Thursday, March 4, 2010

Perfection...

Perfection. Juga bermaksud kesempurnaan. A simple word yet comes with a huge meaning and great responsibility.

Cuba beritahu, siapa yg tak mengejar kesempurnaan? Aku jamin semua org mendambakannya. Tak terkecuali mereka2 yg telahpun obses utk mencapai kesempurnaan. Tak sekarang, dulu. Kalau tak dulu, tak mustahil pada masa akan datang.

Contohnya banyak sangat yg boleh dilihat hari ini. Ada yg inginkan bentuk badan sempurna, kerjaya yg sempurna, mahu jadi suami/isteri juga ibu/bapa yg sempurna, mahukan anak2 membesar dgn sempurna, & yg paling penting inginkan hidup yg sempurna.

Menyulam impian & harapan itu tak salah. Namun apabila kita terlalu mengejar kesempurnaan, kita akan menidakkan yg hakikat sebenarnya kita punya kelemahan & kekhilafan serta punya kemampuan yg terbatas. Di sinilah ketikanya kita akan berselindung di sebalik imej kesempurnaan itu hinggakan kita lupa utk menampung & memperbaiki kelemahan & kekhilafan diri. Akibatnya jiwa jadi merana & batin mengharung sengsara kerana kita malu, malah tidak dapat menerima hakikat bahawa kesempurnaan itu terlalu jauh utk dicapai.

Itulah yg terjadi apabila kita terlalu inginkan bentuk badan yg sempurna maka kita dgn bersusah payah mengikat perut menahan lapar & bersenam tanpa henti hinggakan kesihatan tidak lagi jadi kepentingan. Terkadang tempias pula pada orang2 yg berada di sekeliling mereka apabila perkara yg sepatutnya menjadi keutamaan antara mereka terabai.

Bagi yg mengidamkan perkahwinan sempurna, apabila pasangan kita mula menampakkan bunga2 kecurangan atau terang2an melakukan penderaan mental & emosi, kita sanggup memejamkan mata kerana tidak percaya yg perkara sebegitu akan terjadi pada diri. Malah ada yg telah tahu dgn kebenaran tetapi sanggup berlagak seolah2 ianya tidak berlaku hinggakan zina & sumbang mahram berleluasa di rumah sendiri. Semuanya atas nama perkahwinan yg sempurna sama sekali tidak akan menempuh gerbang penceraian.

Semua orang mahu jadi ibu & ayah yg sempurna bukan? Lalu kesilapan & kesalahan anak2 yg ditatang bagai minyak yg penuh tidak pernah ditegur & diperbaiki. Lalu membesarlah anak2 kita sebagaimana filem Anakku Sazali. Kepuraan2 & lakonan anak2 diterima bulat2 tanpa disiasat manakala aduan & nasihat daripada orang di sekeliling hanyalah kedengaran sumbang & dengki dgn kejayaan anak kita.

Terlalu banyak contoh. & dah terlalu banyak tragedi yg berlaku gara2 mengejar kesempurnaan ini. Pembedahan plastik yg akhirnya memudaratkan diri sendiri, penerimaan rasuah kerana harta & kuasa yg kita sangka akan membahagiakan akhirnya memenjarakan diri, cuba menjadi ‘supermom’ hinggakan akhirnya kita terlantar sakit & celaka menimpa diri, dan yg paling dasyat apabila kesempurnaan yg kita cuba capai akhirnya meratah emosi, menelan jati diri & memamah pegangan kita hingga akhirnya kita sendiri tidak lagi kenal siapa diri kita & apa tujuan hidup kita yg sebenarnya di bumi tuhan ini…

Bukankah adalah lebih penting bagi diri kita utk memiliki hati yg sempurna? Jadi insan yg sempurna? Punya kesihatan yg baik agar kita boleh beribadah kepadaNya dgn sempurna? Mengapa kita sering mendahulukan yg zahir sedangkan yg batiniah itu lebih perlu diutamakan? Apalah gunanya kecantikan yg sempurna andai hati busuk ibarat bangkai? Apalah gunanya harta setinggi gunung andai darah yg mengalir dlm tubuh kita hasil daripada sumber yg tidak halal? Apalah gunanya kehidupan yg sempurna di mata khalayak dunia seandainya jaminan hidup bahagia di akhirat kelak tiada?

Teman2ku sayang, fahamilah erti kesempurnaan & kenalilah siapa diri kita yg sebenar. Mungkin dalam pencarian itu kita akan menemui yg kesempurnaan itu tak mustahil wujud dalam ketidaksempurnaan yg ada. Mungkin ketidaksempurnaan itulah yg menyempurnakan hidup & diri kita. Mengajar kita erti matang & dewasa. Menambah pengalaman & ilmu buat bekalan diri kita di sini, juga di sana. Menyedarkan diri bahawa diri kita ini amat kerdil di sisiNya yg Esa.

Lalu carilah & renungilah erti kesempurnaan yg kita idam2kan selama ini. Pandanglah ia dari segenap sudut agar kita tidak terpedaya dgn satah2 yg bisa mengaburkan pandangan kita daripada objek2 yg berada disebaliknya. Namun begitu, tak mustahil juga kesempurnaan itu takkan selamanya kita perolehi kerana hanya Dia yg Maha Sempurna…

2 komen:

iDAN said...

Kesempurnaan agama kita anjurkan adalah kesederhanaan.

Tidak terlalu gah kayanya tidak juga kita menjadi fakir.

Selalunya diri & jiwa hanya akan sempurna jika kita merasakan kesederhanaan yang kita miliki ini sentiasa kita syukuri.

Berasa lapang dada dengan segala kesempitan ujian yang kita rasa.

Jiwa yang resah sebenarnya adalah gangguan dari rasa tidak puas atau iri hati. Paling kita akan tersiksa bila ada benih dendam yang telah tumbuh dalam dada.

Masalahnya bagaimana kita boleh berbaik dengan musuh kita bilamana musuh kita ini terusan menghimpit kita hingga kita sering ketemu jalan mati. Perjalanan ini yang amat rumit.

Sungguh kehidupan ini penuh dengan ujian. Tak dapat tidak kita kena tabah & sabar mengarusinya.

- just me - said...

abg iDAN,

& mmg benar yg paling susah adalah utk mengajar diri utk mengatakan cukup dgn apa yg ada tanpa berkehendak inginkan itu ini yg masih belum di genggaman.. & musuh yg paling payah utk dikalahkan adalah diri kita sendiri...