Wednesday, December 31, 2008

Santai Seni Kembali!!!

.

Tuesday, December 30, 2008

High Fever...

Malam semalam suhu badan aku naik mdadak. Hangat mbahang. Tp tapak tgn & kaki sgt sejuk. Kepala bdenyut2, seluruh sendi rasa sakit, mata terasa panas. Sah aku demam. Dek suhu badan yg terlampau tinggi, aku tak boleh nak tido. Pun hampir 45 minit sekali aku berulang ke blk air. & keadaan tu berlarutan hingga ke pg ni.

Terasa bdn dah kurang skit panasnya. Ke pusat kesihatan seawal pagi. Suhu badan 37.6 drjh C. & aku pulang dgn sebeban ubat huhu Tupun aku gagahkan jugak gi daftar utk sem baru ni. Harap2 x terlalu menjejaskan tugasan2 lain yg aku perlu siapkan. Hmmm rasa nak tido......

Sunday, December 28, 2008

Pengakhiran Atau Permulaan?

Pejam celik pejam celik, pi mai pimai, tahun 2008 dah pun hampir smpi ke penghujungnya. Klu tahun lepas aku dgn 'rajin' tulih entry panjang2 [refer post 365 Hari], tahun ni xde laa aku nak ulang yg same lg hehehe x best laa kan duk ulang idea sama. Lain tahun, lain laa ideanya kan? :D Tp sbb yg sebenarnya aku malas.. ;P

Again, sepanjang 366 hari aku dlm tahun ni cukup dgn segala rencah. Suka, tawa, tangis, marah, kecewa, lemah, sabar, & mcm2 lg. Cuma sukatan je yg bbeza2. Tp cukup utk mjadikan tahun 2008 kali ni istimewa & meninggalkan memori yg tsendiri.. :)

Rasa mcm kejap je kan? Kejap je aku dah nak masuk tahun ke 7 di bumi darul iman ni.. Setianya aku kat sini.. :) Mungkin ada sesuatu yg 'mengikat' aku tanpa aku sedar..? Hmm..

Apepun, selamat menyambut Awal Muharram. Jgn lupa doa akhir & awal tahun.. ;) Klik utk doa akhir & awal tahun. Semoga mdapat rahmat & keberkatan dari Ilahi..

Wednesday, December 24, 2008

Geram!!!

Cukup x suka kalau ada driver yg mencelah tanpa signal, nak2 pulak secara tiba2. Klu pemandu tu dlm keadaan ermergency @ darurat tu lain cite laa kan. Tp boleh kenal laa mana yg saje x kc signal & mane yg x. Bukan ape, boleh mbahayakan pemandu2 lain. Klu x mbahayakan sesape tu aku x kisah pun. Iskkk geram!!

Satu lg cukup2 geram klu kereta/motor yg nak masuk simpang ke sebelah kiri dia, x bagi signal. Of course laa aku jd geram sb aku nak kuar drp simpang yg dia masuk tu. Yelah, kita punya laa ingat dia nak terus, alih2 bila dekat terus je dia masuk simpang pdhl kereta drp lane yg btentangan xde. Yg kita ni punya laa duk tunggu dia. Huiii geram!!!

Moral of the story, bertimbangrasalah sesama kita di jalanraya. Jgn hanya fikir ttg diri sendiri, fikir ttg org lain juga!

Monday, December 22, 2008

Mode: Jiwang...

Lately gegendang telinga aku ni slalu disumbat dgn 1 lagu. Lagu yg aku download secara x sengaja. Tp bila dgr, layan... :D Rasa cam terbuai2 jek. Pun rasa cam hanyut. Hanyut merentasi lautan kenangan. Chewwaaaahh!! Ekeke..

Xtau sape nyanyi, yg pasti lagu Cinta Yg Hilang ni melatari sinetron Indonesia, Cinderella. Kdg2 bila dgr lagu ni, tingat masa tgh duk frust dolu2 hehe syahdu beb... Tp kdg2 leh gelak sorang2. Gelak bila mengenangkan kejahilan ttg pengertian 'cinta'. So, enjoy it! ;)


Semua mimpi mimpi indah
Hancur hati ini
Melihat semua ini
Lenyap telah lenyap
Kebahagiaan di hati
.
Ku hanya bisa
Menangisi semua ini
Hancur hati ini
Melihat kau telah pergi
.
Langit menjadi gelap berkelabu
Menyelimuti hatiku
Mengubah seluruh hidupku
Mengapa semua jadi begini
Perpisahan yang terjadi
.
Di antara kita berdua
Ku akan menanti sebuah keajaiban
Yang membuat kita
Bisa bersama kembali

Saturday, December 20, 2008

Hati Seorang Wanita...

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


[Hmm.. care to comment?]

Wednesday, December 17, 2008

Greatest Feeling!!!

Syukur ke hadrat Ilahi.. Segala puji-pujian pada tuhan kerana dgn izin dariNya jua, apa yg aku usahakan selama ini kian mhampiri garisan penamat dgn berakhirnya tugasan2 eksperimental di makmal Isnin lalu. Yeay!!! \(^-^)/

Rasa cam legaaaaaaaaaaaaa sgt2.. Ringan lebih separuh drp rasa beban yg aku pikul selama 3 tahun ni. Pun rasa cam dah boleh bnafas dgn lebih lega wpun bila mengingatkan deretan tugas yg perlu diselesaikan masih ada, terasa semput kejap hehe

Right now, fokus aku akan beralih pd penulisan tesis, penyediaan artikel & jugak persediaan aku utk mhadapi viva. Hopefully aku boleh settlekan semua by next semester. X sabo2 dah nak abis nih! Huhu

Skrg ni pun tesis aku dah 80% siap.. Cuma tinggal nak masukkan results data2 experimental aku yg terakhir & touch up kat sana sini to complete it all. Can't wait!!! :D Harap2nya dgn waktu yg dah makin singkat ni, aku dikurniakan kesihatan yg baik serta ilham/idea yg sentiasa mengalir utk memudahkan semua urusan bkaitan tesis aku tu, insya-Allah.. :)

Doa2kan ye? Till then.. :)

Monday, December 15, 2008

Hectic Days...

Been very very very busy. Mengerah segala idea & tenaga, juga mengumpul semua yg aku tahu & lakukan sepanjang 3 tahun ni, utk dimampatkan dlm helaian2 kertas lebih kurang 30 mukasurat. Membuatkan semua aktiviti2 sampingan terhenti buat seketika. Menjadikan aku 'penghuni gua' di dalam bilik aku sendiri, berhibernasi utk menyediakan laporan kemajuan bg seminar penyelidikan UMT 2008.

Aku dimaklumkan yg seminar ni akan diadakan pd 24hb nnt. Utk tu laporan & slide pembentangan dlm powerpoint harus ada & disiapkan sebelum 18hb. Dateline yg supervisor aku berikan pd 5hb tempoh hari. Huhu.. So, raya+other leisure time, aku cuma ada kurang 2 minggu utk melangsaikannya. & alhamdulillah, pagi td aku dgn jayanya telah menghantar laporan tu pd supervisor aku melalui email hehe.. Lega!!

Well, jgn ditanya kualiti tidur aku kebelakangan ni.. Pun jgn dibayangkan rupa bilik & meja study aku hari ni hahaha.. sbb aku sendiri pun takut nak ingat! :D Nipun badan aku sakit2, tangan aku lenguh2.. Xpe, segala dendam2 yg tersimpan selama bbrp hari ni akan aku lunaskan bermula malam ni hahahaha ;P

One thing for sure, aku terlepas lg utk mdapatkan cuppies & tartlets Kiena yg menyelerakan huhu xpe, aku akan tunggu next delivery.. :D

Adios!

Sunday, December 7, 2008

Makna & Korban

Kata2 seorang teman, buat aku tertarik..


"Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina."


Sekadar renungan. Mungkin juga peringatan. Pastinya khusus buat diriku.


Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan buat semua. Tak kira yg berada di kota mahupun di desa. Semoga yg berada di tanah suci memperoleh haji yg mabrur. Juga didoakan semoga selamat kembali ke tanahair semula.


Oh ya, korban apa pula kalian tahun ni?

Thursday, December 4, 2008

Mentari Muncul Kembali...

Familiar with this place, anybody? ;D

Haa masuk hari ni dah 2 hari mentari kembali gah di hamparan langit. Cahayanya yg terang lagi terik 'menelan' kehadiran bintang2 yg lain. Panas mentari yg membahang nyata mengkondensasikan air2 yg bertakung di segenap pelusuk bumi darul iman ini. Sudah tentu disambut riang oleh kawanan burung & serangga2 lain yg kembali bebas berterbangan mencari rezeki. Juga disambut penuh kelegaan mereka2 yg sebelum ini khuatir tidak dpt pulang utk berhari raya di kampung. Itu yg paling penting!


Wpun rata2 mahkluk alam mengungkapkan pujian penuh kesyukuran terhadap Sang Pencipta, namun harus diingat! Kdg2 perubahan cuaca yg drastik sebelum ini bukanlah satu bencana, apalagi satu tragedi. Kdg2 ia sebenarnya satu rahmat & anugerah yg mengandungi jutaan hikmah dariNya tanpa kita sedari. Mana tahu, kenaikan paras air memudahkan penghuni2 dlm air berhijrah? Siapa tahu, hujan lebat yg mencurah membantu memadamkan api marak yg meratah2 rumah si fakir?


Justeru, luaskanlah mindamu. Janakanlah pengetahuanmu. Jgn disempitkan akalmu kerna terkadang sesuatu yg tersurat itu turut hadir bersama2 yg tersirat. Sesungguhnya setiap kejadian yg berlaku itu adalah ilmu pengetahuan yg tidak ternilai harganya bg mereka2 yg berfikir.



Tuesday, December 2, 2008

Senyum Seindah Bulan...

Semalam berlaku satu fenomena luar biasa. Bulan menguntum senyum di dada langit. Menurut para pengkaji astronomi, fenomena ini berlaku setiap 48 tahun disebabkan planet Jupiter & Venus berada bersebelahan antara satu sama lain. Kehadiran bulan sabit di bahagian bawah pula menjadikan ianya 'tersenyum'.

Maha Suci Allah yg menjadikan segala yg berada di langit & di bumi!

Lakaran mengikut perkiraan pengkaji astronomi

& bulan pun tersenyum...

From a different perspektif

Aku Dah Kata Dah...


Smalam, spjg ari ujan. Dr pagi membawak ke malam, berterus2an hingga sekarang. Xnampak langsung matahari. Arini, aku ke kampus lg. UMT dah beroperasi seperti biasa huhu Tanpa disangka2, berita UMT banjir masuk Utusan Malaysia huhu.. Check it out!

Klik gambar utk berita penuh.. [credit to Utusan Malaysia Online]

Monday, December 1, 2008

UMT Banjir??!!

Pagi td punya laa semangatnye aku nak bangun g lab. Skali bukak je pintu umah, terpampang laa air mengabang yg sgt laa derasnya menderu2 atas jalan. Mak aih, air melimpah2 atas jalan! Kereta2 plak byk aku tgk parking kat2 area umah sewa aku. Kes xlepas masuk laa ni. Takut klu redah je air masuk dlm enjin plak huhu.. Kecewa aku.. Niat aku terbantut lagi..

Ni gmbr air mengabang yg dah melimpah kat blkg umah aku

Terkejut tgk air melimpah atas jalan!!


Ada yg amik kesempatan main air huhu saboo jelah..

Kereta2 staf UMT yg x lepas nak masuk kampus

Kamikaze nih! Redah je..!!

Nak redah jugak le tu.. Sanggup amik risiko beb!

Ni gambar yg diambil jam 12 tghari, bih kurang 3 jam pas fenomena air mengabang melimpah atas jalan pg td huhu
.
.
Masuk kampus.. lengang! Lab sume tutup!! Kaciwa!!! Huhuhu... Sah2 arini UMT cuti kecemasan!
.
Waaaaa... I'm stranded!!!!
.

Thousand Memories...

Notes: Description of the pictures are from left to right, from top to bottom.

