Monday, July 12, 2010

Alangkah Bahagianya...

"Cinta tidak mengenali batas; gadis atau janda; mulia atau hina; tidak mengenali tengku atau patik; anak halal atau anak haram. Cinta itu adalah hubungan batin yang dipertemukan oleh Allah, dan diikat oleh tali Allah; bukan diikat dengan kertas mas kahwin.."

Baru lepas tgk cite Ali Setan 1 & 2.. Alangkah bahagianya jika aku dipertemukan dgn cinta sesuci itu.. Rasa bagaikan ingin jatuh cinta lagi & lagi & lagi..... (^-^)

Thursday, July 1, 2010

Langit Ku Junjung, Bumi Ku Pijak...

Alhamdulillah.. Aku dah selamat tiba di tanahair lebih kurang jam 2 ptg td.. :) sgt2 penat tp memori sepanjang hampir seminggu di Indonesia sgt manis & menyeronokkan. Will be updating this blog later. Now, I just wanna go to sleep.... ;)

Sunday, June 27, 2010

Jom Terbang Tinggi!

Alhamdulillah, 25hb tempoh hari aku & 3 org peserta lain selamat tiba di lapangan terbang Sukarno Hatta, Jakarta pd jam 7 malam (waktu tempatan) lepas 1 jam 40 minit penerbangan. Kami bertiga yg diiringi oleh cik Yasmin drp Kementerian Belia & Sukan (KBS) sbg official leader adalah wakil drp Malaysia yg menyertai program ASEAN Youth Wallecea Expedition yg berlangsung di Jakarta & Ternate, Indonesia sepanjang 25/6 hingga 1/7 2010.

Sampai di airport, kami (aku, Nisha & Husni) dijemput oleh committee drp Indonesia & terus dibawa ke pejabat menteri utk menghadiri welcoming dinner. Tapi dek kesesakan lalulintas yg memanjangkan perjalanan kami drp 20 minit menjadi sejam, jadi kami terlewat utk sesi bergambar rasmi bersama menteri2. Usai majlis, kami terus ke ke tempat penginapan kami iaitu Hotel Batavia, Jakarta.

The next day, semua peserta drp negara2 ASEAN dibawa ke Cibinong Science Centre (CSC) utk small briefing about CBS itself, the importance of biodiversity & Ternate. Pun ada laboratory tour di CSC yg jugak merupakan muzium sains/biodiversiti yg terbesar di Asia Tenggara.

Later that day kami dibawa pula ke Bogor Botanical Garden (BBG). BBG pulak antara taman botani yg tertua di Asia Tenggara. Sayang ptg tu hujan. Kalau tak kami sepatutnya dibawa utk melihat bunga Rafflesia yg ada dalam taman botani tu. So jalan2 di dalam BBG tu jelah. Ke taman Anggerik, ke giant water lily pond & dipersembahkan dgn beberapa tarian budaya drp Indonesia termasuklah tarian Rampak Gendang.

Plan asal malam tu kami akan dibawa ke Jakarta Fair 2010 tp disebabkan flight kami ke Ternate keesokkkannya seawal jam 6 pagi, so semua pulang ke hotel awal & disuruh rehat. Tp kitorg tido lambat gak dek sembang2 hehehe Pun sepanjang ada kat Jakarta, kitorg kemana2 je mesti akan diiringi oleh rider atau kereta polis. Cayalah!! Rasa mcm VVIP jek sbb semua org kena bagi laluan kat bas kitorg hehe

Pagi tadi kami dikerah bangun seawal jam 3 pg, bertolak ke airport Sukarno Hatta jam 4.20 pg, sarapan & boarding jam 6 pg. Perjalanan ke Ternate terlebih dulu transit di Manado. Tapi, waktu nak mendarat di airport Manado, cuaca sgt buruk & berawan. Lepas 2 kali cubaan mendarat tp tetap gagal, pilot decided utk mendarat di airport Makasar lepas dpt tahu yg airport di Manado ditutup sementara waktu due to bad weather.

So here I am now, stranded at Makasar for about 7 more hours. Kami diberi hotel utk menginap sekejap sementara tunggu cuaca di Manado kembali pulih. Baru jap tadi kitorg diberitahu yg flight kami ke Ternate akan bertolak jam 3 pg & kitorg kena ada di airport pd jam 1 pg. Aduiii.. tido tak tentu betul laa 2-3 hari ni..

Anyway, ada laa kebaikannya kan sbb stranded jap kat Makasar ni, leh update blog hehe.. ok laa, dah kul 6 kat sini. Maghrib dah nak masuk. Ni pun dah kira senja kat Indonesia. So pray for our safety. Will be around if i can access the internet again.. :)

p/s: rindu.... :')

Wednesday, June 23, 2010

Tiba-tiba...

Hari ni tanpa disangka2 aku disapa oleh seseorang yg aku tak kenali di FB. Sapaan berbentuk pelawaan utk berkawan (friend request) aku renung berkali2. Bukan kebiasaan aku utk approve sebarangan org di FB. Hanya pada mereka2 yg aku kenal & cukup rapat utk aku gelarkan teman sahaja yg bolos.

Nama jauh dari kenal, gambar pula sekadar jersi bola. Sebagaimana biasa akan aku cari mutual friends. Tiada. Aku ke koleksi gambar2nya. Tanpa disangka2, ada gambar yg memaparkan sijil dgn tulisan Arab yg cukup kemas. Sijil yg pernah aku lihat suatu ketika dulu. & tanpa diduga air mataku bergenang...

Tak semena2 ingatan aku terhadap arwah datang bertandang. Sijil yg aku lihat itu sama seperti sijil yg dia peroleh selepas 3 tahun memerah minda & keringat di Mesir. Mengingatkan aku kembali pada detik2 awal perkenalan kami dulu.. Betapa jauhnya kami terpisah antara benua namun masih mampu menyulam rasa. & pada ketika itu email & ym laa yg byk berjasa...

Aduhai.. Hanya dgn mengingatkan kenangan2 awal kami saja air mataku kini telah jatuh berderai2. Ahh sukarnya memujuk hati utk meredakan tangis yg sebahagiannya telah terubat & redha dgn pemergiannya.

Tak ku sangka, sapaan itu telah membawa aku jauh mengembara ke alam kenangan yg memilukan. Sudahnya aku putuskan yg dia sememangnya tidak aku kenali & ignore kan saja.

Tuhan, aku rindukan dia......

Tuesday, June 22, 2010

Renungan...

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara: Percakapan, Diam, Pandangan & Gerak.

Tiap2 percakapan yg tidak disertai dgn mengingati Allah adalah sia2.

Tiap2 diam yg tidak disertai dgn memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

Tiap2 pandangan yg tidak disertai dgn pengambilan ikhtibar adalah lalai.

& tiap2 gerak yg tidak disertai dgn perhambaan adalah kosong.

- Saiyidina Ali bin Abi Talib

Saturday, June 19, 2010

Hari2 Yang Sibuk!!

Huhu.. Sedar tak sedar dah lama tak post entry baru. Sgt2 bz bkejar ke sana ke mari.

Minggu lepas (12hb) aku jadi pengapit masa Farah kawen. Sepatutnya 13hb pun aku ikut rombongan penganting bertandang ke umah pengantin lelaki tp bangun pagi2 tu badan panas gile.. Org demam bola aku pun nak demam gak huhu

Atas: Saat2 menanti utk diijabkabulkan.. ;)
Bawah: Aku melaksanakan tugas dgn dedikasi sbg seorg pengapit ekeke



15hb aku & family dtg Bangi. Tujuan asal nak jemput abg aku sekeluarga balik dari Indonesia, tp dah alang2 dtg sini, time cuti sekolah pulak so berbondong2 laa aku, mak abah & Along sekeluarga dtg ke sini. Mula2 sampai terus gi Alamanda. Petang tu pulak gi Mines kejap.

Esoknya pulak baru gi umah abg aku kat Desa Pinggiran Putra. Asalnya nak tunggu skali kat airport tp sbb flight dia lambat sgt, kul 10+ mlm, so decide jumpa hari ni je kat umah dia. Sembang2, lepas lunch kitorg gi IOI Mall kat Puchong. Malamnya pulak buat makan2 skit sekali laa abg Ngah aku balik & celebrate birthday anak sdara aku, Hafiz. Meriah sgt2!

Anak2 sdara aku hepi gile main kat playground JJ :D

Atas: Tgh tak sabar2 tunggu nak potong kek..
Bawah: The birthday boy, Muhammad Hafiz




Atas & bawah: Semua org excited nak tgk & main2 dgn baby Arasyh


Hari Khamis pulak, gi jalan2 kat Melaka. Kali ni aku, mak abah, Along sekeluarga & Da sekeluarga yg gi. Bayangkan 7 org dewasa & 4 org kanak2 sumbat dlm Wish hehe sibbaik Bangi-Melaka tak jauh mana. So bjalan2 laa kitorg dgn sesungguhnya. Dari Kota A Famosa ke Istana Kesultanan Melaka, dari Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung, dari Muzium Samudera ke Medan Samudera utk beli belah, hinggalah naik Malacca River Cruise & Menara Taming Sari. Last skali mjamu selera di muara Sg Duyung :D

Atas: A Famosa..
Bawah: Excited betul diorg naik beca! Hehe



@ Muzium Samudera..


