Monday, August 3, 2009

Pernah Tak...?

Pernah tak kau merasakan yg kau telahpun memberi & melakukan yg terbaik, namun kau tetap dimarahi hanya kerana sedikit perkara yg kau sendiri tak tahu yg kau perlu lakukannya?

Pernah tak kau merasakan yg kau telahpun cuba memberi perhatian & fokus semaksimum mungkin, namun kau dimarahi hanya kerana hilang fokus beberapa ketika?

Pernah tak kau merasakan yg kau telahpun sedaya mampu memahami seseorang, namun kau tetap dimarahi hanya kerana tak memahami sesuatu ttg dirinya yg kau sendiri sebenarnya tak tahu pun?

Pernah tak kau dimarahi kerana tak melakukan sesuatu, namun bila kau melakukannya pada ketika yg lain kau dimarahi pula kerana melakukannya?

Aku pernah.. Aku pernah.. Aku pernah melalui kesemuanya. Memikirkannya aku jadi bingung. Kdg2 jadi penat. Tapi kerana matlamat yg aku ingin capai, aku gagahkan diri utk tak menangis walaupun aku bersedih kerananya.. Pun aku cuba tabahkan hati mengharunginya walaupun terkadang aku rasa sgt tak berdaya.. Juga aku sabarkan diri utk menempuhinya walaupun kdgkala aku rasakan yg aku hampir2 putus asa..

Pun, mengingatkan matlamat akhir itu aku cuba lalui kesemuanya. Moga2 Allah mberi petunjuk, bimbingan & pertolongan buat hambaNya yg tidak punya apa2 ini....

4 komen:

Alakay said...

kenapa nak tahan supaya jangan menangis? kan itu fitrah..nikmat yang Allah dah bagi sebab menangis itu dapat memberi sedikit kelegaan..and it shows kita hambaNya yg bersifat lemah...

just a thought...

abg iDAN said...

Dik Ija

Kita selalu jadi mangsa keadaan atau mood org yg kita sayangi, teman, atau rakan kerja.

Terkadang kita tak terniat pun mahu mengguris hati sesiapa, tak mahu melakukan kesilapan. Tetapi itulah padahnya bak kata org tua2, lantaran nila setitik habis susu sebelanga.

Jangan ambil hati amat semua itu, kalau ada ruang untuk pohon maaf cepat2 pohon maaf. Atau pun biarkan saja sebab bukan niat kita nak lukai hati sesiapa. Ada setengah masalah itu boleh selesai dengan sendirinya.

Itu ujian Dia nan Esa, namun dalam kes abg terpaksa abg berhijrah lantaran telah sampai mencabar martabat diri & mengganggu kesihatan.

- just me - said...

Alakay,
kdg2 diri kita perlu dididik utk meletakkan harga yg mahal ke atas setiap titisan air mata.. :)

Abg iDAN,
nak kata tak ambil hati, kdg2 tersentuh juga. Tp semampu mungkin utk tidak. Kdg2 segala kesedihan & keperitan ini bagus juga utk mengingatkan bahawa betapa susahnya utk mdapatkan sesuatu. Lantas kita akan lebih mhargainya..

Ujian buat abg nampaknya lebih getir sehingga mbabitkan martabat diri serta mjejaskan kesihatan. Tp saya tetap percaya bahawa tuhan sentiasa bersama2 hambaNya yg ikhlas & sabar..

Anonymous said...

Melihat makanan yang basi sudah pasti tiada gunanya malah dilontar terus ke tanah ,terkadang ayam atau itik tak pandang pun makanan itu,hanya lalat aje yang hinggap atau makanan itu berkubur aje,ianya menjadi baja buat menyubur tanah dan makanan buat tumbuhan yang mana tumbuhan itu akan dimakan oleh manusia dan juga haiwan.Dalam terang ada gelap dan dalam gelap ada terangnya.