Tuesday, March 25, 2008

Peringatan Buat Diriku..

Dalam hidup, kita cenderung mengharapkan apa yg kita impikan akan terjadi sebagaimana yg telah kita rancang. Hakikatnya, dalam 3 cabang jalan hanya satu je yg akan benar2 elok berturap serta dihiasi dgn rimbunan mawar yg mewangi. Yg 2 lg pasti jalan yg penuh liku, berlubang di sana sini, berada pula di gaung curam yg maha dalam. Malah terkadang memaksa kita berhenti buat seketika utk memulihkan kembali tenaga, utk melepaskan lelah, utk bangun semula perlahan2 setelah terjatuh, juga utk menunggu luka2 yg mencalari sembuh terlebih dahulu sebelum membolehkan kita menyambung kembali perjalanan.

Ramai yg mengeluh dgn kesulitan2 yg ditempuhi tanpa kita sedari itulah ilmu & pengalaman yg amat berharga & tak ternilai harganya wpun dibandingkan dgn segunung emas. Ibaratnya kalau kita tak buat silap, selamanya kita xkan tahu atau fikirkan apa baik & buruknya tindakan kita. Kalau kita melakukan kesilapan atau kesalahan & tidak pula kita ditegur atau diperbetulkan, maka selama2nya kita akan terus berada dalam kesilapan itu. Pun kita akan terus mengulang2 kesilapan yg sama sepanjang hayat. Apakah itu yg kita mahu? Justeru, ilmu & pengalaman itulah yg akan menjadi panduan utk kita tidak terus mengulang kesilapan yg serupa.

Gagal tak bererti kita kalah. Sebaliknya kegagalan itu harus kita jadikan penyuluh & pembakar semangat utk mencapai kejayaan. Bagi aku, kejayaan yg sebenar adalah apabila kita berjaya mengatasi ketakutan utk terus bdepan dgn masalah2 kita yg lalu, masalah2 yg sering kita elakkan, juga apabila kita berjaya melawan rasa putus asa dalam diri.

Hidup ini amat singkat. Rugi amat jika dibazirkan dgn terlalu cepat putus asa & mengalah, malah lebih2 rugi jika kita sering meletakkan kegagalan kita itu di atas pundak org lain. Mereka2 yg berjaya adalah mereka2 yg mengakui kegagalan mereka namun bangkit dgn megah di atas kegagalan yg telah mereka perbaiki & perhalusi tanpa menuding jari pd sesiapa. Ya, merekalah manusia2 yg hebat!

Memandangkan hayat kita seketika cuma, sama2lah kita manfaatkan apa yg ada di sekeliling kita kala ini. Selalu terjadi, kita jarang skali mhargai apa yg kita ada melainkan setelah kehilangannya. Malah kita sering alpa dgn permata2 yg berada di sekeliling kita kerana terlalu ghairah mengejar kilauan kaca di puncak gunung. Realitinya, kita semakin lupa utk tunduk ke bawah memerhatikan rumput & akan terus lupa dgn bumi yg dipijak sebaik saja berdiri di atas bukit. Aku ulang, di atas bukit. Bukan gunung. Bukan Menara KL. Juga bukan Menara Berkembar KLCC. Menyentuh awan apatah lagi. Namun itulah realiti hari ini.

Semoga aku takkan lupa dgn bumi yg aku pijak selagi langitMu aku junjung..

2 komen:

Anonymous said...

salam...

> peringatan buat kite juge...:) <

- just me - said...

Manje,
Sama2lah kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.. :)