Alhamdulillah, 25hb tempoh hari aku & 3 org peserta lain selamat tiba di lapangan terbang Sukarno Hatta, Jakarta pd jam 7 malam (waktu tempatan) lepas 1 jam 40 minit penerbangan. Kami bertiga yg diiringi oleh cik Yasmin drp Kementerian Belia & Sukan (KBS) sbg official leader adalah wakil drp Malaysia yg menyertai program ASEAN Youth Wallecea Expedition yg berlangsung di Jakarta & Ternate, Indonesia sepanjang 25/6 hingga 1/7 2010.
Sampai di airport, kami (aku, Nisha & Husni) dijemput oleh committee drp Indonesia & terus dibawa ke pejabat menteri utk menghadiri welcoming dinner. Tapi dek kesesakan lalulintas yg memanjangkan perjalanan kami drp 20 minit menjadi sejam, jadi kami terlewat utk sesi bergambar rasmi bersama menteri2. Usai majlis, kami terus ke ke tempat penginapan kami iaitu Hotel Batavia, Jakarta.
The next day, semua peserta drp negara2 ASEAN dibawa ke Cibinong Science Centre (CSC) utk small briefing about CBS itself, the importance of biodiversity & Ternate. Pun ada laboratory tour di CSC yg jugak merupakan muzium sains/biodiversiti yg terbesar di Asia Tenggara.
Later that day kami dibawa pula ke Bogor Botanical Garden (BBG). BBG pulak antara taman botani yg tertua di Asia Tenggara. Sayang ptg tu hujan. Kalau tak kami sepatutnya dibawa utk melihat bunga Rafflesia yg ada dalam taman botani tu. So jalan2 di dalam BBG tu jelah. Ke taman Anggerik, ke giant water lily pond & dipersembahkan dgn beberapa tarian budaya drp Indonesia termasuklah tarian Rampak Gendang.
Plan asal malam tu kami akan dibawa ke Jakarta Fair 2010 tp disebabkan flight kami ke Ternate keesokkkannya seawal jam 6 pagi, so semua pulang ke hotel awal & disuruh rehat. Tp kitorg tido lambat gak dek sembang2 hehehe Pun sepanjang ada kat Jakarta, kitorg kemana2 je mesti akan diiringi oleh rider atau kereta polis. Cayalah!! Rasa mcm VVIP jek sbb semua org kena bagi laluan kat bas kitorg hehe
Pagi tadi kami dikerah bangun seawal jam 3 pg, bertolak ke airport Sukarno Hatta jam 4.20 pg, sarapan & boarding jam 6 pg. Perjalanan ke Ternate terlebih dulu transit di Manado. Tapi, waktu nak mendarat di airport Manado, cuaca sgt buruk & berawan. Lepas 2 kali cubaan mendarat tp tetap gagal, pilot decided utk mendarat di airport Makasar lepas dpt tahu yg airport di Manado ditutup sementara waktu due to bad weather.
So here I am now, stranded at Makasar for about 7 more hours. Kami diberi hotel utk menginap sekejap sementara tunggu cuaca di Manado kembali pulih. Baru jap tadi kitorg diberitahu yg flight kami ke Ternate akan bertolak jam 3 pg & kitorg kena ada di airport pd jam 1 pg. Aduiii.. tido tak tentu betul laa 2-3 hari ni..
Anyway, ada laa kebaikannya kan sbb stranded jap kat Makasar ni, leh update blog hehe.. ok laa, dah kul 6 kat sini. Maghrib dah nak masuk. Ni pun dah kira senja kat Indonesia. So pray for our safety. Will be around if i can access the internet again.. :)
p/s: rindu.... :')