Tak sampai pun 2 minggu kita dlm tahun 2008, umat Islam seluruh dunia akan menyambut pula kedatangan tahun ke 1429H, & di Malaysia 1 Muharram akan tiba dlm kurg 3-4 jam je lg. 1 Muharram merupakan detik permulaan dlm pkiraan tahun Hijrah dlm Islam selepas phijrahan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. drp kota Mekah ke Madinah. Rasanya sejarah phijrahan Rasulullah & golongan Muhajirin ni dah pun kita pelajari waktu sekolah rendah dulu. So xperlu laa nak dicerita pjg2 ye tak? Klu sejarah Malaysia kita pulun stay up smpi kul 4-5 pg utk PMR & SPM, xkan laa peristiwa plg bsejarah dlm Islam pun kita xtau kan? ;)
Di sebalik phijrahan umat Islam demi mempertahankan akidah & keimanan, mereka dgn rela meninggalkan kampung halaman, sanak saudara serta sahabat handai mereka. Semuanya semata2 utk turut serta bsama2 dgn Rasulullah mengembangkan & menegakkan syiar Islam. Inilah yg dikatakan 'berkorban apa saja, harta ataupun nyawa'.. Bukannya berkorban apa saja utk mpertahankan cinta terhadap pasangan kita hingga sanggup mgadai maruah diri! Aku sgt2 bharap, semoga kita dpt benar2 memahami erti phijrahan yg telahpun dimulakan Rasulullah ribuan tahun dulu.
Sebenarnya kita sgt beruntung kerna dilahirkan dlm keluarga Islam, masyarakat Islam, juga negara Islam. Xperlu kita beribadah secara sembunyi2 & takut2, xperlu kita risau dgn kehadiran zionis yg kejam & peluru tak bmata sebagaimana yg dialami oleh saudara seagama kita di Palestin & di negara2 lain seumpamanya. Kita juga bebas mengamalkan kehidupan Islam dalam rumpun masyarakat majmuk di Malaysia dlm keadaan aman & makmur. Buktinya kita boleh lihat dgn adanya masjid2 & surau2 yg melata di serata negeri. Semuanya kita peroleh tanpa perlu mhadapi saat2 genting & cabaran2 getir sebagaimana umat Islam satu ketika dulu.
Rasa2nya, cabaran paling hebat yg dihadapi oleh umat Islam kini ialah diri sendiri. Ya, cabaran yg dtg drp diri kita sendiri! Sesekali pabila aku pulang ke rumah & meneliti rentetan peristiwa yg berlaku sepanjang hari2 yg blalu, aku jadi malu sendiri... Ya, aku malu!! Malu kerana sering tewas dgn perasaan aku sendiri, selalu kecundang dlm mtadbir nafsu, malah acapkali juga aku kalah dlm mengawal rasa amarah. Bukankah org bijak pandai pernah bkata, org yg paling gagah adalah org yg bjaya mengawal kemarahannya? Nah, nyata aku tgolong dlm kalangan yg lemah.... :(
Aku slalu bharap yg satu hari nanti aku akan mjadi seorg yg lebih tabah, lebih sabar & lebih cekal berbanding diri aku hari ini.. Aku tau aku xmampu melakukannya skaligus, tapi aku akan memulakan penghijrahanku selangkah demi selangkah. Itu lebih baik drp mhimpunkan alasan demi alasan serta bdiam diri tanpa melakukan apa2. Kata seorang teman, bgerak jgn tak gerak.. Saat mengingati kata2nya, aku pasti malu sendiri sbb kata2 tu tepat mengena batang hidungku huhu Tp aku sgt2 bterima kasih atas ingatannya..
Oleh itu, marilah kita sama2 mbuat satu phijrahan yg lebih baik buat diri kita sendiri. Terpulang lah pd diri masing2 utk menetapkan phijrahan dr segi apa atau phijrahan yg bagaimana, yg penting.. BERGERAK JANGAN TAK GERAK!
Salam Maal Hijrah.. :)
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."
Wallahua'lam..