Wednesday, June 23, 2010

Tiba-tiba...

Hari ni tanpa disangka2 aku disapa oleh seseorang yg aku tak kenali di FB. Sapaan berbentuk pelawaan utk berkawan (friend request) aku renung berkali2. Bukan kebiasaan aku utk approve sebarangan org di FB. Hanya pada mereka2 yg aku kenal & cukup rapat utk aku gelarkan teman sahaja yg bolos.

Nama jauh dari kenal, gambar pula sekadar jersi bola. Sebagaimana biasa akan aku cari mutual friends. Tiada. Aku ke koleksi gambar2nya. Tanpa disangka2, ada gambar yg memaparkan sijil dgn tulisan Arab yg cukup kemas. Sijil yg pernah aku lihat suatu ketika dulu. & tanpa diduga air mataku bergenang...

Tak semena2 ingatan aku terhadap arwah datang bertandang. Sijil yg aku lihat itu sama seperti sijil yg dia peroleh selepas 3 tahun memerah minda & keringat di Mesir. Mengingatkan aku kembali pada detik2 awal perkenalan kami dulu.. Betapa jauhnya kami terpisah antara benua namun masih mampu menyulam rasa. & pada ketika itu email & ym laa yg byk berjasa...

Aduhai.. Hanya dgn mengingatkan kenangan2 awal kami saja air mataku kini telah jatuh berderai2. Ahh sukarnya memujuk hati utk meredakan tangis yg sebahagiannya telah terubat & redha dgn pemergiannya.

Tak ku sangka, sapaan itu telah membawa aku jauh mengembara ke alam kenangan yg memilukan. Sudahnya aku putuskan yg dia sememangnya tidak aku kenali & ignore kan saja.

Tuhan, aku rindukan dia......

1 komen:

iDAN said...

... mungkinkah kalangan kenalan dia... atau pun kebetulan; Dik Ieja kena teruasan mencari teman; mana mungkin satu ketika apa yang tak kita duga akan terjadi...