Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Banyak yg ingin aku katakan namun masa tak mengizinkan aku berbuat demikian. Nampaknya masa senantiasa mencemburui kita. Aku mmg nak dengar penjelasan dan kepastian dari pihak ko ttg ape yg dah berlaku sepanjang 2 bulan lepas sama ada sepanjang pengetahuan aku ataupun perkara2 di luar pengetahuan aku.. tapi aku tak rasa yg aku nak tau ttg semua tu lagi..
Terus terang aku katakan, lepas ko call aku kul 2.35 pagi 18 Februari yg lepas, aku jugak dah menetapkan satu tekad. Dah lama aku nak britau ko ttg mende ni tapi kata2 ko ttg penjelasan yg akan ko berikan lepas xm membuatkan aku bersabar sehinggalah ke hari ini.. Kesabaran aku kian menyusut, apatah lagi bile ko kate yg ko akan balik mlm ni sedangkan aku cuma ada 2 hari untuk membuat perhitungan ni dgn ko. Takpe laa.. aku tak rasa penjelasan dan kepastian dr ko dapat mengubah apa2 baik keputusan atau tekad di pihak ko mahupun di pihak aku.
Aku tekad, aku takkan ganggu hidup korang lagi lepas ni. Aku tak nak muncul dlm hidup korang lagi. Aku jugak akan padam nama korang dalam kamus hidup aku. Aku rasa takde apa2 dah yg perlu diselesaikan antara kita lagi lepas ni. Bermula detik ini, ketahuilah ko bahawa sesungguhnya aku tidak akan kenal siapa korang lagi. Aku takkan cari dan hubungi ko lagi dan ko pun tak perlu ambik tau ttg aku lagi.
Seperkara lagi, aku titipkan skali brg2 tu bersama2 lembaran ni dgn harapan.. jika dgn itulah segala2nya bermula maka biarlah dgn itu juga aku akhirkan semua ini. Pun tak terlewat kalau aku katakan itu adalah hadiah hari jadi yg pertama dan terakhir utk ko dari aku. Aku harap ko terima dgn ikhlas..
Akhir kata, terima kasih atas segala2nya.. Juga maaf atas semua tuturkata/susila sepanjang ko mengenali aku. Aku harap ko mengerti bahawa antara kita selepas ini akan tiada pertemuan lagi......
Sekian, wassalam..
"Batuan hitam di tepian pantai akan tetap teguh biarpun dihempas ombak biru yg mengganas tanpa henti dan belas. Ia akan kekal di situ biarpun ombak kian jauh kerna surutnya laut..."