Atas: Drama sebabak atas kapal haha ;P
Bawah: Asyiknya masing2 masa naik cruise..



Atas: Tiba2 ahli rombongan btambah hehe thanks to
Abg Masri sbb sudi entertain kami :)
Bawah: Posing spesel dari anak2 sdaraku..


Dalam Menara Taming Sari, tgh ready nak naik atas..
Jgn kata budak2 ni, aku pun bdebar nak naik huhu


Hari Jumaat, aku kuar pulak lepak2 dgn Ain & Una. Konon2 nak tgk wayang tp xjadi. So gi kedai makan & bersembang berjam2 lamanya. Sedar tak sedar, pekerja kedai tu dah tutup lampu beri signal dah nak tutup kedai haha ;P

Ptg td dah pun selamat sampai ke Temerloh. Apapun, cuti kali ni mmg sgt memenatkan, tp meriah & sakan habis!! \(^-^)/


Special pose from me hehe.. Peace! ;)


Wednesday, June 9, 2010

A Trip to KB...

Dah 3 hari balik dari KB, hari ni baru nak update cerita gi kenduri kawen hehe

Ok, jumaat malam tu aku naik bas dari Temerloh jam 10 direct ke KB. Tp perjalanan lebih 8 jam tu sgt tak menyelesakan sbb aku kebasahan di dalam bas!! Huhu.. Kisahnya hujan mula turun lebat bila bas kat area Maran. Bila hujan best laa tdo, air cond bas pun mujur tak sejuk sgt. Skali tgh syok2 aku mengalun mimpi, tiba2 air daripada atas terus mencurah ke sebelah kiri bahu aku. Lencun laa sebelah baju aku smpai ke pinggang…

Mujur handphone aku dlm beg atas riba, kalau buatnye dlm poket seluar kiri aku, selamat laa jawabnye… Rupa2nya pada bumbung bas tu ada mcm hud 4 segi utk air circulation. Wpun tertutup rapat, tp entah mcm mana air hujan tu boleh keluar daripada situ & terus ke seat aku. & aku terus mjadi mangsa sampai 3 kali tiap2 kali bas melalui selekoh menghala ke kiri…

Aku ada je mengadu pada drebar bas lepas kena mula2 tu. Tapi tau tak apa jawapan pakcik tu?? “Dah kalau awak bgtau saya pun, saya boleh buat apa? Nak tukar tempat, seat penuh malam ni. Saya bukan boleh buat apa2 pun.” Masa tu aku rasa hangin gile! Rasa mcm nak hempuk2 je drebar ni. Kot ye pun takleh buat apa, ckp laa elok2 skit. At least mintak maaf ke apa.. Nasib baik pakcik tu cam dah berumur, sabar jelah aku..

Then kali ketiga tu dgn tudung & muka2 aku terpercik air skali. Geram punya pasal, aku gi ke depan & duduk kat extra seat tepi tangga bas. Tapi sgt laa tak selesa sbb tempat sandarnya tegak aje. Dlm pada tu aku terlena drp Bandar Chukai sampai laa bas berhenti makan kat Paka.

Aku terjaga je, sakit2 belakang aku dibuatnya. Aku tgk hujan dah berhenti, so aku pindah balik ke seat aku. Org turun makan, aku sambung tido. Sampai ke KT aku tdo dgn lenanya. Elok2 nak keluar drp stesen bas MPKT tu, dekat selekoh kiri yg tajam tu aku basah skali lagi uwwaaaaaaa!! Terus aku dah tak boleh tido sampai laa kat2 nak smpi ke KB kul 6.30 pg tu. Sementara tunggu kawan aku, Ninda dtg jemput, sempat laa aku lepak kat surau depan Pasar Besar Siti Khadijah & breakfast kat McD.

Sampai umah sewa Ninda kat Kubang Kerian dah kul 8.30, tak tunggu apa, kitorg sama2 tido semula. Kul 10 lebih kitorg bangun, siap2 & gi KB Trade Center (KBTC) nak gi cari hadiah kawen. Dalam pd tu sempat laa jam dah kul 1.30 ptg. So kitorg terus gi umah Nik Ila kat Palekbang, Tumpat. Sampai2 tu ngam2 kul 2, tp majlisnya mcm lengang je lg tak berorang. So seronok laa kitorg jumpa Nik, sembang2 & amik gambar :) Kul 3 macam tu kitorg makan & masa tulah baru org ramai dating berpusu2.

Aku & Nik Ila di hari bahagianya..

Pengantin berjalan di bawah pedang


Ninda yg jadi pengapit bidan terjun haha..


Tak lama lepas tu rombongan pengantin lelaki pulak sampai & buat pertama kalinya aku tgk ‘live’ pengantin bjalan bawah pedang hehe selama ni tgk kat dlm tv atau kat majalah je :D So bermulalah peranan aku sbg photographer tak bertauliah. Ninda pulak tiba2 kena jadi pengapit bidan terjun, & kebetulan pulak hari tu dia pakai baju kurung warna putih so kena laa dgn pengantin hahaha Lepas je pengantin bersanding & makan beradab, aku & Ninda beransur pulang.

Hari punya laa panas. Berpeluh2 dibuatnya. Disebabkan aku janji nak jumpa kawan lama aku, Efa, kitorg balik dulu umah sewa Ninda utk refreshkan diri. Kul 5 lebih mcm tu kitorg gi Mydin Mall Kubang Kerian & bertemulah aku dgn Efa & keluarganya.. Hee suka2!!

Jumpa Efa yg dah 5 tahun tak jumpa..

Nak dijadikan cerita pulak masa aku & Ninda lepak2 kat food court Mydin tu, aku terserempak dgn Kak Maheran, coursemate aku masa sama2 blajar kat KUSTEM dulu. Uihh lagi laa aku suka!! :D Seronok bila pegi satu2 tempat boleh jumpa ramai kawan2 lama.. :)

Malamnya pulak Ninda bawak aku gi makan2 kat restoran Chim Chum. Makanan dia ala2 stimboat tp ada tempat special utk bakar daging, ayam atau sotong. Makan ala buffet so boleh amik seberapa banyak makanan utk dimakan! :D Ada 2-3 jenis sayur, crabstick, bebola sotong, sosej, ayam, daging, sotong, nasi goreng, mee goreng, laksam, cendol, & macam2 lagi! Akan tetapi, [jeng jeng jeng...] kalau pihak restoran mendapati ada berlakunya pembaziran maka mereka akan mengenakan denda sebanyak RM10 ketika pelanggan tersebut mbuat pembayaran. Anyway, mmg kenyang gila laa lepas makan tu!

Nyum2.. :)

Jam dah kat kul 12 tgh malam. Tp org kata tak sah dtg KB kalau tak gi ke Wakaf Che Yeh. So Ninda pun bawak laa aku bjalan2 ke sana. Even dah kul 1 pagi, org punyaaaa laa ramai. Meriah macam pasar malam yg baru kul 8. Takde beli apa sgt pun sbb badan penat, mata pun dah ngantuk. So hari tu berakhir waktu kitorg melelapkan mata jam 2 pagi :D

Pagi Ahad tu Ninda hantar aku ke stesen bas Langgar. Aku naik bas kul 8.30 pg & transit kat KT. Kul 4 ptg baru aku naik bas ke Temerloh. Maklum ajelah cuti sekolah, tiket bas awal2 sold out. Aku ni pun mujur ada lg seat kosong. Itupun beli awal seminggu. Dlm bas penuh dgn budak2 sekolah.

Bas aku naik kali ni sebaris ada 4 seat laa. Nak dijadikan cerita aku ditimpa malang lagi. Kali ni yg duduk sebelah aku seorg lelaki yg badannya agak berisi tp taklah gemuk. Jadinya sepanjang2 perjalanan lengan dia asyik bergesel dgn bahu/lengan aku wpun aku dah duduk makin rapat ke tingkap. Sudahnya dia dah amik 1/4 space drp seat aku sampai aku jadi tak selesa. Mula2 aku tolak2 jugak tp dia buat tak tahu je. Aku siap cakap lg mintak dia beranjak ke sana skit supaya tak kena, tp kejap je.. Lepas tu dia ke tengah smula.

Uwwaaaa... Hangin2!! Lagi buat aku hangin bila dia terlelap, dia terlentok pulak hala ke aku.. Maka dgn geramnya aku tegakkan tempat sandar seat aku supaya dia beralih. No offense pada org2 yg ‘sihat’ tp kalau kita duduk bergesel bahu dgn org yg berlainan jantina kita mesti rasa tak selesa & akan cuba mengelakkan drp bersentuhan lagi kan? Tapi dia tidak... & begitulah keadaannya sampai laa aku tiba di Temerloh 5 jam selepas tu. Huuu aku smpi umah dlm kul 10 malam, mandi2 & terus tido! :D

Friday, June 4, 2010

Keberangkatan...

