Saturday, December 20, 2008

Hati Seorang Wanita...

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


[Hmm.. care to comment?]

4 komen:

tintaHati said...

no 9 itu benarkah? atau daku yg masih belum bertemu dengan cinta yg sebenar...huhuhu...

- just me - said...

Aku percaya yg no 9 itu benar. Kau?

Mungkin kau pernah ketemu dgn cinta yg sebenar, mungkin juga tidak.. Terkadang, kita telah jatuh cinta tanpa kita sendiri menyedarinya. Pun terkadang, perasaan suka, kasih & sayang itu sering kita salah ertikan dgn cinta.

Seperkara yg kau harus tahu, hanya jauhari yg mengenal manikam!

Anonymous said...

Ntahlah...bukan tak percaya tapi aku xtau la kalo yg pertama tu dulu cinta sejati...sbb ms tu zaman matrix n aku minat org tu diam2...ceh! aku rasa itu spt cinta monyet saja...hehehe...tapi skrg rsnya daku telah jth cinta n kalo kehilangan dia...ntahla...xdpt dibayangkan...

- just me - said...

Sbb tu aku katakan mungkin pernah ketemu & mungkin juga tidak. Kdg2 prsn syg yg pertama kali itu x sampai ke tahap cinta. Tp kita yg tersalah tafsir ianya dgn cinta. Nak explen cane ek? Aduh rumit!

Gini laa, senang cite ko dtg jumpa aku, doktor cintamu hehehe ;)