Bismillahirrahmanirrahim...
Seluruh alam akan melebarkan telinga pabila aku bersuara. Cakapku bukan sebarang cakap. Kata-kataku bukan cerita untuk diketawa. Bahasaku penuh hikmat dan ertinya…didengar tidak memekakkan mata…dilihat tidak menyakitkan telinga… Kenal dengan burung?? Kenal dengan ikan?? Dengan lembu?? Tentu kenalkan??? Burung yang terbang tidak selepas yang diduga. Ikan di air tak sebebas yang dikira. Angin nyaman boleh bertukar menjadi ribut mnggila. Laut tenang boleh jadi bergelora.. Burung bercanggah angin, ikan pula bercanggah arus… tapi, kenapa?? Ya… Ikan lebih ria di air dan burung lebih senang di awan… dan kerana itu, lembu yang terputus talinya… biarlah bebas merasakan kebenaran yang tak bebas. Bertemu ia dengan pak belang di pinggir hutan, akan tahulah ia erti bebas yang sebenarnya. Hidup bebas terpaksa berhati-hati menjaga diri.. Waspada terhadap segala musuh bencana....
Sebenarnya, kebebasan itu tidak ada tapi, apa saja makhluk akan merasa bebas selama mereka tidak terikat dan terkurung.. Namun, tiada sesiapa pun yang bebas untuk berkuasa. Kuasa tak bererti kebebasan.. atau bebas tak bererti berkuasa..! Ahh.. mungkin bahasa dan kiasanku terlalu tinggi.. tapi ia bukan tinggi sebarang tinggi. Tinggi ini takkan tercapai dek tangan pendek yang berangan-angan nak capai awan, tangan yang berangan-angan nak peluk gunung. Dengar sini!! Dengar sekarang ini bukan lagi dengan telinga. Melihat juga bukan dengan mata.. Itulah sebabnya kau tak faham-faham.. Tapi tak mengapa… Suatu hari nanti kau akan tahu, kau akan mengerti, akan merasa…Hidup ini bukan khayalan. Mengerlip bukan intan, dan manis bukan madu…
Biar aku beritahu kau tentang hidup. Hidup itu adalah… sangkar yang kosong dan tali yang tak berhujung. Hidup itu adalah kehidupan. Bukannya kebekuan… atau kepatungan… ataupun kekayuan. Hidup itu adalah gerak; gerak hati dan nadi.. gerak tangan dan kaki.. gerak melepaskan diri.. Justeru kita harus bertindak dengan kepala. Bukan dengan dada terbuka. Bukan dengan mata yang tuli dan telinga yang buta. Mulut tak sekuat kepala. Cakap hanya boleh didengar.. tapi sekarang orang bertanya siapa yang berkata.. dan bukannya apa yang dikata.. Itulah yang lebih penting. Selebihnya, kau tahulah sendiri..!!!!