Semalamku Ketemu Seorang Tua
Wajahnya Bersinar
Lirik Matanya Tajam Menikam
Lalu Ia Berpesan
Ada Beza Antara Pemburu Dan Pejuang
Pemburu Itu Sifatnya Mendapatkan
Pejuang Itu Sifatnya Membebaskan
Pemburu Itu Sentiasa Memilih
Pejuang Itu Tetap Pendirian
Pemburu Itu Tidak Pernah Puas Atas Perolehannya
Pejuang Itu Sentiasa Bersyukur Atas Kurniannya
Pemburu Itu Inginkan Pujian
Pejuang Itu Sering Dihina Biarpun Membawa Kebenaran
Pemburu Itu Matlamatnya Acap Berpindah
Pejuang Itu Matlamatnya Dinamis Lagi Merdeka
Katanya Jadilah Pejuang Yang Ikhlas Dihati Dan Perjuangannya
Semalamku Ketemu Seorang Tua
Wajahnya Gelisah
Lirik Matanya Redup Dan Dingin
Lalu Ia Berpesan
Jangan Biarkan Payung-Payung Kecil
Berkembang Dibawah Naugan Payung Besar
Kelak Hujan Tiada
Tetapi Air Melimpah Tidak Keruan
Katanya Lagi
Lihatlah Ke Dalam Dirimu
Renungkan Segala Tindakan Yang Lalu
Jangan Menuding Ke Orang Lain
Kelak Bayangnya Membaluti Dirimu
Tambahnya Lagi
Jadilah Seorang Pemimpin
Hidupnya Bisa Memimpin
Biarpun Serba Kepayahan
Kerana Amanah Ini Harus
Dipikul Bersama
Semalamku Ketemu Seorang Tua
Wajahnya Tenang
Lirik Matanya Menawan
Lalu Ia Berpesan
Bersatulah Atas Nama Perjuangan
Perjuangan Yang Telah Lama Kita Bina
Perjuangan Bertunjang Hak Yang Satu
Perjuangan Mengenal Diri Kita
Perjuangan Yang Bermandikan
Titisan Darah Dan Air Mata
Bangunlah Wahai Anak-Anakku
Perjalanan Kita Masih Jauh
Tiada Lagi Masa Lesu Untuk Kita Hampiri
Tiada Lagi Keluh Kesah Untuk Kita Tatapi
Tiada Lagi Rasa Hati Untuk Kita Pendamkan
Tiada Lagi Keraguan Untuk Kita Sangsikan
Semalamku Ketemu Lagi Seorang Tua
Wajahnya Lembut
Lirik Matanya Bersahaja
Senyumnya Tampak Puas Dan Ceria
Tiada Lagi Pesanan Dari Lelaki Tua
Kerana Hatinya Kini Tenang