Abah sakit lg. Selepas pergi mziarahi sanak saudara sebelah abah di Bentong pd Syawal yg ke2, batuk2 abah btambah teruk, keras skali. Aku yg mendengarnya pun terasa perit, apalagi empunya diri yg menanggungnya. Dlm kemengahan abah dimasukkan ke hospital Serdang hari raya yg berikutnya. Maka berkampunglah kami sekeluarga di hospital menunggu perkembangan abah. Sempatlah aku bermalam di wad selama 2 hari menemani abah. Diagnosis para doktor mendapati paru2 kiri abah terlalu penuh dgn air hingga menyebabkan paru2 tersebut 'expand' & menolak jantung & trakea abah ke sebelah kanan. Salah satu sebab knapa abah sukar bernafas & cepat mengah.
Ptg raya ke4 tu rusuk kiri abah ditebuk untuk memasukkan chest tube bg mbolehkan air dr paru2 abah keluar. Hingga hari yg ketiga tiub itu melekat pd rusuk abah, sebanyak 3000 cc (3 liter) cecair bercampur darah dah pun dikeluarkan. Menurut para doktor, tiub itu akan kekal sehingga punca paru2 abah berair yg sebenarnya dpt dikenalpasti. Setakat ini, bg keadaan & simptom yg abah hadapi, ada 3 kemungkinan yg berlaku. Pertama, pneumonia. Kedua, tibi. & ketiga, tumor ataupun kanser.
Pulangnya aku ke Temerloh Sabtu minggu lepas masih meninggalkan ketidakpastian kerana ujian terhadap sampel2 darah, kahak & cecair paru2 abah masih belum diperoleh. Walaupun hati berat utk meninggalkan, kakak & abang2ku yg bkerja di Putrajaya meyakinkan aku yg abah takkan apa2 & mereka akan selalu menenami abah. Apepun, tanggungjawab yg menantiku di bumi darul iman juga perlu ku galas. Yg penting, aku harus selesaikan labwork aku secepat mungkin supaya aku boleh segera pulang menjenguk abah.
Dan aku, di kampus nun di pantai timur tanahair ini, hanya mampu menitipkan doa dari kejauhan...
"Ya Rabbul Izzati, hanya Engkaulah Yang Maha Mendengar & Maha Mengetahui apa yg tersirat di dalam hati & fikiran hamba-hambaMu. Dan hanya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat diri hamba-hambaMu. Oleh itu Tuhanku, hanya kepadaMu sajalah aku berserah & sandarkan segala-galanya kerana aku hanyalah hambaMu yang tidak punya apa-apa..."