Friday, October 23, 2009

On Duty...

Lame dah aku tak update. Hening & senyap sunyi jadinya belantara jiwa aku ni. Bukan tak nak tp byk kekangan terutama bila melibatkan perihal nak online. Klu takde streamyx, broadband atau apa2 cable, jgn mimpi laa boleh update blog serancak dulu2. Yelah, kat kampus ada hotspot. 24 jam pun boleh online! :D

Selebihnya idea dtg pd waktu tak diduga. Masa tgh drive kereta, masa duk dalam bas, masa tgh tgk tv, masa tgh baca paper.. Iskk yg peliknya masa duk ngadap laptop nak dicurahkan segala idea, otak jadi beku & jemari jadi kaku huhu dah tu camno?

Ape2 lah labu, yg penting aku dah pun selamat sampai ke Bangi, umah kakak aku. As usual aku dipanggil btugas utk jadi babysitter sbb kakak aku outstation. Ni pun askar2 yg berdua tu dah lena dibuai mimpi tak tau dah sampai ke mana, baru laa aku leh tenang2 & ngadap belantara jiwa hehe :D patut letak tajuk 'edisi lepas geram' punye post ekekekek..

Kebelakangan ni terlalu byk perkara yg berlaku. Sejak Syawal menjelang, ada2 je hal telah berlaku yg membuatkan aku merenung2 & bfikir. Hmm aku nak mulakan pun tak tau dari mana. Nak buat entry raya rasa mcm dah tak 'to-date' pulak hehe yelah, Syawal dah pun berlalu berganti dgn Zulkaedah.. :) Tapi tak kira laa, nak cite gak haha..

Raya tahun ni entah kenapa aku rasa ada lompang. Lompang yg bukan sedikit. Riuh rendah suara anak2 saudara aku dgn keletah masing2 yg menghiburkan tetap tak buat aku rasa meriahnya suasana raya. Gambar2 raya byk jugak tp yg ada aku nye takde laa sbb aku yg jadi jurugambarnya huhu nak bgilir dgn adik aku mcm biasa tahun2 lepas tak boleh, sbb adik aku keje di pagi raya.. Raya ketiga dia balik, mood raya dah beransur2 luntur pun.. :)


Posing2 di pagi raya.. :D

My family.. tp ada yg takde dlm gambar lg ni..


Raya ke4 aku bangun dlm keadaan sakit. Sakit belakang seolah2 tak tertanggung berat badanku dgn tulang belakang sedia ada. Perut aku pulak meragam2 seolah2 ada perlawanan sengit sdg berlaku yg entah kenapa puncanya. Sudahnya sampai ke ptg aku cuma terlantar atas katil sdgkan plan asal aku nak konvoi raya dgn member2 huhu raya ke 7 baru aku betul2 pulih wpun tak sepenuhnya.

Elok aku rasa dah sihat sikit, aku ke Kuala Pilah jenguk2 ke kolej tempat aku blajar. Aduhai, kenangan kat matriks laa yg paling mgembirakan aku! Aku happy sgt2 blajar kat sini, seronok sgt kenal & bkawan dgn classmate/sekuliah aku, pun sgt2 best dpt kenal & bkerja dgn teman2 seorganisasi aku yg sama2 jadi ajk induk nak wat ekspidisi naik Gunung Angsi, Ulu Bendul, N9!! :D Lecturer2 pun sgt2 sporting, makcik/pakcik kafe pun sgt peramah & pandai sediakan lauk best2 hehe Pendek kata semua best la! Hehe


Mercu tanda KMNS kat pintu masuk..

Dgn beberapa org lecturer yg sporting2.. Maceh cikgu! :)


Tak lama lepas tu pulak aku terima perkhabaran gembira. Sorang lg sahabat aku melangkah setapak ke depan dgn title 'tunangan org'.. Aku tumpang gembira & bahagia sbb putik2 kasih mereka aku ada jugak tolong siram2 & baja2 skit ekekekek siap slalu jd tukang sakat & usik2 lg! Upenye mmg jodoh mereka dah saling dipertemukan, alhamdulillah :)

& then lepas semua kakak & abg aku balik ke kl, aku plak balik ke KT. As usual settlekan bbrp perkara. & dalam pada tu aku temui perkara2 yg tak pernah terjangkau di fikiran aku! Mungkin itu suatu petanda & alamat.. & akhirnya ku sambut kedatangan hari raya yg sebenarnya dgn penuh kesyukuran.. Terima kasih tuhan! :')

Paling best, sbelum aku balik ke Temerloh aku sempat jumpa dgn salah sorg member kamceng aku masa sama2 blajar kat matriks Kuala Pilah (KMNS) dulu. Sukanya boleh jumpa dgn Mah! Dah pregnant 7 bulan pun. Sepintas lalu aku terkenangkan arwah sbb kitorg sama2 gi kenduri kawin Mah bulan 3 aritu.. Jumpa dlm 2-3 jam mmg x cukup! Tak bjalan kemana pun. Duk sembang2 je cite2 lama, cite2 baru.. Pun aku tumpang gembira & bahagia melihat kebahagiaan temanku itu.. :)

Hasmah & me... :)

Sepulangnya aku dari KT, aku ke KL pulak keesokkan harinya. Kali ni sbb nak hantar abg aku sekeluarga yg akan ke Indonesia atas urusan kerja. Hmm.. bila sebut 'Indonesia' ni confirm terlintas isu diorg nak 'ganyang' Malaysia kan? Mula2 aku tak cakna pun sbb aku rasa tu satu lg isu yg saje diorg besar2kan sbb nak carik publisiti. Tp bila dah smpi tahap kes guna buluh runcing tu aku hangin jugak.. Paling aku geram bila ada isu yg pertolongan kemanusiaan dari Malaysia kasik makanan dah luput tarikh pd mangsa gempa bumi kat Padang. Hish!!


