Saturday, January 31, 2009

Lopak Lopak Kehidupan...

Lopak 1:

Setiap hari kita memulakan sesuatu. Terkadang kita memulakan sesuatu yg baik, tak terkecuali memulakan sesuatu yg tak sepatutnya. Kdg2 di pertengahan jalan kita terpesong menjadikan ia sebaliknya. Kalau yg baik menjadi buruk. Kalau yg tak sepatutnya pula menjadi lebih teruk! Mengecewakan bila akhirnya kita cuma berserah pd keadaan & takdir utk memulihkannya kembali. Sdgkan kita masih boleh melakukan sesuatu perubahan. Yg pasti, apa yg aku mulakan akan aku akhirkan dgn kesudahan yg baik.


Lopak 2:

Bertemu dgn teman2 lama cukup menyeronokkan. Cerita2 lama yg dah lama tersadai di lipatan kenangan dibongkar semula. Tempoh 3 jam membuatkan aku merasakan seolah2 10 tahun yg telah berlalu itu bagaikan baru semalam. Manis! Indah apabila dikenang meskipun turut disulam duka & air mata. Menyedarkan aku yg seharusnya aku harus lebih tabah & matang seiring usia.


Lopak 3:

Tanggungjawab yg menimbun mbuatkan aku sering kesuntukan masa. Nafas seakan2 terjerut bila mengenangkan masih byk yg perlu dilunaskan meskipun telah selesai suatu perkara. Nyata senarainya cukup panjang. Buat aku semput hanya dgn melihat & menggambarkannya, belum pun lagi melaksanakan!

Bila dah terlalu byk, perlu ada perkara2 yg diberi keutamaan. Namun aku terlupa. Kdg2 perkara2 yg kita fikirkan remeh ataupun 'less in priority' adalah perkara yg sgt penting terutamanya utk menyokong kehidupan kita. Yg pasti dgn kelekaan itu, perlahan2 kita berubah menjadi seseorang yg bukan lg diri kita yg dulu.


Kesimpulannya..

Takkan ada satu hari yg kita lalui hari ini akan sama dgn hari yg sebelumnya. Thats put some flavors & make our life full of variety. Jgn sesekali dikesalkan atau merasa kecewa dgn apa yg telah berlaku. Percaya & yakinlah ianya mengandungi kebaikan & hikmah yg beribu di luar jangkaan kita. Tak mustahil ianya boleh kita ketahui seandainya kita fikir & renung2kan.

5 komen:

:: !zyan :: said...

agreed dgn lopak2 itu...

Anonymous said...

salam

emm benar kata2 tu... percaya dan yakin bahawa semuanya yg berlaku terkandung hikmah tertentu... hanya Allah yg Maha Mengetahui semuanya...

- just me - said...

Kdg2 kita rasa kita je yg alami masalah yg mcm tu tp kita lupa yg ramai lg kat luar sana mhadapi masalah yg lebih kurang sama & ada yg lebih teruk drp kita..

uglybeautyme said...

hoho...sape neh..nk la video syafinaz tuh...hehe

- just me - said...

mount dweller,

Iskk.. aku bukannya nak kc video syafinaz.. yg aku tanye tu video koir masa konvo ritu. mau?? :D