Friday, October 9, 2009

Senyap & Sunyi...

Senyap dan sunyi
Tabir malam menyelimuti
Isi alam dilamun mimpi

Terkenang nasib sendiri
Nak memandang tak daya lagi
Ku pandang kiri, ku pandang kanan
Hitam gelap yang kelihatan

Cantik molek putih dan hitam
Sama saja tiada beza sebarang ragam

Alam nan luas
Banyak gunung dan banyak jurang
Wahai anak, dan banyak jurang

Gunung tinggi engkau daki
Jurang dalam engkau jauhi
Kalaulah aku boleh memandang
Aku pandu engkau berjuang

Kalaulah besar anakku sayang
Sesal ayah kerana tidak dapat memandang

~ P Ramlee...

4 komen:

Anonymous said...

tajam sungguh bahasa p.ramlee sehingga tertusuk ke sanubari,semoga kita boleh mengerti apa yang hendak disampai melalui lagu senyap dan sunyi nyanyian Tan sri P.Ramlee......musafir kelana

iDAN said...

Penulis lirik lagu ini bagaikan pujangga yang sering mencari sinar kebahagiaan.

- just me - said...

musafir kelana,
mudah2an begitulah.. tapi terlalu mendalam maknanya kdg2 tak terjangkau dek fikiran. klu tahu, sudi2kanlah bkongsi.. :)

abg iDAN,
mungkin dia telahpun menemui kebahagiaan, tapi ingin mengajak kita semua menemuinya sekali :)

Anonymous said...

x silap sy, liriknya oleh S Sudarmaji, lagu oleh p ramlee..