Saturday, July 25, 2009

Macam Macam Kerenah...

Wpun ni bukan kali pertama aku babysit anak2 sdara aku ni, mesti akan ada2 je kerenah mereka yg menghiburkan. Yg buat jadi nak marah tu kita letak tepi dulu ye.. Sbb byk sgt hehe Kan kena sabar.. :D

Kerenah 1:
Kisahnya smalam. Lala & Nadirah duk laa tgk cite Geng Bas Sekolah (GBS). Seram laa pulak kisahnya malam tadi. Siap ada hantu2 lagi. Menjerit2 laa si Nadirah mendapatkan aku yg kat dapur masa tu. Takut katanya. Nak duduk dekat2 dgn aku. Sampai basah2 terpercik air sbb aku tgh basuh pinggan. Ni bukan tahap duduk dekat, dah melekat dah pun! :D

Siap sume, Nadirah tarik aku depan tv. Nak tgk tapi takut. Kata berani tapi duk tutup2 mata haha Umur si Nadirah ni baru 3 tahun tp petahnya.. huiiii tak tlayan kadang2 :) Kesudahannya cite tu upenye diorg blakon je jadi hantu. Sbb nak buat birthday surprise kat salah sorg kawan diorg dlm GBS tu hehe

Abis cite tu aku suruh laa Lala kemas buku2 utk skolah esok. Tapi liat sungguh nak kemas. Siap kata nak kemas esok pagi je. Dgn si Lala ni takleh tangguh2. Nak2 plak sebelah pagi. Memang payah le skit. Nak kejutkan dia bangun tido dah 1/2 jam, nak tunggu dia bangkit & gi bilik air dah 1/2 jam, tunggu dia mandi & siap2 pakai baju skolah dah 1/2 jam lagi. Nak bagi makan segala, tu lom campur klu rengek dia terlebih.. Haa berjam2 laa jawabnya.. :D

So lepas aku pun dah puas suruh Lala kemas buku2 dia, last2 aku kata aku nak naik kat tingkat atas & nak tinggalkan laa 2 beradik tu kat bawah tgk tv. Diorg wat dek je. So aku tutup semua lampu kat bawah & naik atas! Apalagi bergegas laa diorg bangun & kejar aku nak naik atas sama hahaha

So dah kemas2 buku semua, masa utk tido plak. Yg si Nadirah nak susu, Lala pulak nak air masak. Lepas bancuh susu & beri Nadirah minum, aku pun nak turun laa ke bawah amik cawan & sebotol air masak. Skali Lala ikut aku. Apalagi meraung laa Nadirah yg tgh hisap susu atas katil tu huhu.. Sudahnya dua2 turun ikut aku g dapur kat bawah ekekek Padahal biasanya Lala ok je duk berdua dgn adik dia.. Aduuhaaaiii takut punya pasal.. ;)


Kerenah 2:
Tgh duduk2 temankan Lala buat keja skolah, Lala yg dari tadi duk bcakap mcm2 tiba bsuara, "Kalau kita doa & mintak dgn tuhan, tuhan dengar ke apa kita cakap? Kenapa tuhan tak cakap balik dgn kita mak lang?" Pastu dia tanya lagi, "Mak lang, tuhan bergerak ke? Kawan Lala cakap kan, tuhan tak bergerak. Abis tu tuhan duduk kat mana la? Kat langit kan mak lang? Hmm tuhan keje tak? Tuhan ada ofis tak mak lang?" Haa amik ko.. Terkedu kejap aku dgr soalan Lala.. Huhu..

Aku amik nafas panjang2, sempat laa duk pikir2 kejap & aku pun jawab satu2. "Mestilah tuhan dengar apa yg kita cakap tapi tuhan dengar tak sama mcm kita semua dengar. Sama laa jugak, tuhan bercakap & bergerak tapi tak sama mcm kita semua. Mak lang tak tau laa tuhan ada ofis ke tak tapi tuhan pun ada keje tapi tak sama jugak mcm kita."

Fuuhh.. Mujurnya lepas tu Lala tak tanya apa2 lagi. Agaknya dia paham laa kot jawapan yg aku beri hehe Soalan2nya nampak mudah kan? Tapi kdg2 terkial2 jugak laa kita ni nak menjawab kat budak2. Takkan pahamnya budak2 ni klu diterangkan dgn pjelasan saintifik bagai. Lagi byk soalan lagi ada laa nanti :D Haa kalau korang laa apa yg korang nak jawab?


Kerenah 3:
Aku suka sendiri bila tgk gelagat anak2 sdara aku main sesama beradik. Main jual-beli terutamanya. Lala akan jadi pjual & si adik akan jadi pbelinya. Riuh laa si kakak mempromote sgala aneka barang dgn sgala mcm harga kat adik dia. Yg si Nadirah ni pulak, duk ok manjang. Apa yg kakak dia cadangkan utk beli, semua dia ok. Bila suruh bayar, tak nak kasi duit. Tapi nak amik jugak barang2 tu. Sudahnya bgaduh. Btepuk tampar siap!

Maka menangis laa sesape yg jadi mangsa. Kdg2 Lala, kdg2 Nadirah. Lepas tu masing2 bawak haluan sendiri. Tapi kejap je. Tak lama lepas tu main sama2 smula.. :) Suka aku.. Budak2 mcm tulah.. Gaduh teruk mcm mana pun, kejap pastu bkawan smula. Tak macam bila dah menginjak dewasa. Gaduh skit je tp dipanjang2kan sepanjang hayat. Alangkah baiknya klu semua org tak menyimpan dendam & hasad. Pasti dunia aman!

