Wednesday, April 29, 2009

Dugaan, Warkah Tak Terkirim, & Bayangan...



In life, I always prepare for the worst. Yet I never thought even once it will be this worst! Wpun aku slalu bersiap sedia mhadapi kehilangan kedua2 org tuaku, namun tak pernah terlintas biarpun sedetik yg aku akan bedpan dgn kemungkinan kehilangan dirinya. Sungguh!

Terasa seolah2 baru semalam aku karangkan entry2 Luka Dilukai, Peringatan Semula, & Kembali! sebagai muhasabah & peringatan utk diriku sendiri. Kini aku ditimpa pula ujian & dugaan dariNya utk menilai sejauh mana kebenaran & ketulusan kata2 yg telah aku lafazkan.

Bukan mudah bagiku berdepan dgn kehilangan ini. Sedaya mungkin aku tabah & gagahkan diri utk menerima pemergian arwah dgn tenang namun hati & mataku nyata tak mendengar kata. Airmata secara automatik akan mengalir menuruni pipi & kadangkala hatiku terasa sebak yg amat bagaikan ada sesuatu yg akan pecah di dalam. Tetap aku cuba bertahan. Sungguh aku cuba!

Namun aku kecundang jua. Terutamanya apabila jam melewati 11 malam. Kerlingan mataku kian kerap singgah pd henset yg terus2an sunyi. Ahh mana mungkin aku terima lg sms2 kiriman darinya. Waktu aku memujuk diri itulah airmata kan gugur serentak. Jatuh berderai2 tanpa esakan. & itulah airmata yg berlinangan tanpa kupinta.

Tempoh 2 minggu pertama aku masih lg mampu bertahan tanpa esakan mahupun ngongoian. Masuk minggu ketiga aku jadi lemah. Terlepas jua esakanku itu pabila terkenangkan saat2 yg pernah aku & dia habiskan bersama. Sesungguhnya tempoh 6 tahun bukanlah suatu jangkamasa yg singkat.

We shared & did almost everything together. Tempoh hari bila aku berjalan2 di megamall hampir setiap saat aku ditemani kenangan2 kami di situ. Terngiang2 di telingaku gelak ketawa & usikan2 nakalnya. Terasa sungguh bila kini aku hanya berjalan2 seorang diri. Betapa pilu & hibanya aku tak terungkap dek kata2..

Itu belum lg saat2 aku baca sms2 terakhir darinya yg masih ada dlm hensetku. Menatap gambar2nya apatah lg. Tersentuh hatiku melihat senyum & tawanya yg terakam. Malah membaca surat & kad raya yg pernah dia kirimkan sewaktu dia masih berada di luar negara kan mengundang airmata tanpa dipaksa2..

Ya Allah, bagaimana dapat aku redakan kesedihan di atas kehilangannya andai segenap penjuru yg aku jejaki punya memori2 yg tersendiri antara aku & dia?? Tuhan… Bantulah hambaMu yg lemah & tak berdaya ini… Aku tak ingin menangis lg.. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah & sandarkan segala2nya.. Kuatkan & cekalkanlah diri hambaMu yg amat daif ini Ya Allah…

Sepanjang tempoh 3 minggu ini aku kerap tertanya2.. Adakah aku telah cukup menjadi temannya yg baik sebagaimana dia meladeni aku? Apakah aku telah cukup membahagiakan dia sepanjang hayatnya? Apakah aku telah terlalu lama membuat dia tertunggu2?

Sayangnya hasrat utk mendirikan rumahtangga itu tidak kesampaian.. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun jodoh & ajal itu semua di tanganNya.. Kini hanya cincin pemberian tanda lamaran darinya saja yg menjadi tanda… & air mataku gugur lagi buat kesekian kalinya..

* * *


Awak,
Saya rindu... Saya terasa betul bila awak takde.. Sungguh saya tak sangka awak akan pergi secepat ini sedangkan baru malam sebelumnya awak call & kita sembang2.. & pagi tu awak sms2 dgn penuh ceria sbb x sabar2 nak jumpa kan.. Tp saya tahu, awak pergi sbb awak dipanggil menghadapNya.. Tuhan lagi sayangkan awak.. Walaupun sedih sbb hari2 saya lepas ni tanpa kehadiran awak, saya tetap gembira sbb awak dah dapat jumpa dgn kekasih Yang Maha Agung. Nanti2 giliran saya pulak kan awak?

Awak,
Saya mintak maaf byk2 klu sepanjang perkenalan kita saya byk buat salah & silap.. Saya tau mmg byk pun tp sayangnya saya tak sempat nak mintak maaf sendiri kat awak wpun awak slalu kata yg awak slalu maafkan saya.. Halalkan makan minum saya & segala2nya ye? Saya tau awak pun tak suka tgk saya sedih2 kan? Saya cuba utk tak sedih2 lg lepas ni.. Tp beri saya masa ye? Sbb susah utk saya hadapi sorang2 sdgkan slama ni awak slalu ada utk temani saya dlm apa jua situasi..