Malam ni jika tiada aral aku akan naik bas dari Temerloh menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Esok majlis perkahwinan kawan aku, Nik Azlilawati yg dulu sama2 blaja kat matriks Kuala Pilah. Semoga Allah melindungi & memudahkan segala urusan sepanjang perjalanan pergi & pulangku nanti, amin.. :)

Dari kanan: Nik, Berry, Pah & aku

Tuesday, June 1, 2010

Marriage & Wedding... ;)

Haa skrg tiap2 minggu je mesti tak duduk diam. Ada je kenduri nak kena attend. Maklum aje musim cuti sekolah ni = dgn musim org kawen hehe Jadinya aku telahpun di tagged oleh cik fatinitusaya :D


1. How old are you?
27 tahun

2. Are you single?
At the moment, yup

3. At what age do you think you’ll get married?
Dulu pernah la nak berangan kawen awal, konon2 sempat laa mak abah tgk & takyah nak risau pk sape la yg akan jaga aku bila diorg dah takde nanti

4. Do you think you’ll marry the person you are with now?
Not relevent

5. If not, who do you want to marry?
Dgn seorg lelaki yg beriman & beramal soleh, berhemah & berbudi, pandai mengambil hati kedua ibubapa aku, yg ikhlas menyayangiku serta boleh membimbingku ke arah jalan yg diredhai Allah… Hmm ada ke lagi lelaki mcm ni (yg still available) kat luar sana ek? :) tibe2 teringat kat Adam (watak cerita Adamaya) hehehe ;P

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Aku tak penah ada plan nak bsanding.. so takde kot.. tak tau laa esok2 mcm mana pulak kan..

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Kalau ikut angan2 masa budak2, nak kawen dgn penuh adapt istiadat ala2 diraja gitu hehe tp skrg nak yg plg simple.. Akad nikah pagi (without tunang2), tgh hari makan beradab, beramah mesra dgn sanak sedara. That’s it..

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Berangan nak gi pulau2, tepi laut.. Tak pun gi tempat2 yg waktu spring dia cantik mcm Holland(tgk tulip), Jepun (tgk sakura).. Atau gi Mesir sambil melayari Sg Nil hehe yg mana2 pun boleh :D

9. How many guest do you think you’ll invite?
Aku akan ajak semua kawan2 aku.. Yg sedara mara & jiran2 tu aku serahkan pada parent aku je urus ;P

10. How many layers of cake do you want?
Ada kek ke takde, tak kesah pun..

11. When do you want to get married, morning or evening?
Pagi kot.. Nak tunggu sampai ke ptg tu rasanya dah tak sabar2 dah haha

12. Name of song/tune you’d like to play at your wedding?
Tak terpikir pun nak pasang2 lagu ni..

13. Your wedding colour theme?
Hmm tgk laa dah nak kawen nanti pk..

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork? knife?
Makan dgn tangan je.. Idok le nak risau2 ayam ke daging terpelanting ke meja lain hahaha

15. Champagne or red wine?
Air sirap standard haha takpun bancuh air ikut warna tema.. kalau tema ungu, serve air anggur :D

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Hmm tak pk pun lg.. tgk cuti masing2 laa kot

17. Money or household item?
Tak kesah.. mana2 pun boleh.. Kasik tv plasma 42 inci pun takpe dah hahaha ;P

18. How many kids would you like to have?
Ntah, tak plan pun..

19. Your dream present from your future husband?
Aku cuma impikan yg dia akan menyayangi & menjaga aku sepenuh hati hingga ke akhir hayat je.. buat apalah hadiah mewah2 kalau hati dah tak sayang...

20. Whose wedding plan would you like to know next?
My friends :D

Monday, May 31, 2010

Superb Weekend!

Seronoknya hujung minggu bebaru ni.. Semua adik beradik bkumpul tanpa dirancang2.. Tau2 je semuanya dah ada. Kecoh & meriah betul! (^-^)

Aku yg mula2 skali smpi ptg Khamis tu. Malam tu jugak dlm kul 10 lebih, adik aku tiba2 call suruh bukakkan gate depan yg dah bkunci. Rupa2nya dah sampai depan umah pun hehe Jumaat ptg pulak kakak aku sampai drp Bangi & selang sejam dua lepas tu abg aku pulak tiba dari Batang Kali. Kakak aku yg sulong mmg tinggal dekat2 sini je so tak lama pastu dia dgn anak2 dia pulak sampai. Haa kecoh laa 4 org anak2 sdara aku main kejar2 segala hehe suka2!

Sabtu pg aku, adik & kakak aku keluar ke bandar. Konon2nya saje laa nak tgk Kamdar yg baru bukak kat bandar Temerloh tu. Jalan punye jalan, sebelum blk tu singgah laa kat Secret Recipe hehe So wpun dah lewat 10 hari, merasa laa aku makan kek harijadi hehe ;)


Hari Ahad semua beransur2 balik. Kakak aku btolak ke Bangi dlm kul 12-1. Lepas tu abg aku gerak dlm kul 2 ptg. Last skali adik aku blk Kepong dgn kawan dia kul 3 lebih. Maka sunyi sepi laa rumah yg dah 2 hari kecoh huhu Hari tu rasa rumah kecik je sbb pegi mana2 ada je org & budak2. Hari ni tiba2 rasa rumah ni sgt besar & luas sbb tak berorang. Skrg ni tinggal laa aku, mak & abah je...

Anyway, had a great moments with my family.. Dah rasa mcm raya pulak hehe Raya pun tak meriah mcm ni sbb ada yg balik umah keluarga mentua etc. Apapun, aku harap kebahagiaan & kerukunan keluarga kami sentiasa berkekalan serta diiringi rahmat dari Yang Esa sepanjang hayat kami... :)

Thursday, May 27, 2010

Mungkinkah Kembali...?

Sekejap lagi jika tiada aral, aku akan berangkat pulang ke kampung. Tiba2 rasa sedih laa pulak huhu Rupa2nya dlm diam tak diam dah 8 tahun aku jadi penghuni di bumi darul iman ni. Jauh aku berjalan di sini rupanya...

Asalnya aku belum bercadang nak blk phg. Yelah, aku baru hantar correction tesis. Baru ingat nak amik2 nafas dulu, round2 & jalan2 kat KT sebelum balik. Tp terpaksa jugak laa blk kg.

Tak tau nak tulis apa sgt sebenarnya ni.. Apapun nak mintak maaf banyak2 kalau kebelakangan ni jrg2 menjengah ke blog teman2. Waktu sgt menjerut kelapangan aku. Kalau ada pun sekadar singgah tanpa meninggalkan jejak. Harap2 tiada yg berkecil hati.

Hmm aku dah ada rasa cam nak nangis ni. So sebelum airmataku jatuh berderai2, aku mohon permisi. 8 tahun menyulam suka duka, tawa & air mata di bumi darul iman ini telah meninggalkan kesan tersendiri dlm hidupku. Akan ku bawa kenangan & memori sepanjang aku di sini sepanjang hayat...

So kenangan & memori, selamat tinggal.....

Monday, May 24, 2010

Selesai!!!


Alhamdulillah.. Selesai lagi satu perkara hari ni.. Lepas duk pulun2 siapkan correction thesis, hari ni selamat jugak aku hantar ke GS.

Paling puas hati bila dpt laporan committee viva aritu, "passed with minor correction"! Huu bangga laa jugak.. Walaupun lama, walaupun dah jauh ketinggalan banding kawan2 aku yg lain, tp takpelah bila hasil akhirnya tu berbaloi2 :)

Correction secara keseluruhannya skit je. Tp yg jadi lambat sbb:

1. Supervisor aku mintak aku tambah literature review ttg effect of polymer concentration. Aku heran gak nape laa dia tak suruh aku tambah awal2 masa aku tunjuk draf2 thesis aku kat dia sebelum2 ni. So jadi satu keje balik laa nak belek2 smula journal lama sbb nak tulis literature review tu. Tulis dalam 2 pages, tunjuk kat dia & ok. Yg buat aku geram/bengang/terkedu tak tau nak kata apa adalah bila dia tiba2 gtau "saya sebenarnya tak tau nak komen apa hari tu tp sbb dah nampak kosong sgt laporan penilaian tesis tu, itu yg saya tambah suruh masukkan literature review ttg effect of polymer concentration tu.." Heh hangin gila aku!! Boleh pulak mcm tu alasannya???

2. Aku diminta utk tunjukkan contoh pengiraan analisis yg melibatkan penggunaan modelling dalam tesis aku tu. Ok, fine laa yg ni. Tp sbb rumus2 dia banyak, model yg aku guna pulak ada 3 jenis, kat kul 1.30 pg smalam baru aku siapkan huhu

3. Utk aku hantar correction thesis aku ni, aku perlu terima & betulkan thesis aku berdasarkan laporan akhir yg ditulis oleh pengerusi committee viva tempoh hari. Sepatutnya diserahkan segera laa laporan tu ke GS & seterusnya pada aku. Staf kat GS tu iye2 ulang gtau yg nanti dia akan call aku utk maklumkan yg aku dah boleh amik report tu. Nak jadikan cerita, minggu lepas staf yg handle viva aku ni cuti sbb wife dia bsalin. Ganti dgn sorg staf lain. Hari Selasa (after a week, aku viva 11hb) aku call dia kata tak dpt lg laporan tu.