Tapi itulah hakikat & realiti kehidupan. Ada pro & kontranya. Dah ada putih, ada laa hitamnya. Semuanya utk kita fikir, renung & pelajari. Tak terkecuali setiap ujian & dugaan. Semuanya terkandung maksud tersendiri. Terutama bagi mereka2 yg bfikir. Buat dijadikan ilmu, pengajaran & pedoman utk kita jadikan titian ke alam yg kekal abadi. Itupun kita sering terlupa. Seolah2 terlena dgn menyangkakan kita akan selamanya di dunia...

Oppsss.. Tiba2 jadi serius pulak :) Tapi xsalah kan.. Klu sedih kita beringat, dalam senyum pun kita memahat. & peringatan ni utk aku jugak!

Apapun tugas aku sbg babysitter dah pun secara tak rasmi berakhir hari ni sbb kakak aku dah selamat sampai ke umah drp out stationnya. Esok klu tiada aral aku akan pulang ke kampung sebelum kembali smula ke bumi darul iman..

Lala & Nadirah (nak buat peace tp tak jadi hehe..)

8 komen:

NHalimah said...

laaa...pesal balik kampung...beb..u rase kan..nape orang dewasa lebih sukar nak berbaik jika di bandingkan dengan budak budak..? nape org dewasa suka memanjang manjang kan benda yang tak best..? *sigh*

Anonymous said...

kisah kerenah 1:Terfikir juga terkadang kanak-kanak yang tak tahu apa-apa hendak kenal siapa tuhan tapi kita yang dewasa ni yang sudah dewasa dan berkemahuan keatas apa yang diingini terkadang tak pernah rasa nak kenal tuhan dengan lebih dekat.Terkadang kita lebih takut kepada harta daripada Tuhan :)

Anonymous said...

Kisah kerenah 3:Kita berasal daripada tidak berdendam tetapi bila dah dewasa perasaan dendam mula tumbuh sehingga sukar ditebang dan dibuang,kenapa ini harus berlaku dan kenapa ianya berlaku,alangkah baiknya toada sifat dendam didalam hati kerana hidup kita lebih sihat dan bahagia kerana tiada sifat dendam yang berpenyakit.:)

- just me - said...

Alakay:
Hehe.. kena laa balik kg, lame sgt dah duk kat Bangi xkuar2. Boring :D

Nape org dewasa lebih susah nak berbaik? Bila makin meningkat usia, hati & jiwa kita makin dicemari dgn sgala macam syak wasangka serta berburuk sangka. Sbb tu budak2 tak simpan dalam hati sbb jiwa mereka bersih & suci, ikhlas berkawan & bermain sdgkan kita2 yg dewasa ni berkawan ada kepentingan utk diri sendiri.

Mintak dijauhkanlah drp sgala sifat2 mazmumah..

Anonymous 1:
Rasanya nak komen kerenah 2 ni.. :) tapi mmg benarlah bagai dikata. Betapa ramai di antara kita yg lebih takut hilang harta bbanding tuhan & agama. Sbb tu gejala murtad bermaharajalela. Sayang betul bila duit mengaburi mata & hati, semua logik & pegangan dah tak dipeduli lagi..

Anonymous 2:
Mcm yg dikatakan, dunia ini ada hitam & putihnya. Ada yg baik, ada pula yg jahatnya. Kalau takde yg jahat, yg baik takkan tau erti kebaikan itu & beza baik dgn yg jahat tu.

Semuanya bermula drp segumpal darah bergelar hati. Jika hati itu baik, maka baiklah semuanya & begitulah sebaliknya. Dendam hanya akan tumbuh di hati mereka2 yg tercemar. Moga kita semua kan sentiasa disirami hidayah & rahmat Ilahi agar sentiasa berbaik sangka sesama manusia..

abg iDAN said...

Kita selalu lupa, bila sudah tua pun kita akan menjadi macam budak-budak. Maka itu hati orang tua terkadang amatkah payah kita nak fahami.

Sy pernah impikan mahu anak perempuan tetapi nampaknya memang tiada. Jika Dik Ija nama Nadirah itu menjadi satu lagenda pada abg. Cuba terbalikkan ejaannya itu nama abg dalam IC.

Pernah bersuara dengan Kak Mila mahu taruh nama anak begitu jika perempuan. Nadirah binti Haridan. Mengamuk dia kerana dia pernah terbaca surat cinta abg dedulu seiras nama kekasih lama abg begitu.

Selamat menempuh kehidupan & rutin harian bagai dulu. Abg masih kekal jadi surarumah memang penat banget.

- just me - said...

Abg iDAN,

Lumrah hidup manusia, semua akan berbalik sebagaimana asal. Kerana itulah seorg tua akan kembali mjadi bagai seorang bayi yg perlu ditatang dijaga.

Ooo itu nama penuh abg ye? :D Tak sangka pulak kebetulan mcm tu.. Tergelak saya baca bila abg cerita kak Mila mengamuk sbb nama bekas kekasih lama abg. Cemburu tandanya sayang tu.. ;)

Rutin harian skrg dah jauh berbeza dgn rutin 3-4 bulan lepas. Byk yg perlu dilepaskan lantara tak mahu terus hidup dlm kenangan. Lgpun, kita hidup utk hari ini & hari2 yg mendatang kan? :)

Selamat buat abg juga. Dlm sibuk menguruskan rumahtangga, doa & harapan saya kesihatan abg kan tetap terjaga.

kyora said...

aku rasa kan, kita boleh jadi besan jarak jauh, aku ada 2 anak sedara lelaki

- just me - said...

kyora,
haha.. mak ayah x cakap pape, mak2 sdara plak yg lebih2 wat perancangan ekekkekeke ;P