Wednesday, July 22, 2009

Bukan Mudah...

Esok dah 1 Syaban. Aku pulak dah dekat 3 minggu duk kat Bangi. Bukan saje jalan2 atau lepak2. Tapi kerana tugas. Dek kakak aku yg 2 minggu berkursus di INTAN, berturut pulak dgn out station ke KT 5 hari kemudiannya, maka tak rasmi laa aku jadi babysitter kat sini. So aku kat sini bukan stakat tengokkan 2 org anak2 sedara aku je, harus laa aku buat kerja2 rumah segala hehe Well, aku datang lengkap dgn pakej! :D

Apa yg aku nak cerita kat sini, bukan mudah nak menguruskan seorang anak. Kalau lebih apatah lagi. Jadi, pun bukan mudah nak menjadi seorang ibu. Gembira & bahagia menimang zuriat yg tersemai daripada benih cinta memang mengujakan, tapi ianya turut hadir bersama2 banyak tanggungjawab. Tanggungjawab yg takkan ternoktah hingga ke hujung nyawa. Baik bagi si ibu mahupun si ayah.

Walaupun aku belum ada pengalaman menjadi seorang ibu, tapi aku dah ada 8 org anak sedara dlm lingkungan umur 3 hinggalah 14 tahun. Salah seorang daripadanya aku penah jaga masa umur dia 7-9 bulan. Ni kira part time job aku masa cuti semester tahun 2003. Jadi daripada memandikan, bancuh susu, beri makan nestum/bubur nasi/nasi, pakai lampin, cuci najis, menyiapkan pegi skolah, sampailah pada menidurkan, semuanya aku dah buat.

Aku pulak mmg dikenali sbg makcik yg suka melayan kerenah anak2 sedara aku. Tapi dalam hal mendidik anak2 sedara aku, aku akan menjadi sgt tegas. Mungkin kdg2 garang hehe Maklum jelah, kerenah budak2 ni ada jugak yg wat aku hilang sabar. Aku percaya, melentur buluh biar dari rebungnya. Walaupun aku marah atau pukul anak2 sedara aku, tu semua bertujuan mengajar. Demi kebaikan anak2 sedara aku jugak. Org tua2 kan dah kata, sayangkan anak tangan2kan, kan? :)

Ada ibu bapa yg menatang anaknya bagai minyak yg penuh. Memanjakan & mengadakan apa yg anak2 minta. & akibat kasih sayang tanpa kawalan yg berlebihan inilah aku rasakan gejala sosial semakin rancak di kalangan remaja kini. Ini aku katakan berdasarkan pemerhatian. Seorang anak bebas melakukan apa saja terhadap ibu & adik2nya termasuklah mencuri duit, mengacu2kan pisau pada adik2nya, hinggalah mengugut nak lari drp rumah. Si ibu pulak tak mampu berbuat apa2 kerana anaknya tak takut dgn ibunya. Si ibu pula tak pernah memukul anaknya hatta mencubit walaupun sekali. Hanya sekadar meninggikan suara.

Sayangnya, dah agak sukar utk membentuk anaknya itu. Dah belasan tahun pun. Haaiii entahlah.. Kesian tu mmg laa kesian pd si ibu tp kdg2 nak marah jugak sbb selama ni tak pernah langsung dia berkeras dgn anaknya. & di sinilah peranan seorang ayah juga penting. Tapi dalam kes ni, si ayah lebih2 memanjakan anak2nya. Siap tak percaya anaknya buat mcm tu. Huhu tak dapek nak nolong...

3 minggu ni aku betul2 jadi surirumah. Tak cukup tidur tu standard laa. Bangun pagi, kemas2 rumah, klu kain dah banyak basuh kain, masak nasi+lauk, gosok baju skolah, kul 10 kejutkan anak sedara aku bangun tidur, suruh dia mandi. Mujur dah 7 tahun, so dah boleh mandi sendiri. Yg 3 tahun tu je nak kena tengokkan lebih. Kdg2 2 beradik ni mandi sama2. Then dah siap2kan, beri diorg makan pulak. Bayangkan nak kena settle semua sebelum diorg bangun, klu tak mmg tak sempat!