Anak2 sedara aku duk main troli dlm airport hehe

Masanya telah tiba utk berangkat pergi...

Erkk.. sorry, dah lari topik asal hehe stakat tu jelah. Aku malas nak cakap lebih2. Org kata buang karen, buang masa. Baik aku fikir & kaji pasal menda lain daripada duk nak melepas geram jek kat diorg2 tu.. Yelah, klu aku ni menteri ke wakil rakyat ke, mungkin laa kata2 aku ni ada org nak dengar kan? :D

So nak citenye, belum pun cukup 30 jam aku kat KL, aku dah pun balik smula ke Temerloh dgn parents aku. Driving lak tu! Dah dekat2 nak sampai ke Temerloh tu, serius aku ngantuk smpi rasa mcm nak tido sesgt.. Tp dek mengingatkan yg mak abah aku ada dalam tanggungjawab aku masa tu, aku gagahkan jugak diri. Alhamdulillah selamat smpi akhirnya.. :) & mlm tu kul 10 aku dah berada dlm lenaku yg entah kat negara & ceruk mana hehe

Seminggu aku kat Temerloh. & hari ni aku dah kat Bangi smula hehe rasanya aku ni byk mbesar atas jalan jek ekekeke Tp kan, 3 hari lepas klu aku tak silap keluar berita 3 nyawa melayang kerana seekor kucing. Perasan tak? Aku baca je cite pasal kemalangan tu, terus aku tingat entry yg penah aku tulis awal tahun dulu.. [What Will U Do..?] Hmmm so should we consider the comments & the thoughts back?

Uihh.. Dan panjang ni.. 3 jam lebih aku tulih entry ni, tak sampai 30 minit pun korang baca kan? Hehe.. Ape2pun enjoy laa dgn cite aku yg panjang lebar ni.. Kan aku dah gtau yg ni edisi lepas geram td? Hahaha.. Layan jelah... ;)


4 komen:

efa fairuz said...

panjang entry..hehe

good to have u back!! lame dah tak mendengar cerita belantara jiwa ni..sesekali ceria ni bes gak..asek cite2 mandom je..aku pon risau..huhu

- just me - said...

haha.. told u so! ;)

whoa.. its great to be back again!! tp kejap jelah.. aku kat sini pun dlm 4 5 hari je.. xtau laa camne aku nak perah2 idea dlm masa suntuk2 cani hehe tp bila baca dr satu entry ke satu entry, lain pulak bunyi entri aku ni banding dgn yg sebelum2 ni hehehe

ape2lah labu.. aku suke pe baca blog ko.. penuh perasaan! :D alaa blog aku pun ada masa duk letak cite sedih je.. smpi kdg2 aku rasa org pun boleh fedup baca cite sedih aku huhu..

tp nak wat cane kan? dah inilah belantara jiwaku.. (hehe ayat gile kuasa) ;P

iDAN said...

Kebanyakan Anak Buahnya perempuan berbeda dengan sebelah Kak Mila, lelaki yang ramai.

Bangi lagi!, Bangi tu semakin sibuk, kawasan perumahan di sana semakin penuh. Abg baru sahaja ke Masjid Bangi depan Klinik Zaharah tu!. Kes isteri Encik Razak meninggal dunia.

Jika raya suka juga ke WARTA sekarang WARTA telah jadi Bintang. Sana ramai org kita berniaga. Sayangnya pawagam di WARTA tu asyik tutup, kejap buka kejap tutup. Orang Bangi memang tak suka menonton. Kalau tidak pasti rajin ke sana.

Selamat menjadi suri rumah macam abg juga. Memang penat... nampak sahaja kerjanya ringan; tapi remeh amat. Kena pula sidai kain jiran sebelah asyik jeling-jeling sahaja. Macamlah tak pernah tenguk lelaki sidai kain. Adoi! tak sabar nak balik kampung!.

- just me - said...

Haah, anak2 sdara ramai yg perempuan. Hrp2 kenduri kendara nanti senang laa, dah ramai petugas2 kat dapur hehe

Sebenarnya lebih tepat kat bandar baru bangi. Tp sbb pjg sgt panggil bangi je. Kira adik beradik laa tu kan hehe

Penah jugak ke warta, tp 2 3 kali je. Itupun dgn abg. So takde laa bjalan mana sgt. Lgpun, duk kat bangi skrg bukan boleh kluar sgt. Masa kakak outstation dulu boleh laa jugak rewang2. Ni kakak dah keje mcm biasa smula, kereta pun dia pakai. So duduk kat rumah jelah minggu ni huhu

Mmg kan? Nampak je keje2 rumahtangga ni senang, tp berat sebenarnya. Tu belum tambah klu ada budak2 lg. Nak meladeni kerenah anak2 tu kdg2 smpi tak sempat nak buat keje lain :)

Ok laa tu abg, ada jugak jiran yg prihatin ;) hehe mesti dia kata bertuahnya klu suami dia pun serajin abg. Kenapa tak sabar nak blk kg tu?