Betul kata org tua2, malang itu tak berbau. Menghampiri jam 4 ptg smalam, aku telah terlibat dlm satu kemalangan jalanraya. Masa aku nak mbelok ke kanan utk ke kedai di seberang jalan, tiba2 dtg sebuah motosikal yg x mungkin dpt aku elak, mhentam sebelah kiri kereta aku. Akibat hentaman tu, kereta aku meluncur ke depan & melanggar pulak belakang sebuah kereta yg diparkir di depan kedai tu.
Everything happened in a wink. Sekelip mata tempat tu dikerumuni ramai org. Penunggang motosikal yg cedera dibawa ke hospital dgn ambulans. & aku pulak dikerumuni org2 yg btanya 1001 persoalan. Dlm terkejut aku termangu...
Malamnya, aku ke balai polis utk buat report. Lepas beri keterangan, aku disoal bbrp soalan. & apa yg berlaku pd akhir sesi tu sgt mengecewakan aku. Aku dikatakan bersalah dlm kes kemalangan ni. Yg sgt mengecewakan aku, aku sebenarnya dah pun dijatuhkan hukuman bersalah sejak drp tempat kejadian lg!
Lepas berlakunya kemalangan, aku sedar yg keadaan dah jd berat sebelah. Salah seorg yg ada kat situ siap ckp kat aku yg masa tu masih lg terkejut, "Ni bukanlah nak salahkan sape2 kan, menda dah jadi. Tp klu tgk pd keadaan, dah boleh tau dah sape yg salah." Tak ke dia fikir apa perasaan aku pd waktu & ketika tu? Tak ke dia tau yg apa yg dia katakan tu langsung tak mbantu menenangkan keadaan?
Paling aku bengang, org2 yg tak berkenaan buat2 sibuk seolah2 dialah pihak yg berkuasa kat situ. Siap ada yg cuba nak bukak pintu kereta aku yg dah kemek tu. Tak ke dia tau yg selagi polis tak amik gambar, sebarang bukti tak boleh disentuh & perlu dibiarkan sebagaimana asal?!
Waktu sesi soal jawab tu pulak, dr awal aku sedar bahawa pegawai yg btugas tu seolah2 mengecam aku & cuba meletakkan/mbuatkan aku dlm keadaan bersalah. Aku tak kisah pun nak mengaku klu apa yg terjadi tu mmg disebabkan aku tp sbb apa yg berlaku tu sgt pantas, & apa yg berlaku seolah2 berat sebelah dr awal, aku pun taknak laa mengaku salah sebelum pasti letak duduk perkara yg sebenar. Sayangnya, bila aku bertanya mcm2 soalan & tetap mengatakan aku x salah, aku dikatakan cuba nak tunjuk pandai.
Salah ke aku bertanya utk mendapatkan kepastian? Salah ke aku bertanya sebelum aku senang2 je mengaku salah sdgkan aku tak rasa pun aku bsalah? Aku kata aku x salah sbb aku x nampak pun motor tu masa aku ready nak mbelok. Cuma masa aku tgh mbelok tu baru aku nampak dia. Mcmmana aku nak nampak dia sblm tu klu kurang 100 meter drp kedudukan kereta aku ada selekoh yg tajam, ada pulak pokok2 tepi tu. Dlm keadaan dia yg sgt laju (hingga menyebabkan kereta aku bergerak sendiri smpi terlanggar kereta lain), aku tak rasa pun yg masing2 sempat elak.
Arrgghhh!!!!
Entah laa.. Tp yg pasti, aku disoal siasat dlm keadaan seolah2 aku dijumpai bersebelahan mayat yg mati dibunuh! Sdgkan aku belum pasti adalah pembunuh yg sebenar. Mungkin aku cuma org pertama yg berada di tmpt kejadian (wrong time at wrong place), atau mungkin aku yg pertama cuba menyelamatkan mangsa, dsb. Nampaknya, 'tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' dah tak valid lg...
Kalaupun aku yg bersalah, sebagai seseorang yg pertama kali terlibat dlm kemalangan sebegini, aku mengharapkan yg aku diterangkan dgn jelas sama ada aku benar2 bersalah atau keadaan kemalangan tu yg menunjukkan aku bersalah wpun aku tak bersalah. Aku bukanlah nak memanjangkan cerita, cuma mengharapkan sedikit keadilan, sekiranya ada, drp pihak2 yg berkuasa. Kalau laa pihak yg sepatutnya menegakkan keadilan tak bertindak secara telus lalu bagaimana? Siapa lg yg akan menegakkan keadilan tu?
Mungkin apa yg aku tuliskan kat sini pun tak memihak pd aku tp I wont fight for nothing. Thats all... Walaupun ianya menambah koleksi pengalaman2 aku, aku cuma harapkan yg perkara yg aku lalui semalam takkan dilalui oleh org2 lain hanya kerana aku seorang pemandu wanita & cuma seorang pelajar........