Ok.. Hari Rabu aku call staf tu cuti. Hari Khamis aku call lagi, staf tu MC. Pulak tu xde sape yg tau ttg laporan tu so aku diminta utk tunggu sampai hari Ahad. Ok lagi.. Yelah, dah aku pun paham semua org ada halangan atau kecemasan masing2 kan. Plus aku pun tgh duk siapkan correction2 lain. Jadinya smalam aku duk tunggu2 sampai laa ptg, senyaaaap je xde kabo berita. Last2 kul 3.50 ptg aku call GS, staf ganti yg cuti hari tu gtau laporan tu dah sampai dah. Huuuiii punyelah aku bengang! Aritu ye2 kata nak call aku utk inform bila laporan tu dah boleh amik. Skali smalam aku tunggu2, bila aku call baru laa dia cakap ada. Hah nak salahkan sape plak kali ni?

Apepun, thankfully komen dlm laporan chairman tu lebih kurang je mcm yg aku dah betulkan. Hari ni aku settlekan gi print sume, hantar kat GS. Tupun duk kalut2 dgn borang tak bercopnya, bila nak keluar, tolak pintu sebelah kiri tak gerak2. Upenye boleh guna pintu sebelah kanannya aje haha macam2!

Tapi yg agak mengganggu emosi aku skrg bila staf kat GS tadi gtau yg kebarangkalian aku boleh attend majlis konvo tahun ni 50/50. Sbbnya, correction thesis yg aku hantar tu kena masuk 3 meeting; meeting JKA, meeting JKPS & plg penting meeting Senat. Dah lulus kat meeting Senat baru aku leh masuk dlm list org2 yg terima ijazah tahun ni. Kalau laa meeting tu lambat, sdgkan tarikh konvo 25-26hb Julai, so jawabnye aku hanya boleh sarung jubah tahun depan ajelah huhuhu...

Walau apapun, aku lega & sgt2 gembira yg semuanya dah selesai. Sekarang sama2lah doakan utk aku supaya aku boleh konvo bsama2 dgn kawan aku tahun ni. Kalau tahun depan alamatnya aku sorang2 jelah.. Huu sedih..

Moga Allah memudahkan & melancarkan segala urusan serta membuka hati pegawai2 atasan Uni utk senaraikan nama aku dlm majlis konvokesyen tahun ni.. Amin!!!

Thursday, May 20, 2010

Baru Tapi Tetap Sama... :)




Syukur alhamdulillah...

Dipinjamkan lagi nafas olehNya utk menjejak ke tahun yg ke 27...

Detik baru, tahun baru, baju baru, title baru, semangat baru..

Tp diri, peranan & tanggungjawab yg digalas tetap sama :)

Moga kan bertambah maju seiring masa, insyaAllah..

Syukran jazilan atas ucapan & ingatan teman2 semua :)

Tuesday, May 11, 2010

Penantian Berakhir...

Smalam jam 1 pagi baru aku masuk tdo. Antara lena dgn tidak, jam 3.50 pg aku terjaga. Berpeluh2. Panas. Nak sambung lelap, mata nyata degil tak mdengar kata. Otak pulak ligat bfikir ttg persediaan utk 'hari penentuan'..

Sudahnya aku bangun, mandi & ngadap laptop. Baca apa2 yg patut. Support mana2 hujah yg longgar. Sedar tak sedar, ayam dah berkokok. Hari dah siang..

Aku mula cemas. Tak yakin, gemuruh, sakit perut, semua ada. Lesu pulak tak cukup tdo..

Jam 9 pg aku dah ke sana. Setup pape yg patut. Jam 10 semua org dah ada. & lebih kurang jam 10.20 pg segala2nya bermula..

Alhamdulillah... Syukur, syukur, syukur....

Lepas sejam stengah 'btempur', akhirnya keputusannya dikabarkan padaku.

"Cik Khadijah, tahniah! Anda telah berjaya & lulus dalam ijazah sarjana anda dgn beberapa modifikasi pada tesis."

Spontan bgenang air mataku. Hari & saat2 yg ku nanti setelah sekian lama akhirnya tiba jua..

Penantianku bertahun2 ternoktah sudah. Namun hari yg baru pula bermula.

Maka dgn rasminya hari ini aku dah sah bergelar PENGANGGUR TERHORMAT :)

Friday, May 7, 2010

7 Jam Paling Getir...

Hari ini aku bangkit dgn penuh kelesuan. Badan terasa berat, minda terasa penat. Namun ku gagahi utk meneruskan perjalananku yg kini telah hampir ke garisan penamat. Aku sangkakan yg aku telah cukup diduga sepanjang perjalananku, namun aku terlupa bahawa Dia akan sentiasa menguji hamba2Nya setiap detik & ketika. & saat2 aku sdg bersedia menamatkan perjalananku, hari ini aku diuji lagi. Cukup hebat.

Pagi tadi aku menghubungi seorang teman. Kami bercakap2 seketika kemudian menamatkan panggilan. Jam 10 lebih aku cuba menghubunginya. Namun panggilanku terus disambungkan ke peti pesanan suara. 2 kali aku menghubunginya, tetap ke voice mailbox. Ahh mungkin telefonnya kehabisan bateri ketika di luar rumah.

Jam 1 lebih aku cuba menghubunginya lagi. Kali ni lebih 5 kali. Masih ke voice mailbox. Jantungku mula berdegup kencang. Nafas yg dihela terasa memberat. Ku hantar beberapa sms, namun sepi tanpa jawapan. Maka bermulalah hari aku yg tidak keruan.

Tragedi setahun lalu mula membayangi. Aku mula memikirkan kemungkinan yg buruk2. Namun tetap sedaya mungkin ku tepis daripada terus2an memikirkannya. Dudukku resah. Berdiri aku gelisah. Tumpuan aku bukan lagi pada tesis & slide presentation utk vivaku. Nafasku jadi makin sesak. Seolah2 semuanya terjerut di rengkung. Payah amat.

Aku hampir2 hilang kawalan diri. Tak putus2 ku pohon padaNya agar temanku selamat. Air mata mula menakung namun cepat2 ku pujuk diri bahawa semuanya baik2 saja. Mungkin telefonnya kecurian. Mungkin juga telefonnya kehabisan bateri tanpa dia menyedarinya. Kepalaku mula pusing, membuatkan aku jadi pening. Sudahnya aku berbaring. Cuba utk tidur dgn harapan aku akan berhenti drp memikirkan kemungkinan2 yg buruk, juga cuba menghalang bayang2 tragedi silam dari terus2an mengganggu aku.

Setelah puas bertempur dgn perasaan sendiri akhirnya aku terlena. Namun langsung tidak nyenyak. Dalam tidur aku bermimpi. Dia akhirnya menghubungi aku mengatakan bahawa dia tidak apa2. Walaupun aku lega tapi aku marah2 kerana dia membuatkan aku hampir nanar.

Lantas aku terjaga. Sudah jam 3.30 ptg. Aku lihat telefonku masih sunyi baik miss call maupun sms darinya. Aku mula menghubunginya semula. Gagal lagi. & lagi. & lagi. Kali ini aku benar2 hilang kawalan diri. Mula memikirkan utk menghubungi hospital ataupun balai polis daerah bagi mengesahkan sebarang kemungkinan. Juga cuba mencari2 contact terdekat dengannya yg boleh aku hubungi bagi menjelaskan apa yg berlaku. Sayangnya tiada. Aku mula nanar.

Aku mula menangis tapi tertahan2. Aku tak boleh menangis dalam rumah. Nanti ibu & ayahku pula risau. Lantas ku bersiap & terus keluar. Sesampai aku di tepi tasik, aku hubungi seorang lg temanku. Padanya aku teresak2 bercerita. Mencurahkan segala kegalauan di jiwa. Tapi dia juga buntu. Tak tahu bagaimana boleh membantu. Aku tahu temanku risau, namun aku tak tahu pada siapa lagi harus ku sandarkan kesedihanku ini.

15 minit perbualan, aku mula reda. Namun masih memikirkan kemungkinan2 buruk yg boleh terjadi. Tragedi setahun lalu kembali menghantui. Aku hampir terduduk apabila membayangkan yg aku perlu menghadapi berita kehilangan ini sekali lagi. Apatah lagi di saat2 aku hanya menunggu hari utk viva. Air mata kembali berjejeran di pipi. Berulang2 ku pohon pada Yang Esa, jangan lagi dijemput temanku yg satu ini. Aku masih belum bersedia utk berdepan dgn satu lagi kehilangan sebegini.

