. Aku tersungkur berkali2. Tatkala baru berdiri atau baru hendak melutut, aku akan tersungkur kembali. Kadangkala tersungkur lebih teruk berbanding sebelumnya.
Kini, Julai aku alu2kan dgn demam lagi. Lengkap batuk & selsema. Hingga ke hari ini masih belum betul2 sembuh. & urutan peristiwa di atas menyebabkan belantara jiwaku ini tertinggal sepi hampir sebulan. Kesian belantara jiwaku ini...
Walaubagaimanapun, harus aku akui. Dalam tangis hiba & deritaku ini, ianya bersulam senyum & tawa. Terkadang cukup buat belantara jiwaku yg layu menjadi kembali segar & bernyawa. & tak dapat tidak sekalung budi, sejuta penghargaan aku titipkan buat keluargaku, juga teman2 yg sentiasa hadir tanpa jemu2 berdoa, memberi nasihat & sokongan. Dorongan yg amat2 aku hargai terutama ketika aku jatuh & rebah. Terima kasih aku ucapkan.
Tak terungkap semua yg aku rasakan di dalam jiwaku ini. Hanya secebis kata2 tanda penghargaan buat kalian. & di atas semua itu, aku sedari juga pelajari. Antara senyum & tangis, terbentang luas jalan yg aku cari2 selama ini. Utk itu, terima kasih Ya Rabbi!