Seawal minggu lepas (xsalah aku ari Ahad), housemate aku menyuarakan hasratnya utk bpindah ke rumah sewa yg lain sbb sewa rumah kitorg skrg tlalu mahal.. Yelah, kitorg duk 2 org tp nak kena byr utk harga sebuah rumah huhu.. Aku plak tkejut gak masa mula2 dia gtau nak pindah tu.. Aku suka umah ni sbb dekat dgn kampus. Aku g jln kaki pun xde hal laa.. Tp memandangkan aku x mampu nak cari student lain utk isi kekosongan kat umah ni, nak x nak aku pun ikut jelah dgn syarat aku nak tgk umah dulu. In advanced, housemate aku dah pun survey sebuah umah sewa dekat2 dgn pdg golf resort huhu jauhnyeeeeeeee...
Dek xde pilihan lain, Rabu petang aritu aku pun g la tgk umah tu dgn sorang kakak yg bakal jd housemate baru aku kt umah tu nnt. Bila tgk je bilik yg bakal aku duduk nnt, iskkk... Mustahil rasanye aku boleh duk kat bilik ni.. Air circulation is very poor.. Tingkap ade satu je, tupun kecik myebabkan bilik tu berbau agak hapak & suram. Dah laa xde kipas siling huhu lemas laa aku duk dlm bilik ni nnt.. Pas pikir masak2 aku pun decide utk x join housemate aku pindah ke umah tu.. So aku masih lg bdepan dgn satu masalah.. Mane aku nak mnyewa pasni??
Lepas fikir punye fikir punye fikir, ah haa!!! Idea!! :D
So pd jam 6.20ptg dgn lafaz bismillah & btawakal sepenuhnya pd tuhan, aku pun memulakan pemanduanku ke satu destinasi: Kedai Leno Batu 6. Sesampainye aku kat sana, org yg aku cari tak dpt aku temui. Maklumat yg aku perolehi, org yg aku cari baru je keluar dr rumahnye utk ke kedai Leno di bandar KT huhu.. Memandangkan waktu maghrib hampir tiba, aku tangguhkan seketika perjalananku.
Akhirnya, pd jam 7.40mlm aku pun bjaya mjejak org yg ingin benar aku temui: tuan rumah sewa aku yg skrg. Tujuanku cuma satu, ingin meminta keizinan daripadanya supaya aku dibenarkan menyewa di rumah tu dgn hanya mbayar harga sewa sebuah bilik. Selepas menyatakan alasan2 yg aku kira konkrit, kami pun mencapai kata sepakat. Alhamdulillah, syukur padaMu tuhan.. :) Dia bersetuju & mengizinkan aku terus tinggal di rumah tu dgn bbrp syarat yg aku kira xmjadi masalah langsung bg aku.. Terima kasih tuhan! :)
Lewat hujung minggu yg lalu, aku masih setia mjadi pengunjung Hospital Kuala Terengganu (HKT) yg dah pun btukar nama pd Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ). Masuk minggu lepas, dah 3 minggu aku menziarahi ayah Zuet sejak ayahnya dimasukkan 26 November lalu. Aku kira keadaan ayahnya dah agak stabil wpun nanah2 akibat jangkitan kuman pd ususnya masih bersisa. Kesian aku tgk emak Zuet, setia menunggu suaminya tanpa merungut & rasa jemu biarpun stp malam hanya tidur di atas lantai beralaskan cuma sehelai tikar. Kagum aku melihatnya malah tambah2 kagum pabila melihat kemesraan mereka suami isteri lewat gurauan2 saat mereka bercanda. Manis! :)
Dlm pada tu, minggu lepas jugak menyaksikan Malaysia telah digemparkan dgn keadaan banjir di Pahang termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Km84.7 hingga Km84.8 serta Km113.3 dekat Lanchang yg menyebabkan laluan ini ditutup di kedua2 arah kepada semua kenderaan berikutan limpahan air sedalam lebih 1 meter hingga ke paras divider!! Buat bbrp ketika berita ni membantutkan hasrat ramai org utk pulang berhari raya di kampung termasuklah aku sendiri.. Huhu.. Tu baru cite kat LPT, belum lg masuk cite2 banjir kat serata Malaysia terutamanya di pantai timur semenanjung!!
Namun bbrp ari lepas, LPT telah dibuka semula utk semua kenderaan berikutan air yg telah surut. Sesungguhnya berita yg terbaru ni mbolehkan ramai org menarik nafas lega terutamanya student2 UMT yg nak pulang ke KL termasuklah Cik Syaza hehehe Apepun, org ramai masih dinasihatkan berada dlm keadaan berjaga2 kerana keadaan cuaca yg dijangka hujan secara berterusan akan berulang semula minggu ini..
Cane2pun esok pagi aku akan pulang utk menyambut hari raya di kampung. Selamat Hari Raya Iduladha buat semua.. Korban apa tahun ni? ;)
Till then!