Kebetulan pulak Perkampungan Islam Hadhari tgh berlangsung antara 1-9 Feb, jd alang2 dah antar aku tu sume pun pakat ramai2 nak tgk Masjid Kristal yg jd tarikan utama Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu hehe Mulenye cam ramai gak yg nak gi skali. Yelah cuti straight 4-5 hari kan.. Tp atas sbb2 yg x dpt dielakkan, cuma mak, abah, along & anak2 dia je yg gi. & pagi Khamis tu waktu org2 cina tgh beraya, kitorang btujuh pun berangkat laa ke KT dgn sebuah kereta huhu
Hari Khamis tu xde kemana2 sgt pun. Just bwk famili aku gi Pasar Payang, Mydin Mall & Giant jek. Sbb dah malam, on da way nak balik ke umah sewa aku tu dpt laa tgk Masjid Kristal drp atas Jambatan Sultan Mahmud tu hehe Hari Jumaat tu baru laa ke TTI. Plan asalnye nak bawak kereta je ke sana tp bila dgr cite yg jammed punye laa teruk so terus ubah plan naik bot penambang je. Sbb jeti Seberang Takir yg paling dekat, kul 9.30 pg kitorg dah ada kat sana.
Sibbaik gak naik kat jeti ni sbb drp dlm bot aku tgk punya laa ramainye org kat jeti Pasar Payang & jeti Pulau Ketam huhu Wpun xramai org, bot dtg leh tahan laa lambatnye.. Dah le org yg dtg lambat main potong je queue huhu Sabooo jelah.. Dlm kul 10.30 jugak le baru kitorg dpt naik bot penambang yg disediakan percuma tu. Ada laa dlm 20-25 minit perjalanan baru laa smpi kat jeti TTI tu yg diberikan nama Penambang Tok Ku Paloh.
Dlm bot nak ke TTI.. Sorang lg xde sbb jd tukang amik gambar hehe
Keadaan jeti kat Pasar Payang.. Fuiiihh ramainye org!! Masjid Kristal (atas) & Pusat Konvensyen (bawah)yg dilihat drp dlm botDah masuk ke TTI tu baru laa tau yg rupa2nya TTI ni baru separuh siap. So hanya monumen2 tertentu je yg dibuka utk org ramai. Yg lain2 tu still dlm proses pbinaan. Thus, let the pictures tell the story.. :)
Masjid Xian, China
Masjid Negara, Malaysia
Masjid Kudus Minar, Jawa Tengah, Indonesia
Masjid Omar Ali Saifuddin, Kampung Air, Brunei
Depan: Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
Belakang: Kubah As-Sakhrah, Palestin
(also known as Dome of the Rock)
Poster percuma TTI dah abis so amik gambar poster jelah huhu
Pameran Angkasawan Negara di Pusat Konvensyen TTI
Amra pun nak jd angkasawan negara jugak hehe
Bbrp perspektif Masjid Kristal drp dekat
Hari Jumaat tu jugak, Agong akan mcemar duli utk mrasmikan Masjid Kristal pd jam 6 ptg. Abis je solat jumaat, makin ramai org yg dtg & menyebabkan keadaan kat jeti jd xterkawal. Huuuuiii.. dasat tul keadaan kat Penambang Tok Ku Paloh tu.. Havoc!! Seriously x sistematik lgsg urusan nak naik bot utk balik ke jeti sebelumnya. Dah laa org ramai, berasak2 plak tu! Yg potong queue tu jgn ckp laa.. Apepun, dlm kul 4 ptg kitorg akhirnya slmt smpi ke Seberang Takir smula :)
Pg Sabtu famili aku dah pun pulang ke Pahang. Yg tinggal hanya aku utk meneruskan smula pjuanganku yg masih belum selesai. Pg ni aku akan bjumpa dgn En Zul lepas 3-4 kali nak jumpa tp xjadi huhu Biarpun skejap & agak memenatkan terutamanya bila melayan kerenah anak2 sedara aku, aku rasa hepi sgt2 dpt bawak mak abah & along sekeluarga jln2 kat KT & bmalam kat umah sewa aku.
Aku ingat lg masa kecik2 dulu, abah slalu bawak kitorg sekeluarga gi jalan2 klu hari cuti atau hjg minggu. Kdg2 picnic kat Taman Tasik Perdana [dulu indeks pencemaran udara kat KL xde laa tinggi sgt cam skrg hehe ;P] dgn bwk bekal nasi & lauk dr rumah, gi makan kari kepala ikan yg femes kat Stadium Merdeka, gi mandi laut kat Teluk Cempedak atau kat Pantai Batu Hitam laa, ikut abah gi Bukit Fraser sbb kebetulan abah ada seminar/kursus kat Hotel Merlin atau Pine Resort [ntah ada ntah tidak lg hotel2 tu hehe], gi Pulau Tioman laa, & byk lg tempat2 lain..
Tp tu sume dah blalu.. Lepas je aku naik skolah menengah & abah pun dah bsara masa aku darjah 5, dah jrg dah kitorg sekeluarga gi jalan2 makan angin. Paling2 pun gi KL & tido umah abg atau kakak aku yg keje kat KL & lepas tu kat Putrajaya. Tambah2 plak sorang2 kakak & abang aku kawen.. Lg laa susahnya nak gi jalan2 satu famili.. Well, all the memories remain forever… Miss those good old days.. :)
Oh ye.. Terbaru ttg abah, doktor gtau yg cecair dlm paru2 abah dah btukar mjadi pepejal & pepejal tu hanya boleh dikeluarkan melalui open surgery. Yg memusykilkan, doktor2 sendiri xdpt explain cane cecair dlm paru2 abah tu leh jd pepejal. Dlm keadaan & usia abah skrg ni, aku x mintak byk pun.. Cukup laa klu abah gembira & aku lebih2 lg hepi klu dpt buat abah rasa senang & selesa.. Selebihnya aku hanya serahkan pd Yang Maha Esa kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui akan apa yg terbaik buat hamba2Nya.. :)