Kul 12.30 hantar anak sedara aku g skolah. Kdg2 jalan kaki. Tak jauh mana, dlm 5-8 minit bergantung pada lenggang anak sedara aku hehe Pastu tinggallah aku dgn anak sedara aku yg 3 tahun tu kat umah. Duk melayan dia tgk Barney segala, bancuh susu bila dia merengek2 @ mengamuk. Tu dah standard dia klu nak tido. Ngamuk2 dulu, mintak susu & terlena sambil minum susu.

Dia dah tido baru aku leh wat pape yg patut. Kdg2 tido skali dgn dia. Slalunya time2 cani laa aku lipat kain. Klu dah 2 org budak, kain baju tu mmg laa banyak. Dah kul 6 jemput pulak anak sedara aku balik skolah. Kdg2 kakak @ abg ipar aku yg hantar & jemput. Tp abg ipar aku pulak jarang ada kat umah, maklum aje doktor. Waktu keje tak tentu.

Malam pulak pas mandi2kan anak sedara aku, bagi makan, tengokkan anak sedara aku wat keje skolah, bancuh susu lagi, klu anak sedara aku yg sorg lg tu buang air besar tambah laa lagi satu keje hehe So bukan calang2 keje nak kena wat klu jadi babysitter merangkap bibik skali hehehe

So pada kawan2 aku yg dah bergelar ibu & yg bakal bergelar ibu, aku doakan korang berjaya mendidik anak2 korg dgn baik. Tidak terlalu tegas, tidak pula terlalu lembut. Kedua2nya harus seimbang. Seorang ibu harus berdepan dgn kerenah seoraang anak sepanjang hayat, seorang pengasuh mcm aku ni cuma beberapa hari je.. Benarlah, parenting skill ataupun ilmu keibubapaan ni bukannya mudah...

Banyak2 laa bersabar... :)
.

Anak2 sedara aku yg 8.. Dari kiri: Adam Rafiuddin, Ayra Afiqah, Alya Ashilah, Ermina Nabilah, Ummi Aina, Ummi Amra (depan), Muhammad Hafiz, & Ermina Nadirah (depan)


6 komen:

uglybeautyme said...

bagos2:)
sy pown nk blaja sabar gak neh

- just me - said...

uglybeautyme,
sama2 laa kita blaja :)

iDAN said...

Agar Dik Ija tetap gembira dengan suasana rumahtangga akaknya. Memang bukan mudah menjadi surirumah sepenuh masa. Apatah lagi nak masak perbagai!.

Abg pun dalam diam tak diam telah lebih dari 3 bulan menjadi surirumah sepenuh masa. Cumanya kurang masak memasak selalunya beli sahaja lauk & gulai. Masak nasi sahaja, ringkas sikit. Ikut seleralah terkadang jemu beli... masak juga sendiri. Paling mudah masak sayur bening, bayam taruh cendawan!. Anak-anak suka masak begitu.

Bangi tu bersebelahan dengan Jenaris. Akaknya mesti tahu mana itu Desa Sri Jenaris. Ajaklah akaknya jalan-jalan ke sini. Tesco, Giant & Kamdar bersebelahan dengan kawasan perumahan abg.

- just me - said...

Abg iDAN,
Oh bab masak memasak sebenarnya bahagian akak. Saya yg simple2 boleh la sbb x pandai mana hehe Sgt salute dgn org lelaki yg boleh uruskan rumahtangga & kerja2 di dapur! /(",)

Umah akak sebenarnya kat Bandar Baru Bangi. Mungkin dia tahu kot tapi susah jugak nak ajak akak kemana2 sbb spjg kursus kat INTAN, akak kluar umah seawal jam 7pg & pulang lebih krg jam 7mlm. Dah x sempat nak bjalan sbb penat & kena revise utk psediaan esoknya. Huhu..

Tapi dekat laa dgn Hospital Serdang tmpt abg nak check up 30hb nnt kan? Sayangnya pulak saya dah nak pulang ke Phg esok.. Mungkin ada peluang di lain kali, insya-Allah :)

Faridrashidi.Com said...

Salam,

Apa khabar tuan rumah?

Semoga dipermudahkan. Dan jemputlah ke blog saya boleh bertukar pendapat dan link. Insya'Allah.

- just me - said...

Faridrahisid.Com,

Salam ukhuwah. Alhamdulillah tuan rumah sihat2 je wpun penat bkejar2 dgn anak sdara hehe Mekasih sudi singgah ke mari :) InsyaAllah..