Haa dlm susah payah mengharung banjir, aku tetap nak menunaikan janji aku utk upload gambar2 sepanjang konvo adik aku, trip g tgk Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) & jenguk2 ke Istana Budaya (IB).

23hb, Istiadat Konvokesyen UiTM di Shah Alam.

Aku sekeluarga sampai seawal jam 8pg. Adik aku, Yatie, cepat2 pakai jubah [penat aku jd mak andam! huhu] & masuk ke dlm barisan utk perarakan masuk graduan. Juz on time! Mak & abah sempat masuk ke dlm Dewan Sri Budiman utk menyaksikan sendiri Yatie terima ijazah. Banding masa diploma dulu, mak abah tgk kat skrin je sbb sampai lewat. So x sempat nak masuk dewan utama plus dewan utama dah penuh.

Haa tgh2 queue pun sempat lg posing amik gambo hehe standard laa tu. Aku pun wat gak ;P Yatie penerima ijazah yg ke 50++ so aku standby je nak amik gambar & hasilnya, leh tahan laa wpun amik gambo kat skrin tv jek haha Dlm kul 11 semua graduan keluar & bercempera ibarat anak ayam duk carik2 ibunya. Bila dah jumpa, hah amek ko dpt bunga x muat tangan! Ekekeke jeles2!! Aku konvo pun x dpt bunga byk2 camtu huhu tulah, blajo ngat jauh2.. Tu lom lg kat oversea hehe :P

Lepas tu cam bese laa kan, sesi bgambar2 ni. Kat dlm UiTM S Alam tu xde laa port yg plg menarik selain drp Laman Kenangan Budi [if I'm not mistaken]. Siap btukar2 bunga lg hahaha Yg anak2 sedara aku pun tumpang posing sama, pinjam bunga2 mak chik :D Mak Lang pun enterprem sama mengabadikan kenangan (gambar bawah) ;)



As usual, klu x amik gambar studio cam kurang laa skit meriahnye kan? So kat situ gak beratur panjang2 utk amik gambar. Sibbaik ari x panas terik. Juz mendung & hujan turun renyai2 skit. Dah tgh hari baru nampak matahari terik skit. So bergambar sakan jugak laa Yatie dgn 'UiTM Segamat' dia [tempat dia amek diploma], pun x lupa bgambar kat Fakulti Pengurusan Perniagaan, school dia kat sini. Sakan2.. :D Agaknya, esok2 aku konvo ada meriah cani x?? Hehe tibe2 rasa x sabo2 nak sarung jubah maroon.... :)

Dah puas amek gambar sana sini, baru sedar perut kosong. Dah bebunyik2 dah pun. Terus gi lunch kat Rasa, Alamanda Putrajaya around 3 ptg huhu Sibbaik makan heavy breakfast pg td :D Masa duk tunggu segala ibu2 & bapa beli makanan utk anak2 kecik ni, diorg pun sempat posing penuh bergaya hahahaha Kali ni pinjam topi mak chik pulak. Sweet! :D
.
Klu sebelum makan tu masing2 wat perangai dek lapar, dah kenyang pun derang wat perangai gak. Hiperaktif gitu!! Tgk budak2 ni.. Dgn mesin yg rosak pun leh wat aksi macam2 hehehe Cayalah!!! ;) Pas kenyang sume, gerak plak gi Dataran Putrajaya. Bersambung lg sesi bergambar2 ni rupanya haha Yg jd mangsa x lain, aku laa tu! ;P Xpe, esok2 giliran adik aku pulak jd cameraman hik2

Walla!! Aku paling suka gambar nih. Cantik siot! Rasa cam nak gak snapshot cani dgn aku di dalamnya hehehe Tp apakan daya, wpun dah disuruh, tp hasilnya tetap x sama huhu Tak dapek den nak nolong...

