Friday, April 16, 2010

Jauh...

Sensitif. Rajuk. Mendung. Kusam.

Entah kenapa kebelakangan ni aku slalu diselubungi perasaan2 negatif. Buat aku resah. Buat aku gelisah. Buat aku lebih suka membisu tanpa bahasa. Buat aku terperuk jauh2 ke dalam belantara jiwaku seorang diri tanpa mahu ditemani sesiapa.

Aku mahu sebenarnya. Mahu ditemani. Mahu perasaan aku dikongsi. Tapi sayang, aku tak tahu di bahu siapa boleh aku sandarkan lelahku seketika. Semuanya seakan terlalu sibuk. Semuanya seakan menjauh. & aku jadi terpinggir, terpencil. Sedih...

Bukan aku tidak cuba menyapa. Namun sapaan ku berlalu dibawa angin. Langsung tak bersambut. Aku cuba menghadirkan diri di tengah khalayak. Namun hadirku bak kabus. Tak disedari apalagi dialu2kan. Malah diredah saja tanpa sepatah kata. Buat aku jadi sendu. Pilu amat!

Aku berkecil hati. Hatiku menangis biarpun pipi & kolam mataku tak berair mata. Jiwaku meraung biarpun mulutku terkatup rapat. Aku jadi kian mengecil biarpun hakikatnya jasadku tidak berubah apa2.

Berdepan keadaan begini aku sedar yg aku tidak boleh hanyut. Bisikan2 jahat sentiasa cuba menyesatkan & melarutkan untuk membuatkan aku alpa mengingati Sang Pencipta. Terngiang2 di telinga. Bermain2 di fikiran. Ahh.. Mungkin ada tidaknya aku tiada siapa yg peduli. Ada tak menambah, tiada tak berkurang. Tak rugi, jauh sekali mendapat untung.

Maka bertarunglah aku. Terciptalah medan peperangan yg tak terlihat dek mata kasar. Menangkah, atau tewaskah aku? Yang pasti aku jadi amat lelah, terlalu lemah.


Aku tersentuh, tapi entah kerana apa.

Aku merajuk, tapi entah pada siapa.

Aku diselubungi mendung, tapi di sekelilingku penuh dgn cahaya.

Aku menjadi kusam, sedangkan di sekitarku penuh warna2 ceria.

Aku jadi bisu...... & hilang.........

2 komen:

iDAN said...

Cubalah bayangkan Dik Ieja bilamana harapan yang kita pupuk itu tetiba pincang; tak seperti kita harapkan

cubalah bayangkan kekasih atau pasangan kita terasa makin jauh dari kita tidak menghiraukan kita

cubalah bayangkan rakan yang karib tetiba tak langsung bertanya khabar kita

rasakan bagaimana orang yang tempat kita bergantung harap ambil tak kisah pasal kita tetapi bila kita klik di FB kita nampak dia bukan main keletah lagi...

rasakanlah kalau kita jenis suka menulis di blog & pastinya kita harapankan pemblog lain menyukai kita tapi kita tak sekali pun dapat respon dari orang yang kita minati sedangkan seharian di sanalah kita bermula meminat berblog

rasakanlah kesakitan kita sampai kita telah pun ke puncak antara hidup & mati... tak siapa pun ambil tahu malahan yang mendoakan kita cepat mati adalah org terapat dengan kita...

semua itu bukan mainan hidup tetapi kenyataan yang perlu kita hadapi... memang sakit

kita syukurkan saja.

- just me - said...

abg iDAN,

tak perlu dibayang2 lagi abg.. ada beberapa perkara yg abg suruh bayangkan itu dah pun saya alami. malah mengalamainya pula beberapa kali..

ada masanya ianya cuma singgah di telinga, minda mahupun hati tanpa ada apa2 kesan.. namun ada masanya juga ianya singgah lalu menhentak2 ke telinga, menujah2 minda & menyiat2 hati..

maka lahirlah entry yg sebegini..