Smalam ada meeting Membrane Technology Group (MTG). Agenda utama menyentuh ttg labwork progress student2 fyp. Pastu highlight kan jugak ttg dateline2 grant yg rata2nya mesti disiapkan sebelum berakhirnya tahun 2009. Pun sentuh progress dak2 master cam aku huhu
Dlm keadaan yg stress & tegang sbb nak kejar masa utk dptkan data & siapkan labwork2 utk semua grant & student fyp yg ada, aku pun 'ditekan' jugak. Dek master aku dah pun masuk tahun yg ke 4 [ye, mmg dah lame!! I knew without u people reminding me!!!], kredibiliti & disiplin aku dipersoalkan. Masalahnya, yg mpersoalkan aku bukanlah supervisor aku sendiri. Sebaliknya junior aku yg baru setahun amik master!!! Pastu bila aku mintak priority dlm sebulan ni utk siapkan labwork aku, dia kata pulak aku selfish & x consider masalah org lain! Huh!!
Masalahnya, masalah aku sape nak consider?? Dah 3 tahun aku asik beri laluan pd student fyp & jugak org lain wat labwork dulu sbb aku punya permeation utk satu membrane akan amik masa yg sgt lame. Bila aku gtau baru2 ni permeation membrane aku amik masa sampai 44 jam, sume tkejut. Tp klu aku asik 'beri laluan' & asik 'xnak lambatkan org lain wat labwork', bistu bila masenye aku nak wat? Aku dah penat... & itulah salah satu sbb nape master aku dah dragged sampai masuk tahun ke 4... :(
Seriously aku rasa sgt sedih waktu meeting tu smalam terutamanya lepas progress & kredibiliti aku dipersoalkan. Salah aku ke??? Mungkin jugak salah aku sbb x bertegas.. Tp aku xsuka nak fight2 hanya gara2 nak guna 1 alat! Semua org nak cepat habis, semua org nak kejar masa, semua org terdesak nak cepat dapatkan data.. Abis aku???!!! Tp mereka2 yg mpersoalkan aku tu tak paham.. Pun xtau.. Jauh skali nak amik tau ape kesusahan & masalah yg aku lalui spjg tempoh lebih 3 tahun ni..
Aku nak sgt2 diorg paham.. Nak sgt2 diorg mengerti.. Tp jgn kata nak faham atau beri pengertian, berikan aku ruang pun tidak!! Siap compare aku dgn org lain yg dah submit final draft tesis ada laa! Masalahnya, diorg guna membrane lain, application lain, chemical pun lain. So performance membrane tu lain. Tak sama! Ruang utk beri pjelasan xde, ruang utk aku siapkan labwork tanpa desakan pun xde! Yg mereka tahu cuma 'cepat2 laa abis master', 'cepat2 laa grad', 'dateline utk beri data sebulan dr sekarang'.. Aku x kisah klu aku boleh diberi ruang atau priority utk siapkan labwork aku, tp masalahnya aku TAK DIBERI PELUANG TU!! Dah tu cane??!!
Dalam 3 tahun ni aku xpenah nak mengadu, apalagi merungut. Semua aku kemam & telan sendiri. Cuma hari ni aku rasa sgt kecewa. Pun sedih. Tp inilah ujian & dugaan utk aku dariNya... Biar aku menangis air mata darah sekalipun, keadaan tidak akan berubah melainkan aku yg berusaha utk melakukan perubahan itu. Semuanya atas kehendak & izin tuhan juga.. Semoga tuhan mberikan kesabaran & kekuatan utk aku melalui ujian & dugaan ini. Sesungguhnya, hanya kepada Allah sahaja aku berserah & pasrahkan segala2nya......