Stakat nak bergambar dgn mak abah je xde masalah rasanya. Tp bila nak amek gambar ramai2 campur lak ngan budak2 kecik ni, mak aih punye laa payah!! X reti nak duk diam!! Sorang x pandang kamera laa, sorang x senyum laa huhu macam2 laa kerenahnya.. Agaknya sume pun dah penat. Dr pg x rehat2 & x tido siang. Tu yg masing2 dah x larat nak posing hehe Kecoh! :D

Ni pun antara gambar yg aku sgt suka.. :) Slack skit je bila ada 2 org yg x pandang kat topi huhu but still nice!! Suka2!!! \(^-^)/ Last2, kul 8 malam baru sampai rumah dlm keadaan yg KELAPARAN!! Hahahaha ;P

Selain drp ucapan tahniah dr aku utk Yatie, x lupa ucapan tahniah aku buat Eppy, teman satu skolah masa kat SMSPP. Terserempak secara x sengaja kat tangga masa dia tgh queue nak masuk dewan. Pas abis majlis, sempat jumpa famili dia skali hehe Konvo aku nnt dtg pulak tau?! Hehehe
.
.
24hb, Dewan Filharmonik Petronas KLCC

Berkumpul jam 2.30 ptg, dpt tiket masuk & get ready utk tgk show kul 3 ptg :) Lets go to the concert hall!!

'Viennese Gold', performance yg berlangsung selama 2 hari. Hari ni hari yg penghabisan. Orkestra hari ni di bawah pimpinan Mr Carlos Kalmar, manakala pionist jemputan ialah Mr Cyprien Katsaris. Show break around 4.05-4.25 ptg so masa tu agak ramai jugak laa yg menyerbu Mr Cyprien Katsaris utk membeli cd & mendapatkan autograf drp beliau. Yg kitorg2 ni tgk dr jauh jelah hehe Masa pria2 idaman seMalaya ni amik 'oksigen', bgambar2 laa jugak. Pun sempat bergambar dgn salah sorg pemain violin MPO yg x aku tahu namanya :D Show abis kul 5. Then kitorg ramai2 diturunkan kat Mid Valley Megamall utk jalan sampai kul 10 mlm huhu
.
.
24hb, Istana Budaya Kuala Lumpur
.
Pagi2 dah get ready+check out drp Kolej Kediaman Ke10 Universiti Malaya. Destinasi seterusnya, Istana Budaya. Dlm kul 9 pg jugak baru bertolak.
.
Pas sarapan kat2 ngan Titiwangsa, kul 10.15 sampai kat IB. Disambut beberapa staf IB & terus ke sebuah dewan utk taklimat pendek bkenaan IB, organisasinya, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) serta diselangselikan dgn persembahan pendek drp pemain2 utama OSK sendiri. Very amazing performance!! Sayang aku terlepas tgk performance drp string group.. huhu
.
Then, ada skit taklimat ttg pengurusan konsert oleh En Bahizal Abu Bakar. Pendedahan & ilmu yg sgt penting utk memastikan kelancaran sesebuah program juga konsert :)

Abis sesi taklimat, kitorg dibawa masuk ke dlm Panggung Sari. Mula2 masuk kat area backstage. Sempat laa tgk pelakon2 cilik tgh berlatih utk teater Sinbad yg akan berlangsung x lama lg. Pun tgk props2 serta stage yg boleh ditukar2 & diangkat. Teknologi yg mengkagumkan!! :) Sakan jugak laa masing2 bergambar termasuklah aku heheh Tp xleh upload byk2.. Takut nnt pihak IB marah ;)
.
Ni tangga menuju ke tempat duduk tingkat atas Panggung Sari. Papan iklan teater P Ramlee The Musical pun ada lagi. Hmm tiba2 rasa cam semangat nak dtg tgk Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) bulan 2 @ 3 tahun depan. Ada sape2 nak join?? :D Tp aku dgr cite, tiket PGLM sgt susah nak dpt apelg klu beli online. Hrp sgt leh tgk...

Sebelum berangkat pulang, kitorg dpt souvenir drp pihak IB. Pun aku sempat beli selai t-shirt IB & dvd teater Ali Baba Bujang Lapuk The Musical yg pernah dipentaskan kat IB lakonan Aznil Nawawi dulu. Mungkin sikit sebanyak dipengaruhi teater ABBLTM yg aku penah tgk kat Taman Budaya Kuala Ibai, KT awal tahun ni. [Refer entry Quick Update] Apepun, semua ini meninggalkan 1001 kenangan yg aku xkan lupakan!! \(^-^)/