Awak,
Minggu2 terakhir awak saya happy sgt.. Saya syukur sgt2 kita tak gaduh atau ada selisih faham.. At least awak pergi dlm keadaan kita sama2 happy.. Tp byk menda yg kita tak sempat nak wat sama2 kan.. Kita dah plan nak gi tgk cite Jangan Tegur, gi camping, nak travel satu Malaysia, nak dtg masa konvo saya, pun awak penah ckp nak bawak saya jalan2 kat Sg Nil.. Kalau dulu2 awak slalu cakap awak taknak biar saya wat pape sorang2 dah kan? Tp nampaknya saya kena wat jugak pasni especially masa hari raya & masa birthday saya yg dah tak lama lg..

Awak,
Semua yg berlaku antara kita & semua pemberian awak akan saya jadikan kenangan paling berharga dlm hidup saya.. Sesungguhnya awak antara anugerah terindah dariNya yg saya peroleh wpun hanya utk seketika.. Kat mana pun awak skrg, apa pun yg awak tgh lalui skrg ni, saya doakan awak selamat, tenang, & sentiasa dicucuri rahmat dariNya... Berbahagialah sayangku.....
.
.
* * *


Bayangan

Terkenang saat nan indah
Waktu kita bersama
Berteduh di bawah satu bumbung
Kau buka jalan bahagia
Pada jiwa terbiar luka
Kau memberi kekuatan dalam kepayahan
Di saatku mencari arah hidup
Tiap waktu dikau memayungiku
Terpesona di bawah redupnya
Oo bayangmu

Dan aku bagai terlupa
Bahwa takdir yang esa telahpun direncana
Kau pergi dalam sekelip mata
Buat selama-lama bersemadi
Di saatku masih amat memerlu
Keharuman cintamu yang satu
Apa daya ini takdirNya semua
Dan yang tinggal diriku bersama
Oo bayangan

Namunpun begitu
Kau tetapkan wujud
Dalam jiwaku bersemi
Tak pernah lari
Kenangan lalu
Ku bawa bersamaku
Merindu ooo bayanganmu

Di kala sepi mendatang
Tak dapatku menahankan
Airmata kerinduan

Semangatmu terasa bersamaku
Walau kita terpisah di dunia
Senyumanmu kini jadi tangisku
Tiap hari waktu ku mencari
Oo bayangmu

Ku hulur doa buatmu
Abadilah di sana oo
Sejarahmu yang gemilang bersamaku
Bayangan..
Bayanganmu..
Bayangan…
.
.

Dia dalam kenanganku...

7 komen:

ila ni said...

kak ija...sedihnya....
semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yg beriman.

btw, sy adalah adik junior k'ija di scipp yg pernah didenda oleh k'ija sewaktu riadah petang :P

- just me - said...

ila ni,
mudah2annya camtulah, amin..

hmm ramai sgt yg akak denda masa kat scipp dulu huhu xingat dah.. tp klu tgk rupa paras kenal la, insyaAllah

jauharee said...

salam ija...
sungguh ujian ini amat berat...tapi itu semua hakikat sebuah kehidupan kan...ija, tabahkan hati dan banyakkan doa, muga arwah sentiasa tenang di alam sana,
jangan biarkan kesedihan itu berpanjangan nanti ija plk yg jatuh sakit...take care my dear. love u

- just me - said...

jauharee,
mekasih byk2 mah.. susah nak gambarkan perasaan ni bila org yg smalam kita baru je sembang2 gelak etawa, hari ni dah tiada lg.. tp mmg inilah hakikat kehidupan.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul kan?

berkat doa teman2 semua, insyaAllah rohnya dicucuri rahmat tuhan.. ttg diri ija pulak, ija cuba semampu mungkin utk terus mengharungi arus kehidupan yg sukar diduga ni.. doa2kan ija slalu tabah ye? thanks mah, love u too

pataniah said...

menitis air mata kak ana baca catatan ija.coz i really know how hurt bila org yang paling kita sayang tinggalkan kita cuma bezanya situasi kita.tabahkan hati ija..sentiasa doakan arwah semoga tuhan mencucuri roh beliau..ija patut gembira kerana sehingga ke akhir hayat pun cintanya hanya untuk ija..dan dia semampu mungkin membahagiakan ija..be greatful for that...kak ana akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ija..

- just me - said...

mekasih kak ana.. sgt2 dihargai.. mmg ija gembira.. tp kegembiraan yg pernah dilalui dulu laa terkadang mengundang airmata hari ini.. & ija sgt2 bersyukur yg kami dipertemukan olehNya biarpun hanya utk seketika sama mcm kak ana kata :) skali lg mekasih atas doa kak ana. moga dimakbulkan olehNya, amin..

Anonymous said...

membaca isi curahan hati ini terasa jg pedih di hati saya.Betapa sakit nya di tinggal orang yg di cinta.Semoga Allah Ta'ala menempat kan disisi Nya dan saya yakin arwah nya pasti juga sangat merindukan Anda.Tapi ya itu lah rahasia Allah,tak mampu kita menjangkau nya dan tentu lebih sakit lagi bila telah menjadi suami.Semoga Anda di beri kekuatan dan mendapat kan yang terbaik dari Allah ke depannya.Amin Ya Robbal 'Alamin.