Dah 3 hari balik dari KB, hari ni baru nak update cerita gi kenduri kawen hehe
Ok, jumaat malam tu aku naik bas dari Temerloh jam 10 direct ke KB. Tp perjalanan lebih 8 jam tu sgt tak menyelesakan sbb aku kebasahan di dalam bas!! Huhu.. Kisahnya hujan mula turun lebat bila bas kat area Maran. Bila hujan best laa tdo, air cond bas pun mujur tak sejuk sgt. Skali tgh syok2 aku mengalun mimpi, tiba2 air daripada atas terus mencurah ke sebelah kiri bahu aku. Lencun laa sebelah baju aku smpai ke pinggang…
Mujur handphone aku dlm beg atas riba, kalau buatnye dlm poket seluar kiri aku, selamat laa jawabnye… Rupa2nya pada bumbung bas tu ada mcm hud 4 segi utk air circulation. Wpun tertutup rapat, tp entah mcm mana air hujan tu boleh keluar daripada situ & terus ke seat aku. & aku terus mjadi mangsa sampai 3 kali tiap2 kali bas melalui selekoh menghala ke kiri…
Aku ada je mengadu pada drebar bas lepas kena mula2 tu. Tapi tau tak apa jawapan pakcik tu?? “Dah kalau awak bgtau saya pun, saya boleh buat apa? Nak tukar tempat, seat penuh malam ni. Saya bukan boleh buat apa2 pun.” Masa tu aku rasa hangin gile! Rasa mcm nak hempuk2 je drebar ni. Kot ye pun takleh buat apa, ckp laa elok2 skit. At least mintak maaf ke apa.. Nasib baik pakcik tu cam dah berumur, sabar jelah aku..
Then kali ketiga tu dgn tudung & muka2 aku terpercik air skali. Geram punya pasal, aku gi ke depan & duduk kat extra seat tepi tangga bas. Tapi sgt laa tak selesa sbb tempat sandarnya tegak aje. Dlm pada tu aku terlena drp Bandar Chukai sampai laa bas berhenti makan kat Paka.
Aku terjaga je, sakit2 belakang aku dibuatnya. Aku tgk hujan dah berhenti, so aku pindah balik ke seat aku. Org turun makan, aku sambung tido. Sampai ke KT aku tdo dgn lenanya. Elok2 nak keluar drp stesen bas MPKT tu, dekat selekoh kiri yg tajam tu aku basah skali lagi uwwaaaaaaa!! Terus aku dah tak boleh tido sampai laa kat2 nak smpi ke KB kul 6.30 pg tu. Sementara tunggu kawan aku, Ninda dtg jemput, sempat laa aku lepak kat surau depan Pasar Besar Siti Khadijah & breakfast kat McD.
Sampai umah sewa Ninda kat Kubang Kerian dah kul 8.30, tak tunggu apa, kitorg sama2 tido semula. Kul 10 lebih kitorg bangun, siap2 & gi KB Trade Center (KBTC) nak gi cari hadiah kawen. Dalam pd tu sempat laa jam dah kul 1.30 ptg. So kitorg terus gi umah Nik Ila kat Palekbang, Tumpat. Sampai2 tu ngam2 kul 2, tp majlisnya mcm lengang je lg tak berorang. So seronok laa kitorg jumpa Nik, sembang2 & amik gambar :) Kul 3 macam tu kitorg makan & masa tulah baru org ramai dating berpusu2.
Tak lama lepas tu rombongan pengantin lelaki pulak sampai & buat pertama kalinya aku tgk ‘live’ pengantin bjalan bawah pedang hehe selama ni tgk kat dlm tv atau kat majalah je :D So bermulalah peranan aku sbg photographer tak bertauliah. Ninda pulak tiba2 kena jadi pengapit bidan terjun, & kebetulan pulak hari tu dia pakai baju kurung warna putih so kena laa dgn pengantin hahaha Lepas je pengantin bersanding & makan beradab, aku & Ninda beransur pulang.
Hari punya laa panas. Berpeluh2 dibuatnya. Disebabkan aku janji nak jumpa kawan lama aku, Efa, kitorg balik dulu umah sewa Ninda utk refreshkan diri. Kul 5 lebih mcm tu kitorg gi Mydin Mall Kubang Kerian & bertemulah aku dgn Efa & keluarganya.. Hee suka2!!
Nak dijadikan cerita pulak masa aku & Ninda lepak2 kat food court Mydin tu, aku terserempak dgn Kak Maheran, coursemate aku masa sama2 blajar kat KUSTEM dulu. Uihh lagi laa aku suka!! :D Seronok bila pegi satu2 tempat boleh jumpa ramai kawan2 lama.. :)
Malamnya pulak Ninda bawak aku gi makan2 kat restoran Chim Chum. Makanan dia ala2 stimboat tp ada tempat special utk bakar daging, ayam atau sotong. Makan ala buffet so boleh amik seberapa banyak makanan utk dimakan! :D Ada 2-3 jenis sayur, crabstick, bebola sotong, sosej, ayam, daging, sotong, nasi goreng, mee goreng, laksam, cendol, & macam2 lagi! Akan tetapi, [jeng jeng jeng...] kalau pihak restoran mendapati ada berlakunya pembaziran maka mereka akan mengenakan denda sebanyak RM10 ketika pelanggan tersebut mbuat pembayaran. Anyway, mmg kenyang gila laa lepas makan tu!
Jam dah kat kul 12 tgh malam. Tp org kata tak sah dtg KB kalau tak gi ke Wakaf Che Yeh. So Ninda pun bawak laa aku bjalan2 ke sana. Even dah kul 1 pagi, org punyaaaa laa ramai. Meriah macam pasar malam yg baru kul 8. Takde beli apa sgt pun sbb badan penat, mata pun dah ngantuk. So hari tu berakhir waktu kitorg melelapkan mata jam 2 pagi :D
Pagi Ahad tu Ninda hantar aku ke stesen bas Langgar. Aku naik bas kul 8.30 pg & transit kat KT. Kul 4 ptg baru aku naik bas ke Temerloh. Maklum ajelah cuti sekolah, tiket bas awal2 sold out. Aku ni pun mujur ada lg seat kosong. Itupun beli awal seminggu. Dlm bas penuh dgn budak2 sekolah.
Bas aku naik kali ni sebaris ada 4 seat laa. Nak dijadikan cerita aku ditimpa malang lagi. Kali ni yg duduk sebelah aku seorg lelaki yg badannya agak berisi tp taklah gemuk. Jadinya sepanjang2 perjalanan lengan dia asyik bergesel dgn bahu/lengan aku wpun aku dah duduk makin rapat ke tingkap. Sudahnya dia dah amik 1/4 space drp seat aku sampai aku jadi tak selesa. Mula2 aku tolak2 jugak tp dia buat tak tahu je. Aku siap cakap lg mintak dia beranjak ke sana skit supaya tak kena, tp kejap je.. Lepas tu dia ke tengah smula.
Uwwaaaa... Hangin2!! Lagi buat aku hangin bila dia terlelap, dia terlentok pulak hala ke aku.. Maka dgn geramnya aku tegakkan tempat sandar seat aku supaya dia beralih. No offense pada org2 yg ‘sihat’ tp kalau kita duduk bergesel bahu dgn org yg berlainan jantina kita mesti rasa tak selesa & akan cuba mengelakkan drp bersentuhan lagi kan? Tapi dia tidak... & begitulah keadaannya sampai laa aku tiba di Temerloh 5 jam selepas tu. Huuu aku smpi umah dlm kul 10 malam, mandi2 & terus tido! :D