Tak tahu ke mana harus dituju, aku pulang ke rumah. Cuba menghiburkan hati dgn menonton tv. Tapi hanya jasadku di situ sdgkan hati & fikiranku menerawang entah ke mana. Trauma. Fobia. Masih dihantui tragedi berdarah itu. Pun masih cuba menepis hanyutan perasaan agar terus2an jejak di bumi nyata. Juga masih belum putus2 memohon kepadaNya agar semuanya baik2 saja walaupun masih dihubungkan ke voice mailbox temanku.

7 jam hampir berlalu. Akhirnya ku terima panggilan dari temanku jam 5.45 ptg. Tiada kata2 yg terucap hanya tangisan penuh kesyukuran. Hampir tenggelam penjelasan & kata2 maaf darinya dlm tangisanku. Ah itu semua tak penting. Yang paling penting, semuanya selamat. & aku rasa terlepas dari bebanan yg sgt2 berat dari pundakku. Syukur, syukur, syukur...

Hari ni aku lalui 7 jam paling lama & paling getir dlm hidupku. & hingga kini aku masih cuba utk memulihkan diriku drp trauma yg aku hadapi setelah pemergian arwah setahun lepas. Nyata aku kecundang teruk hari ini. Biarpun lega, namun aku jadi teramat lelah. Seolah2 seluruh semangatku hilang dlm tempoh 7 jam yg menggetirkan itu.

Skrg jam dah pun 9.40 malam. Hari ini telahpun berlalu tanpa aku menyentuh sedikit pun persediaan vivaku. Pun aku masih cuba mengembalikan kewarasan & semangat diri yg tersisa. Ya, aku masih mencuba biarpun susah!

Merenung2 kembali apa yg telah berlaku, apakah ada yg akan merasai kehilangan mahupun menangisi pemergianku apabila aku dijemput Ilahi nanti?

Thursday, May 6, 2010

Oooo Sudah Dekat!!!

Ok.. curi2 masa jap tulis entry ni..

Lately rasa mcm balik zaman blaja dolu2.. Stay up sbb esok ada exam atau nak siapkan assignment. Bezanya, this time it is indeed a HUGE exam & important assignment in my life!!

Hari2 rasa nervous.. Hari2 rasa tak cukup yakin dgn kemampuan diri utk present.. Huhu camno nih?

Struggle, struggle, struggle! Usaha, usaha, usaha!

Takpe, tak lama je dah.. Pulun laa habis2an buat kali terakhir. Jgn nanti menyesal di kemudian hari kerna tak cukup persediaan. Biar kalah sesudah berjuang! Jgn mengalah sebelum sempat melangkah! Yeahhh.. Yakin boleh!!!

In the mean time aku akan tinggalkan beberapa perkara. Tp akan kembali semula setelah selesai segala2nya. Moga aku kan pulang membawa perkabaran yg gembira..

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. Permudahkanlah segalanya bagiku.. Kerna hanya kepadaMu aku memohon.....

Monday, May 3, 2010

Masanya Telah Tiba...

Kebelakangan ni aku rasa kebanyakan idea aku utk berblog hadir saat2 aku sedang memandu kereta. Masa tu punyalah banyak isu nak tulis. Dah siap dgn ayat2 lengkapnya skali! Bukan draf2 je.. Tp sayangnya, bila pemanduan dah pun sampai ke destinasi, hasrat nak menulis & mencoretkannya ke Belantara Jiwa tinggal laa hasrat semata huhu..

Anyway weekend baru ni aku & mak ayah aku ke Batang Kali. Abg aku pindah umah, kira naik umah baru dia laa.. Dulu dia menyewa. Alhamdulillah, kali ni dah merasa duk umah sendiri. Bertolak pagi Sabtu seawal 8.30 pg, sampai2 tu sedang elok lori pun baru smpai sama. Punggah2 barang skit, then ke umah baru abg aku yg dlm 15-20 minit (area Rasa) & turunkan pulak barang2.

Aku takde laa membantu sgt pun. Stakat mengelap2 lantai jelah. Lepas tido semalaman yg agak nyenyak [padahal biasanya kalau umah baru atau tempat tak biasa aku susah nak tido], lepas makan ptg Ahad tu jugak kami bertiga pulang ke Temerloh. Haa masa aku duk drive pergi-balik tulah yg byk sgt laa idea nak tulis entry.. [kononnye... huhu]

Yg sebenar2nya, aku just nak cite satu perkara je. Petang tadi aku dapat satu panggilan telefon yg aku mmg dah sgt2 lama tunggu daripada bulan Februari lagi. Yup, aku dapat pengesahan drp Graduate School yg tarikh viva aku adalah 11hb Mei jam 10pg!! Huuu.. lagi seminggu ko! Lepas je dpt call tu, excited tu mmg laa excited sbb mengenangkan pjalanan aku dah pun hampir sampai ke penamatnya.. Tapi...

Bila mengenangkan aku kena hadap smula thesis aku yg dah 2 bulan lebih tak berusik, nak kena baca, paham & hayati semula [maklum aje bila lama tak sentuh maka otak pun berkarat2], ok ke tak slide yg aku nak prepare nanti, apa yg aku nak cite, apa yg aku nak highlight dlm slide, boleh ke aku present dgn baik, boleh ke tak aku jawab soalan2 external examiner aku tu nanti, bila nak pulang ke KT, sempat ke aku nak kejar utk konvo bulan 7 nanti...

Huaaa.. Seribu satu macam persoalan datang menyerbu ke minda buat aku jadi sesak nafas.. Terjerut je tangkai hati.. Maka segala macam simptom2 resah, gelisah, gusar, gementar, pening, tak senang duduk, duk fikir macam2 jangkaan, semuaaaaaaaaaa ada!! Huuu rasa macam nak nangis pun dah ada nih hehe

In fact, betul laa kot instinct aku lately.. Dah 3 4 hari aku duk teringat pasal viva aku ni. Aku dah siap niat nak call supervisor aku dah hari Ahad baru2 ni tp sbb smpai Temerloh dah lewat petang, aku pun terus tak jadi nak call. Skali hari ni dah dapat panggilan yg menjawab persoalan aku tu huhu..

Ok, skrg selain drp perasaan takut dgn berbagai2 kemungkinan, aku jugak rasa yg aku sangaaaaaaaaaaat M.A.L.A.S! Jadinya dugaan terbesar aku skrg ni adalah diri aku sendiri. Harap2 aku dapat melenturkan kemalasan aku ni secepat mungkin sbb the clock is ticking.. & it's ticking very fast now!


Friday, April 23, 2010

Orang Ikhlas Itu Tertindas...

Dapat artikel ni melalui email. Sharing is caring... :)

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,”
balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wednesday, April 21, 2010

7 Tahun Hidup Bermadu...

Ari ni aku jumpa satu artikel menarik ttg hidup berpoligami.. Kalau slalu kisah2 poligami ni sarat dgn ketidakadilan, pergaduhan, isteri pertama kian terpinggir hingga mbabitkan penceraian, tapi artikel yg satu ni buat aku terkesan.. Jika sudah takdirnya hidup mereka bermadu, hanya Allah yg Maha Adil serta Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya...

"Bagaimana harus ku mula ..( emm macam lagu m. nasir tu ye?)..( bercakap pasal lagu tu, memang masa suamiku bercinta kali kedua lagu tu jadi lagu favoritenya… habis kami anak beranak terjerit-jerit nyanyi ikut dia masa dalam kereta.. anak-anak macam bapanya , suka nyanyi.. masa tu tak tahu itu lagu cinta kedua dia..he..he..he).

emm agaknya , boleh mula dari awal la kot.

aku bertemu suamiku masa sama – sama menuntut di ipt. kami berada di jurusan yang berlainan dan fakulti yang berlainan. tahunpun berlainan, suamiku tahun 4, tahun akhir, aku baru tahun satu. namun, apa yang menyatukan kami adalah kawan-kawan. kami berkahwin masa aku di tahun 2.

perkahwinan sebenarnya ok, tapi aku yang kuat merajuk dan selalupun suami pujuk walau bukan salahnya. mmm.. memang banyak bukan salah dia pun..

kalau nak dikaji mengapa suamiku kahwin lagi, rasanya banyak penyebabnya. taqdirnya memang dah ada tapi semua taqdir tukan hasil dari tangan kita, bak kata suamiku, ( banyak kali jugaklah dia cakap macam nih, last rasanya bulan lepas masa kami dalam perjalanan pulang berdua dari KL).. suami tu kalau isteri tu baik. layan dia baik, hormat dia, tak suka cari pasal, susah dia nak cari orang lain, kalau dia pandang perempuan lainpun, mesti dia ingat isteri dia kat rumah, mesti dia fikir, cantik manapun perempuan tuh, ( suami aku hensem orangnya.. sanngat hensem.. dan roman mukanya manis, orangnya tinggi dan kulit putih.. tak susahlah dia nak pikat mana-mana perempuan kalau dia mahu ) belum tentu baik macam isteri aku kat rumah… (bila dia kata macam tu, aku pun merajuk la cakap dengan dia, ye lah .. macam, abang. aisyah tak cukup baik, sebab tu abang kahwin lagi… nanti cepat – cepat dia jawab.. la ke situ pulak, tu la yang malas cakap pasal poligami nih..)

tapi sebenarnya aku akui, masa mula – mula kawin dulu aku memang kuat merajuk dan mudah shot wire… bila dah merajuk, diam membatu, tak cakap apa.. tegurpun tak dijawab… tapi rasanya yang suami aku memendam rasa ( ha …aku rasa nilah punca utama, suami aku nih simpan dalam HATI rasa kecil hatinya..) banyaklah peristiwa merajuk aku yamg kadang – kadang melampau sampai tertunjuk depan orang sedang suami aku nih orang nya sangat lemah lembut dan bersopan. sebenarnya dah banyak kali dia pesan, jangan merajuk over depan orang, dia rasa malu yang amat.. the exact word yang dia guna .. abang rasa malu kalau hal rumah tangga kita sampai orang luar tahu, rasanya macam sengaja londehkan seluar depan orang sampai nampak kemaluan kita.. macam tulah rasa malunya, rasa macam tak tau nak letak muka kat mana ..

aku pulak dari keluarga yang kalau bergurau , jiran sebelahpun boleh dengar ketawa kami..

emm.. rasanya memang dah taqdir nak dimadukan..

tahun- tahun awal aku bermadu.. ya allah, tak pernah suami tak balik kalau dia tak out station, tapi sekarang tak balik, dah lah tak balik , pergi mengendut perempuan lain, 13 tahun muda dari aku.. memang tak boleh terima, bila dia balik ke rumah masa giliran aku.. ( suamiku sangat mengikut masa).. aku halau-halau dia.. tapi dia diam aje. sibuk mengemas rumah, bila malam dia baring sebelah aku, (sebenarnya aku dah blok tempat dia, letak kaki aku luas-luas, tapi dia lembut tolak kaki aku) peluk aku kemas – kemas dan cakap walau dia dah kawin lagi dia tetap sayang kat aku dan anak-anak.

dia benar – benar tak tahu bagaimana dia boleh sayang pada orang lain walhal kasih dia pada aku tak berkurang sikitpun…kata dialah .. he..he,,.. kalu dia tipu, aku pun tipulah nih..

{kadang-kadang , masa aku merajuk, dia kat depan aku pegi ke dapur, tapi tak lama dia akan datang, buat-buat basuh tangan (aku tahu lah dia buat-buat,.. sinki ada kat depan tuh kalu setakat nak basuh tangan), tangan sebelah bukak paip sebelah lagi dilengkarkan kat pinggang aku,.. buat-buat tanya aku tengah buat apa (buat-buat tanyalah kan , kalu dah nampak kita tengah jerang air).}

aku jadi batu, badan keras je tapi aku cakap kat dia (ehh… kira okeylah tuh, nak juga aku bercakap, biasanya kalu dah badan jadi batu tu, lidah akupun kelu, buat tak dengar je dia cakap apapun..) aku sikitpun tak percaya pada dia. kata sayang kat aku tapi kawin lagi. tipu.. mana sayang kat aku. tapi dia degil , dia kata kalau tak sayang dia tak balik pada aku lagi dan dia tak akan berniat nak adil dan masih mahu jaga aku sampai aku mati atau dia mati.

kini, dalam merajuk tak merajuk, akhirnya dah tujuh tahun aku bermadu, suamikupun dah beranak pinak.. baru-baru nih aku beraya bersama, sebenarnya dah tiga kali berturut-turut , agaknya akan jadi tradisi kami.. balik beraya sama – sama dalam satu kereta, yelah .. habis drebarnya satu.. muat semua anak-anak aku dan anak -anak madu, 2 isteri.. okey je.. kami berbual bergelak tawa,.. aku pulak memang suka ketawa.. sejak akhir-akhir ni lagilah (aura bermadu kot) dulu aku agak serius jugaklah.. (sampai suami aku kata apa yang buat dia terpikat pada madu aku tu sebab dia mudah tersenyum… ha engkau,,… jadi selalu-slalulah tersenyum ye.. yang ikhlas lah… yang tak ikhlas tak payah..)

beraya sakan di kampung suami, semua saudara mara suami dapat menerima kami dengan baik, dan aku yang memang dah berbelas tahun dengan mereka memang mudah di terima sebab aku peramah.. (betul tuh .. bukan perasan). tapi madu aku juga pandai bawa diri.. selalu bual dengan aku dan saudara mara suami yang lain.

tak cemburu? huh cemburu giler… sampai solat hajat mintak dengan allah agar beri aku kebahagiaan sejati dan aku mampu kawal diri aku seikhlasnya. alhamdulillah.. tapi merajuk jugak dengan suami,.. nasib aku lah sebab dapat suami kuat memujuk..hati jadi sejuk balik.

yang aku nampak baik dan istimewanya madu aku tuh.. layanan dia pada suami.. sentiasa tersenyum, bercakap dan bercerita (aku bercerita jugak , lagi kuat bercerita dari dia rasanya) tapi cerita dia kalu tengok.. pada pendapat aku lah.. selalu menarik hati suami aku.. kadang-kadang aku tengok suami aku sampai tergelak besar.. pandailah dia.. emmm.

aku ada jugak kata pada suamiku, wah..kalu dengan orang, ketawa sakan ye.. tapi suamiku kata.. kalau aisyah citer apa-apa kat abang pun, abang ketawa jugak,.. lagilah tersengih macam kerang busuk, dari awal sampai habis citer aisyah tu kan…..

ada ke…. emm.

tapi satu yang aku perasan, tentang madu aku tuh,.. walau dia baik dengan aku, tapi yang penting padanya suami kami.. dia sangat jaga..sangat perihatin terutama hati dan perasaan suami aku.. he .. he,.. suami dia jugaklah.. takdelah aku tengok dia muncung merajuk macam aku.. kalau dia terasa dia akan diam.. ambik masa sendiri,.. pergi buat kerja..mengemas, mandi anak, masak atau berborak dengan ipar duai yang lain.. masa raya semua adik beradik suami balik, penuhlah rumah mak abah tuh..

lepas tu.. dia akan okey balik.. boleh datang balik pada suami dan bercerita serta layan suami kami macam biasa balik. agaknya orang jawa indon macam tu kot, walau dia muda dan tak dapat beraya bersama dengan ibu bapanya di seberang (aku dapat, lepas beraya kat kampung suami, kami balik ke kl dulu, hantar madu dan tukar pakaian, lepas tu suami aku bawa aku balik ke kampung aku 4 malam), tapi dia tetap okey.. agaknya sebab tulah laki aku sayang dia lebih… aku rasalah.. laki aku marah aku kata macam tuh.. dia kata takde lebih takde kurangnya .. dua-dua dia sayang .. emmm.

tapi kini, walau sesekali , marahku datang, cemburuku bergolak, tapi aku bahagia.. yerlah bahagia cara poligamilah,.. dulu pun .. aku asyik merajuk aje.. tak bahagia mana jugak walau suami aku baik .. kini, aku banyak belajar menghormati suami, tahan merajuk dan marah ku.. sedikit sebanyak aku sebenarnya belajar dari madu aku tu. walau usia baru 20an tapi aku dapat rasa dia isteri yang baik untuk suami sebaik suamiku.

kadang-kadang aku rasa mereka terutama suamiku yang tercinta mampu bahagia walau aku tiada di sisi, emm masa tu mulalah datang akal jahatku minta suamiku lepas kan aku aje ..dari dia asyik nak melayan merajuk aku baik dia menghadap muka madu aku yang sentiasa tersenyum tuh.. tapi suami aku tak mahu. dia kata dia akan sabar dengan aku,.. dia mahu aku jadi isteri dia sehingga ke syurga. dan kalau dia mati dulu dia mahu aku setia pada dia,.. tubuh aku hanya untuk dia seorang.. pandailah kan.. dia tak apa tak setia.. tubuh dia untuk perempuan lain tak apae..mmm.

giliran adil, masa banyak lebih pada aku kerana suamiku sangat bertanggung jawab, anak-anak aku dah besar dan bersekolah menengah , jadi dia banyak dengan kami, menghantar dan mengambil anak-anak..

bermadu pahit? ya.. memang pahit, tapi dengan poligami aku banyak membaiki diri,.. mengenal balik tuhanku, menjaga solatku, mendidik anak-anakku. memahami suamiku..walau kini aku masih bergelut namun, kehidupanku jauh berubah dari dulu.

aku kini menikmati hubungan dengan ipar duai dengan lebih berkeyakinan.. siapa kata orang bermadu akan rasa terhina, aku tidak.. aku istimewa, tuhanku menyayangiku.. sekurang-kurangnya diberi aku ujian untuk menyedarkan ku bahawa dunia ini hanya sementara dan kasih manusia itu untuk kita gunakan bagi mencari redho NYA.

wallahu alam. yang penting pegakhiran kita kan ?…"


Kalau sebelum ni kita slalu buruk sangka dgn org2 yg bermadu, kini fikir2kanlah..
Credit to isuhangat.net

Tuesday, April 20, 2010

Puteri Bongsu...

