Aku baru pulang drp Darussyifa' ni.. Pernah dgr ttg Darussyifa'? Bg yg belum pernah dgr, Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang Islam kerana kaedah yang diamalkannya menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hadith dan doa. Namun tarikan utama di Darussyifa' adalah sesi rawatan khas yg dikendalikan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Haron Din, yg juga pengasas kpd penubuhan Darussyifa' ini. [Lebih lanjut ttg Darussyifa': http://www.darussyifa.org/index.php]
Seawal jam 5 pg td aku dh bgn. Ya, utk mdapatkan rawatan terus dgn Ustaz Haron Din pd tiap2 ari Selasa, org ramai kena dptkan no giliran dulu. Kaunter nombor mula dibuka kira2 jam 6.30 pg iaitu selepas subuh, tapi masa aku sampai jam 5.30pg td barisan dah panjang pun.. Dlm hati aku mula resah, mungkin ke dpt no giliran 200 ke bawah.. Sbb yg dpt no 1-200 je yg akan dirawat oleh Ustaz Haron Din sendiri sdgkan nombor2 yg berikutnya dikendalikan oleh perawat2 kanan Darussyifa'. Aku mula cuak.. Dlm hati x putus2 aku panjatkan doa pdNya semoga abah diberi peluang lg utk mdapatkan rawatan dgn beliau..
2 minggu lepas aku dh pun ke sini buat kali yg pertama, seawal jam 6pg. Tp masa tu bukan cuti sekolah, so xde la sepanjang ni barisannya. Begitupun, aku masih xlepas drp rasa cemas sbb first time dtg kan, terpinga2 jek.. Org beratur, aku beratur gak.. Ntah betul barisannya yg tu pun xtau :) Tp lepas aku tegur & tanya dgn akak yg bratur blkg aku, dia mngesahkannya.. Lega la kejap.. Tp tu belum cukup utk melegakan aku drp bfikir sempat ke x dlm 200 org yg pertama.. Bila kaunter dah dibuka, sikit2 barisan memendek & akhirnya aku dpt no 157. & pg ni, dgn izinNya skali lg aku dpt no yg ke 185 [wpun dtg jam 5.30 pg!] Syukur alhamdulillah!! :)
Apepun, semoga tuhan mberkati setiap usaha yg kami sekeluarga ikhtiarkan utk mengubati & menyembuhkan Abah.. Demi sesungguhnya, segala usaha & kesembuhan itu hanyalah daripada Allah SWT..