Tuesday, November 4, 2008

Kembali!

Semalam aku bermimpi. Mimpi yg membuatkan aku tertanya2 sebaik saja aku terjaga. Dlm suram cahaya lampu tidur aku termangu. Sempat terlintas dlm fikiranku, apakah maksud di sebalik mimpi td....

Aku kira mimpi itu adalah satu petanda. Mungkin juga satu petunjuk. Sebenarnya lewat beberapa hari kebelakangan ini aku dibelenggu masalah. Membuatkan aku serba tidak kena, fikiran jadi celaru, emosi pula tak menentu. Juga membuatkan aku bersoal-jawab sendiri. Rimas, lelah & menyerabutkan. Sungguh!

Akhirnya aku mencapai beberapa kesimpulan. Kadangkala kesusahan & penderitaan yg kita sangka membebankan, sebenarnya adalah satu rahmat dari tuhan. Kadangkala lara & nestapa yg kita sangkakan mainan perasaan, sebenarnya adalah satu anugerah. Juga kadangkala kesilapan yg kita anggap sukar utk diampunkan, sebenarnya adalah satu pelajaran buat diri kita.

Rahmat, anugerah & pelajaran bagi hamba2Nya yang berfikir.. & aku temui ketiga2nya setelah aku sendiri tenggelam & hanyut dlm lautan bisikan musuh2 Adam yg nyata. Mungkin kekalahan yg aku lalui sebelum ini adalah utk kemenangan hari ini.

& aku tiba2 tersentak. Beristighfar beberapa kali memohon keampunan dariNya.. Betapa atas setiap apa yg telah aku lalui kebelakangan ini, aku lupa utk mengungkapkan rasa syukurku pada Ilahi. Bersyukur kerana setiap ujian & dugaan itu merupakan rahmat, pelajaran & anugerah dariNya. Sungguh aku lupa!!

Aku akan kembali. Sekalipun aku telah tersesat, aku akan kembali semula ke permulaan jalan. Aku tak mahu terus2an membiarkan diriku sesat, apalagi setelah aku sendiri sedar yg aku sebenarnya telah jauh menyimpang. Ya, aku akan kembali & bermula semula!

Sesungguhnya, hanya Yang Maha Mengetahui saja yg tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya...