Monday, January 19, 2009

What Will U Do..?

Malam di pinggir bandar. Sekitar jam 8.30. Hujan masih renyai2. Kurang 20 meter drp lampu isyarat di simpang tiga. Jalan dua lorong yg baru diberi lampu hijau tiba2 perlahan & dihiasi lampu2 brek. Lorong sebelah kanan jd tumpuan. Kemalangan! 4 buah kereta berantakan. 2 buah kereta yg di tengah2 lebih teruk keadaannya dek terhimpit dr depan & belakang.

Kelihatan seorang perempuan sdg termangu memegang kepala. Mungkin salah seorang pemandu. Mungkin terkejut, mungkin juga trauma. Kereta2 lain di sebelah kiri ada yg berhenti, ada yg terus menyusur. Lebih kurang 2 meter drp kereta plg depan yg terlibat dlm kemalangan itu. Kelibat suatu lembaga.

Oh.. seekor anak kucing yg masih panjang nyawanya. Comel. Namun kelihatan seolah terpinga2 dgn keadaan sekelilingnya. Mungkin juga tercari2 sang ibu yg entah ke mana. Nyata telah menjadi punca insiden yg melibatkan 4 buah kereta.

Terlintas di fikiran pd ketika itu. Jika berada di tempat pemandu kereta yg pertama, dgn kereta yg baru dipacu tiba2 sang kucing melintas di tengah jalan. Spontan membrekkan kereta atau terus memandu tanpa boleh berbuat apa2?

Membrekkan kereta bererti meletakkan diri dlm risiko kemalangan. Tanpa memperoleh tuntutan kerugian drp sang kucing tentunya. Meneruskan pemanduan pula bermakna merisikokan nyawa seekor makhluk tuhan yg tak berdosa.

Kalau anda berada pd situasi yg sedemikian bagaimana..??

4 komen:

fizah_ismail said...

kalo aku jd empunya kete 1st tu, aku akan brek mengejut gak..xrela la nk langgar anak kucing..atau mak kucing..coz aku mmg suke n tersangat la suka kucing..hehe..nampak kucing kena langgar pn dh nangis, ape lagi nk langgar kucing..owh..mintak dijauhkan..huhuhu..

- just me - said...

Huhu.. bile ko kate camtu aku tingat masa aku 2nd year dulu aku penah terlanggar anak kucing yg kitorg bela kat umah sewa aku. Aku ingat line dah clear, skali bila reverse rasa langgar cam bonggol. Turun2 tgk anak kucing tu tbaring jek.. Sibbaik xterkuar isi perut ke ape..

Aku nangis gila2.. Dah laa masa tu nak kuar gi kuliah ramai2. Housemate aku laa yg tlg amik anak kucing yg masa tu still bnyawa & alihkan dlm sangkar. Yg lain tlg calm down kan aku.. Sbb kuliah tu xleh ponteng, aku pun tpaksa gak laa g kelas dlm keadaan aku yg still nangis. Masa tu mmg aku x drive dah huhu..

Balik2 kelas, kitorg tgk anak kucing tu dah mati.. & aku sambung nangis smule... :'( Huuuu sedihhhh!!!

Penanam Sayur said...

Pergh..gile deep entry ni!

- just me - said...

Deep?? How deep is ur love?? Hehe.. Encik penanam sayur, soalan yg last skali tu masih tidak terjawab nampaknye... :D

What will u do?