Thursday, March 18, 2010

It's Here Again!!! (^-^)

Acara tahunan yg paling dinanti2!


Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2010
(KLIBF 2010) hadir kembali!!



Bermula esok, 19hb Mac hinggalah ke 28hb Mac, PWTC akan dimeriahkan lagi dgn kehadiran org ramai ke KLIBF 2010. Haha.. Intro mcm nak buat iklan jek.. ;P Tp aku mmg excited dgn pesta buku nih. Kira dah jadi event yg wajib pergi tiap2 tahun.. :)

Masa aku masih di sekolah rendah, abah akan bawak kami sekeluarga dtg ke pesta buku nih. Semua org tahu yg aku mmg ulat buku. Balik2 sekolah je lepas campak beg, buku2 cerita yg aku capai dulu. Tak kira dah nak salin baju ke, mandi ke, makan ke.. Hehehe

Kalau ikutkan sejarahnya (cheewwaahh.. ada sejarah2 laa pulak.. ;P), aku ni buta huruf. Sebabnya hari pertama abah hantar aku gi tadika, aku nangis2 takmo turun kereta. Tiba2 nervous boleh? Hahaha padahal punya laa semangat masa kuar rumah. Siap bawak kamus bergambar, pakai uniform tadika segala. Tapi bila sampai masa nak turun kereta, aku meraung2 taknak hahahaha Kesian abah kena pujuk aku pulak.. & sampai ke sudah aku tak ke tadika hahaha

So aku masuk darjah 1 kira buta huruf laa.. Tp atas kesabaran cikgu kelas aku masa tu, Cikgu Norhayati nama dia.. Wpun aku dah tak tahu kat mana dia sekarang, tp aku tetap ingat kat dia sbb atas jasa dialah aku akhirnya dapat mengeja & membaca dgn lancar hinggakan dapat no 1 dlm kelas masa peperiksaan akhir tahun. Terima kasih cikgu, jasa cikgu saya kenang sepanjang hayat...

Seingat aku, buku pertama yg aku berjaya khatamkan adalah buku bersiri Tujuh Perisik karya Enid Blyton yg diterjemahkan. Masa tu aku darjah 2. Punyalah seronoknya aku baca buku2 Tujuh Perisik yg ada 17 jilid kesemuanya, tebal pulak dlm 70-80 muka (font besar2 tentunya), & aku habiskan 17 jilid buku tu dlm masa seminggu! Itulah rekod peribadi yg aku masih ingat & aku kira mahal nilai memorinya hingga kini.. :)

& selepas tu, bermulalah pengembaraan aku dlm dunia penyiasatan, misteri & cereka sains melalui pembacaan2 aku. Setiap bulan atau 2 bulan, abah akan bawak aku ke kedai Sagumpas di Temerloh utk aku pilih buku2 cerita. & keterujaan aku memuncak bila abah bawak kami sekeluarga ke pesta buku di PWTC tahun 1993 (masa ni aku darjah 4).

Dlm byk2 genre, aku paling minat cerita penyiasatan. Dalam koleksi perpustakaan mini rumah aku dah sedia ada byk karya Enid Blyton. Antara lainnya Lima Sekawan, cerita2 Nancy Drew & The Hardy Boys yg ditermahkan, Tiga Penyiasat dll. & buku2 ni aku baca berulang2 kali tanpa jemu :)

Pun di perpustakaan mini rumah aku byk novel2 & cerpen garapan penulis2 terkenal tanahair seperti Khadijah Hasyim, Khairuddin Ayip, Lily Haslina Nasir & Ahadiat Akashah. Dalam byk2 novel tulisan mereka, novel Budak Setan & Budak Setan 2 yg paling aku minati, pun paling byk aku ulang baca tanpa jemu. Memang kisah percintaan tragis Kasyah & Ayu paling meruntun aku. Dengar2 ceritanya pulak novel tu akan/tgh difilemkan. Tak sabar nak tgk hasilnya! :)

Hmm kalau nak bcerita pasal buku ni sampai minggu depan pun tak habis hehe tgk laa, asalnya entry ni nak cerita ttg pesta buku esok je, tp dah melarat2 plak hehe Skrg aku nak kena tido sbb esok nak gerak pagi2 ke KL :) Till then!

6 komen:

oya said...

suke gak cite penyiasatan..
zaman kecik dl..
asl cuti jer duk ulang baca nancy drew,siri salma tu bagai...hehe

- just me - said...

Oya,

rasa2nya zaman 90an dulu mmg glamer siri2 penyiasatan nancy drew, the hardy boys etc.. zaman skrg je budak2 lebih suka buku2 disney laa, princess laa, barney laa, dora laa.. agaknya mugkin sbb tu budak2 skrg tak adventure hehe

Anonymous said...

zaman kita baca kisah bang tuah,bang deraman limbung,dan sudah pasti bang ramlee pun ada dan yang paling diminati:)

- just me - said...

Anonymous,

mungkin kita dari generasi berbeza.. tp tak tahu laa pulak bang ramlee ada tulis buku :)

Wattau Bundle said...

bru nak g ahad ni..kehkeh

- just me - said...

Is,

wah pencinta buku jugak nampaknya :) knapa tunggu nak gi hari ahad? confirm sesak & ramai org.. haa ni mesti nak gi pelancaran novel 9 Nyawa & Cinta Sufi ni hehe