Tersebutlah kisah satu cerita
Puteri bongsu cantik jelita
Sangat dikenali rakyat jelata
Nasibnya malang berdukacita



Aku ingat lagi rangkap pertama syair Puteri Bongsu ni.. Ada dalam buku teks Bahasa Melayu darjah 4 masa tu. Syair ni ada kat page belakang2. Tp aku ni awal2 lagi dah belek2 buku teks sampai belakang & jumpa syair ni. Bila dah jumpa, boleh kata hari2 aku melagukan syair ni.. :) kat umah laa tapinya.. hehe

Macam aku penah cerita, aku mmg gilakan buku, novel, cerpen & sebarang menda yg aku boleh baca sejak dari aku darjah 2 lagi. & dlm banyak2 genre tulisan yg aku baca, penulisan klasik adalah antara yg aku suka. Novel2 macam Puteri Manuhara, Hikayat Raja Dondang Bahtera Kulit Kacang, Anak Raja Hanyut dengan Burung Mat Changgal, & tak lupa siri2 Hikayat Seribu Satu Malam...

Aku sangat2 suka cerita2 hikayat ni. Kebanyakan cerita2 ni takkan lepas daripada tuan puteri 3 atau 7 beradik dgn tuan puteri yg paling bongsu adalah yg paling cantik antara sekaliannya. Masa ni laa daya imaginasi aku diasah agaknya. Yelah, bila baca cerita2 hikayat ni mesti akan ada putera raja yg kacak & perkasa, nenek kebayan, kuasa2 sakti & mentera, dewa dewi, kayangan, negeri di atas angin (yg ni aku selalu aku tanya maksudnya pd ayah aku.. tapi sampai skrg tak paham2 hehe..) & banyak lagi.

So bila dah slalu sgt baca cerita2 hikayat ni, confirm laa aku berangan2 nak jadi puteri raja haha.. Berangan2lah aku dilayan oleh inang2 istana ketika bersiram, bersantap & berhibur. Pun terbayang2 akan suatu hari nanti seorang putera raja akan datang menyelamatkan aku daripada musuh2 yg berhati hitam & busuk. Aku pernah ada 'nama diraja' tau?? Hehehe tp entah apa nama yg aku letak dulu pun aku tak ingat dah haha.. & kesemua ni langsung takde kaitan daripada pengaruh cerita2 dongeng Cinderella ke, Snow White ke apa tau??

Sebenarnya bahasa sastera atau kesusasteraan melayu klasik warisan turun temurun nenek moyang kita ni amat indah bahasanya, tinggi nilai & kiasannya. Paling selalu aku jumpa dlm cerita2 klasik ni adalah gambaran betapa cantiknya seorang puteri atau puteri bongsu tu.


Rambutnya hitam /panjang ikal mayang
Muka bagai bujur sireh
Dahi bagaikan bulan baru naik
Alisnya lebat melentik bak taji
Matanya bersinar bak bintang kejora / bintang timur
Hidungnya mancung seludang mayang
Pipi bagai pauh dilayang
Bibirnya merah bak delima merekah / bibir bak limau seulas
Giginya bagai kilauan mutiara
Kulitnya putih kuning
Lehernya jinjang
Suaranya bagai buluh perindu
Senyumannya manis ibarat madu
Jari jemarinya bak tombak serai
Kaki / betis bagaikan bunting padi
Tumitnya bagaikan telur yg baru dikupas..


Begitulah indahnya paras seorang puteri yg digambarkan... & bisikku satu ketika dulu, aku ingin jadi seorang puteri.... :)

Friday, April 16, 2010

Jauh...

Sensitif. Rajuk. Mendung. Kusam.

Entah kenapa kebelakangan ni aku slalu diselubungi perasaan2 negatif. Buat aku resah. Buat aku gelisah. Buat aku lebih suka membisu tanpa bahasa. Buat aku terperuk jauh2 ke dalam belantara jiwaku seorang diri tanpa mahu ditemani sesiapa.

Aku mahu sebenarnya. Mahu ditemani. Mahu perasaan aku dikongsi. Tapi sayang, aku tak tahu di bahu siapa boleh aku sandarkan lelahku seketika. Semuanya seakan terlalu sibuk. Semuanya seakan menjauh. & aku jadi terpinggir, terpencil. Sedih...

Bukan aku tidak cuba menyapa. Namun sapaan ku berlalu dibawa angin. Langsung tak bersambut. Aku cuba menghadirkan diri di tengah khalayak. Namun hadirku bak kabus. Tak disedari apalagi dialu2kan. Malah diredah saja tanpa sepatah kata. Buat aku jadi sendu. Pilu amat!

Aku berkecil hati. Hatiku menangis biarpun pipi & kolam mataku tak berair mata. Jiwaku meraung biarpun mulutku terkatup rapat. Aku jadi kian mengecil biarpun hakikatnya jasadku tidak berubah apa2.

Berdepan keadaan begini aku sedar yg aku tidak boleh hanyut. Bisikan2 jahat sentiasa cuba menyesatkan & melarutkan untuk membuatkan aku alpa mengingati Sang Pencipta. Terngiang2 di telinga. Bermain2 di fikiran. Ahh.. Mungkin ada tidaknya aku tiada siapa yg peduli. Ada tak menambah, tiada tak berkurang. Tak rugi, jauh sekali mendapat untung.

Maka bertarunglah aku. Terciptalah medan peperangan yg tak terlihat dek mata kasar. Menangkah, atau tewaskah aku? Yang pasti aku jadi amat lelah, terlalu lemah.


Aku tersentuh, tapi entah kerana apa.

Aku merajuk, tapi entah pada siapa.

Aku diselubungi mendung, tapi di sekelilingku penuh dgn cahaya.

Aku menjadi kusam, sedangkan di sekitarku penuh warna2 ceria.

Aku jadi bisu...... & hilang.........

Monday, April 12, 2010

Tak Best...

Tiba2 arini semua jadi tak best.......

Friday, April 9, 2010

Bad Timing!!!

Aku PANTANG betul kalau ditanya banyak kali tp tak jawab2 jugak soalan..

  • X: Salam.. ni eja ke? [17:23]
  • Aku: Sape ni [21:23]
  • X: Tp btl kn ni eja.. sy admire awk.. [21:25]
  • Aku: Sape ni [21:28]

Mcm ni laa ye.. Aku rasa aku dah terlalu tua utk peminat2 misteri camni.. In fact, aku paling tak suka org menyamar2 ni.. Kalau suka, perkenalkanlah diri. Tak payah nak sembunyi2 tru sms ke, tru org tengah or what so ever.. Oh ye, jgn harap le aku nak call just because i wanna know who u really are.. Again, i'm too old for all of this crap.

& kalau laa ni sebenarnya pbuatan kawan2 aku yg saje2 nak mengusik, just stop it coz the timing is really BAD!

Tuesday, April 6, 2010

Cukup...


Sesuatu yg baik, belum tentu benar.


Sesuatu yg benar, belum tentu baik.


Sesuatu yg bagus, belum tentu berharga.


Sesuatu yg berharga/berguna, belum tentu bagus.


Dalam hidup terkadang kita lebih byk mendapat apa yg tidak kita inginkan... Dan ketika kita mendapatkan apa yg kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yg kita inginkan terkadang tidak dapat mebuatkan hidup kita lebih bahagia.

Justeru, mimpilah ttg apa yg ingin kita impikan, pergilah ke tempat2 yg kita ingin pergi. Jadilah seperti mana yg kita inginkan, kerana kita hanya memiliki satu kehidupan & satu kesempatan utk melakukan hal2 yg ingin kita lakukan....

Semoga aku mendapat cukup kebahagiaan utk membuatkan aku bahagia, cukup cubaan utk membuatkan aku kuat, cukup penderitaan utk membuatkan aku menjadi manusia sesungguhnya, & cukup harapan utk membuat aku positif terhadap kehidupan.... q(^-^)p

Sunday, April 4, 2010

Setahun Telah Berlalu...

Setahun yg lalu, api yg sedang marak membara tiba2 padam...


Setahun yg lalu, bunga yg mekar berkembang tiba2 menguncup layu...


Setahun yg lalu, sungai yg beriak tenang tiba2 menjadi tandus...


Setahun yg lalu, pagi yg mulanya ceria bertukar sendu & hiba dek perkhabaran pemergiannya...


4 April, dah genap setahun dia meninggalkan aku.. Meninggalkan keluarganya.. Meninggalkan dunia yg fana.. Setelah setahun, aku sangkakan yg aku sudah kuat.. Tapi masih ada air mata yg mengalir saat aku terkenangkannya.. Sesungguhnya kenangan itu masih segar biarpun aku dah semakin kurang memikirkan mahupun melayan kedatangan memori2 silam...

Semuanya masih segar di ingatan, masih jua terngiang2 di telinga.. Gembiranya dia apabila menyatakan hasrat ingin bersua malah tak sabar2 utk bertemu dgn aku hari tu. Sayang hasratnya tidak kesampaian apabila seruan dariNya terlebih dulu menjemput dia pergi. Pergi dlm satu musibah yg menggemparkan. Pergi secara tiba2 tanpa amaran.. Pergi tanpa aku sempat membuat persediaan.. Pergi meninggalkan semua impian & harapan....

Bila diingat2 kembali, ada juga aku terkenang. Seminggu sebelumnya ketika kami berjumpa, dia sayu amat ketika menghantar aku pulang ke rumah. Berat betul hatinya menoktahkan pertemuan kami hari itu.. Tapi aku pujuk2 dgn mengatakan yg kami akan bertemu lagi di lain kali.. Manalah aku tahu yg rasa sayu amat & berat hatinya itu merupakan petanda pertemuan kami yg terakhir....

Beberapa hari kebelakangan ni aku banyak teringatkan arwah.. Lebih2 lagi setelah pemergian arwah Din Beramboi.. Aku melihat Aznil, membaca tulisannya di dada akhbar juga di blog... Aku melihat diri aku satu ketika dulu sama seperti di tempat Aznil kini.. Kami kehilangan seorang teman.. Teman yg baik & rapat.. & yg paling menyedihkan kehilangannya itu secara tiba2 tanpa diduga...

Nyata dlm setahun macam2 yg terjadi.. Walaupun aku dah lama tak menangis ketika terkenangkan dia, tp tetap akan ada masa2nya perasaan sayu & sendu itu hadir bersama2 ingatanku terhadapnya... Bukan sedikit kenangan kami bersama.. Senyum & tawanya masih jelas dlm ingatanku...

Lalu ku mohon penuh hormat, usah lagi ditanya apakah aku telah punya pengganti setiap kali bersua.. Kerna soalan itu menyakitkan... Terkadang menyiat perasaan... Ya aku tahu, yg pergi tetap pergi & hidup ini tetap perlu diteruskan... Namun sedangkan berpisah (hidup) dgn bekas kekasih pun sudah menyakitkan & perlu tempoh masa utk berpasangan kembali, inikan pula kisah antara aku & dia...

Kini, aku tetap meneruskan langkahku.. Telah semakin tenang meniti hari2 yg mendatang.. Sesungguhnya pengalaman ini banyak mematangkan aku, juga mengajar aku utk lebih menghargai setiap detik & saat dlm kehidupan.. Mungkin ada hikmahnya kami belum sempat disatukan. Jika tidak impaknya ke atas diriku pasti lebih buruk & tentunya perlukan lebih banyak masa utk pulih.. Selayaknya segala puji2an itu untukMu Ilahi kerana Engkaulah Yang Maha Mengetahui....

Buat temanku, Ahmad Zuhaili bin Mohamad Safie, & juga arwah Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri yg lebih dikenali sebagai Din Beramboi, semoga rohmu tenang, bahagia & dicucuri rahmat dariNya serta ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg dikasihi.. Al-Fatihah...

Thursday, April 1, 2010

Lena...

Dua tiga hari ni aku tak lena tidur.. Mata berat, badan lesu dek keluar dari pagi hingga ke malam.. Tp diri tetap enggan lena.. Kalaupun terlena, aku berkalih badan ke kiri kanan antara sedar dgn tidak.. Jeles tgk kucing tu huhu...

Friday, March 26, 2010

Suka Jadi Duka Jadi Bengang!!

Seawal pagi smalam aku keluar dgn Farah. Tujuan cuma satu, mencari baju utk aku pakai sebagai pengapit di hari bahagia Farah bulan 6 nanti. Destinasi yg dituju, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Jam baru 9 pagi. Jadi kami yg daripada Putrajaya ni decide utk breakfast dulu di mana2.

Hari yg sepatutnya suka2 tiba2 bertukar bila di traffic light simpang tiga Seksyen 25 Shah Alam kami terlibat dlm satu kemalangan. Kereta MyVi yg dipandu kawanku dipintas oleh sebuah lori satu tan ke kanan sedangkan kami ingin menuju ke depan (dari USJ menghala ke Alam Megah).

Gambar diambil dari blog Farah

Lane di sebelah kiri kami sepatutnya hanya menghala ke depan tp bila aku mula perasan yg lori tu makin rapat dgn kereta, aku cepat2 warning Farah. Farah brek tapi lori tu terus menghimpit ke kanan dgn bunyi geselan yg panjang...

Lori tu & kami berhenti di tepi jalan. Urgghh teruk jugak kereta Farah. Kemek laa fender sebelah kiri kereta. Calar2 jgn cakap laa.. Tp mujur sangat2 lampu signal tak pecah, tayar kiri depan tak effect utk gerak2 ke kiri kanan, enjin & pintu sebelah kiri penumpang pun tak effect mana sbb lori tu sgt rapat hingga menyebabkan side mirror kiri kereta Farah ter'flip' ke dalam. Bayangkan dekat tak dekatnya lori tu himpit kami!!

Pemandu lori tu berkali2 mengaku salah depan kami. Dalam pada tu sebuah kereta peronda polis datang. Kami decide nak buat report di balai at once tp pemandu lori tu kata dia nak kena hantar barang dulu baru nak buat report. & dia menjanjikan yg insurans pihaknya yg akan menanggung kerosakan kereta Farah.

So kami pun follow kereta peronda polis tu ke balai polis Seksyen 11 sbb tak tahu jalan. Dgn perut laparnya kami menunggu & semuanya selesai jam 12 lebih. Then kitorg gi makan & Farah decide nak balik Temerloh & baiki kereta dia kat sana. Lepas tu kitorg gi kedai mintak diorg tengok2kan keadaan tayar & kerosakan tu selamat ke tak utk perjalanan lebih 2 jam. Bila diorg kata ok je, Farah pun hantarkan aku ke rumah kakak aku utk amik brg2 & kami bertolak lebih kurang jam 5 ptg.

Believe me, perjalanan 2 jam setengah dari Bangi ke Temerloh tu aku rasa paling panjang dlm hidup! Tiap2 kali kami melalui selekoh, setiap kali tu jugak laa aku akan menahan nafas sbb takut tayar tu bergesel dgn mana2 bahagian yg dah kemek tu.. Pun tiap2 kali melalui bumpy road aku tak putus2 berdoa supaya kereta tu tak berbunyi2 atau berdoa supaya fender kereta tu tak jatuh di tengah2 jalan..

Paling buat aku seriau bila ada kereta atau lori di lane sebelah kiri kereta masa dekat highway.. Takut2 tiba kenderaan tu tiba2 nak masuk ke lane kami & menghimpit kereta sebagaimana tadi. Serius aku takut!! & sepanjang perjalanan tu jugak laa aku terbayangkan pelbagai igauan2 kemalangan ngeri yg mungkin akan terjadi.. Masa nilah, bayangan2 masa aku accident & tragedi yg menimpa arwah terbayang2 di fikiran.. :( Tp aku cuba tak fikirkan sgt dgn bersembang2 dgn Farah.. Huhu..

Alhamdulillah kami selamat tiba di Temerloh lebih kurang jam 7.30 malam. Malamnya pulak, Farah call aku gtau polis yg bertugas sebagai pegawai penyiasat kes kami maklumkan yg pemandu lori tadi buat laporan polis dgn mengaku tak bersalah & mengatakan yg dia berada di lane yg sama dgn kereta kami malah menuduh aku sebenarnya yg memandu ketika kemalangan tu berlaku. What the...???!!!

Geram betul aku dengar cerita Farah tu.. Yelah, first of all.. Mmg tak logik langsung cerita pemandu lori tu! Kalau betul laa dia ada kat lane yg same dgn kami, kenapa yg rosak & calar2nya cuma belah depan kiri kereta? Kenapa tak sepanjang2 sebelah kiri kereta? Plus, peraturan memotong kenderaan di sebelah kanan.. So kalau dia memotong di sebelah kiri, tak ke tu satu lagi kesalahan??

Then, dia tiba2 pulak kata aku yg drive kereta tu.. Hello!! Dia ingat aku takde lesen ke sampai nak kena tukar2 driver plak dgn kawan aku tu? Aku lesen penuh lagi! Dah 9 tahun jadi pemandu yg berdaftar dgn JPJ.. Apa kes??!! Yg buat aku & Farah bengang tu sbb pemandu lori tadi beriya2 & acap kali mengaku salah serta berjanji akan cover kerosakan kereta Farah dgn insurans lori dia/syarikat dia.. Geram betul!!!

So sbb polis dah ada 2 statement berbeza, hari Ahad ni aku & Farah kena ke Shah Alam sekali lagi utk beri keterangan & tgk crime scene sekali lagi. Haiii entah laa.. Manusia zaman sekarang ni kalau nak melepaskan diri daripada salah sendiri sanggup buat mcm2! Wpun dgn cara menyusahkan org lain!!

Apapun tengok laa mcm mana pulak ceritanya hari Ahad nanti. Semoga Allah melindungi, membantu & mempermudahkan kami dalam segala urusan....