Friday, March 26, 2010

Suka Jadi Duka Jadi Bengang!!

Seawal pagi smalam aku keluar dgn Farah. Tujuan cuma satu, mencari baju utk aku pakai sebagai pengapit di hari bahagia Farah bulan 6 nanti. Destinasi yg dituju, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Jam baru 9 pagi. Jadi kami yg daripada Putrajaya ni decide utk breakfast dulu di mana2.

Hari yg sepatutnya suka2 tiba2 bertukar bila di traffic light simpang tiga Seksyen 25 Shah Alam kami terlibat dlm satu kemalangan. Kereta MyVi yg dipandu kawanku dipintas oleh sebuah lori satu tan ke kanan sedangkan kami ingin menuju ke depan (dari USJ menghala ke Alam Megah).

Gambar diambil dari blog Farah

Lane di sebelah kiri kami sepatutnya hanya menghala ke depan tp bila aku mula perasan yg lori tu makin rapat dgn kereta, aku cepat2 warning Farah. Farah brek tapi lori tu terus menghimpit ke kanan dgn bunyi geselan yg panjang...

Lori tu & kami berhenti di tepi jalan. Urgghh teruk jugak kereta Farah. Kemek laa fender sebelah kiri kereta. Calar2 jgn cakap laa.. Tp mujur sangat2 lampu signal tak pecah, tayar kiri depan tak effect utk gerak2 ke kiri kanan, enjin & pintu sebelah kiri penumpang pun tak effect mana sbb lori tu sgt rapat hingga menyebabkan side mirror kiri kereta Farah ter'flip' ke dalam. Bayangkan dekat tak dekatnya lori tu himpit kami!!

Pemandu lori tu berkali2 mengaku salah depan kami. Dalam pada tu sebuah kereta peronda polis datang. Kami decide nak buat report di balai at once tp pemandu lori tu kata dia nak kena hantar barang dulu baru nak buat report. & dia menjanjikan yg insurans pihaknya yg akan menanggung kerosakan kereta Farah.

So kami pun follow kereta peronda polis tu ke balai polis Seksyen 11 sbb tak tahu jalan. Dgn perut laparnya kami menunggu & semuanya selesai jam 12 lebih. Then kitorg gi makan & Farah decide nak balik Temerloh & baiki kereta dia kat sana. Lepas tu kitorg gi kedai mintak diorg tengok2kan keadaan tayar & kerosakan tu selamat ke tak utk perjalanan lebih 2 jam. Bila diorg kata ok je, Farah pun hantarkan aku ke rumah kakak aku utk amik brg2 & kami bertolak lebih kurang jam 5 ptg.

Believe me, perjalanan 2 jam setengah dari Bangi ke Temerloh tu aku rasa paling panjang dlm hidup! Tiap2 kali kami melalui selekoh, setiap kali tu jugak laa aku akan menahan nafas sbb takut tayar tu bergesel dgn mana2 bahagian yg dah kemek tu.. Pun tiap2 kali melalui bumpy road aku tak putus2 berdoa supaya kereta tu tak berbunyi2 atau berdoa supaya fender kereta tu tak jatuh di tengah2 jalan..

Paling buat aku seriau bila ada kereta atau lori di lane sebelah kiri kereta masa dekat highway.. Takut2 tiba kenderaan tu tiba2 nak masuk ke lane kami & menghimpit kereta sebagaimana tadi. Serius aku takut!! & sepanjang perjalanan tu jugak laa aku terbayangkan pelbagai igauan2 kemalangan ngeri yg mungkin akan terjadi.. Masa nilah, bayangan2 masa aku accident & tragedi yg menimpa arwah terbayang2 di fikiran.. :( Tp aku cuba tak fikirkan sgt dgn bersembang2 dgn Farah.. Huhu..

Alhamdulillah kami selamat tiba di Temerloh lebih kurang jam 7.30 malam. Malamnya pulak, Farah call aku gtau polis yg bertugas sebagai pegawai penyiasat kes kami maklumkan yg pemandu lori tadi buat laporan polis dgn mengaku tak bersalah & mengatakan yg dia berada di lane yg sama dgn kereta kami malah menuduh aku sebenarnya yg memandu ketika kemalangan tu berlaku. What the...???!!!

Geram betul aku dengar cerita Farah tu.. Yelah, first of all.. Mmg tak logik langsung cerita pemandu lori tu! Kalau betul laa dia ada kat lane yg same dgn kami, kenapa yg rosak & calar2nya cuma belah depan kiri kereta? Kenapa tak sepanjang2 sebelah kiri kereta? Plus, peraturan memotong kenderaan di sebelah kanan.. So kalau dia memotong di sebelah kiri, tak ke tu satu lagi kesalahan??

Then, dia tiba2 pulak kata aku yg drive kereta tu.. Hello!! Dia ingat aku takde lesen ke sampai nak kena tukar2 driver plak dgn kawan aku tu? Aku lesen penuh lagi! Dah 9 tahun jadi pemandu yg berdaftar dgn JPJ.. Apa kes??!! Yg buat aku & Farah bengang tu sbb pemandu lori tadi beriya2 & acap kali mengaku salah serta berjanji akan cover kerosakan kereta Farah dgn insurans lori dia/syarikat dia.. Geram betul!!!

So sbb polis dah ada 2 statement berbeza, hari Ahad ni aku & Farah kena ke Shah Alam sekali lagi utk beri keterangan & tgk crime scene sekali lagi. Haiii entah laa.. Manusia zaman sekarang ni kalau nak melepaskan diri daripada salah sendiri sanggup buat mcm2! Wpun dgn cara menyusahkan org lain!!

Apapun tengok laa mcm mana pulak ceritanya hari Ahad nanti. Semoga Allah melindungi, membantu & mempermudahkan kami dalam segala urusan....

5 komen:

Pandang ke Langit dan fikir sejenak kuasa Allah.. said...

agak pnjg carita nya..tp cerita ngan pmandu lori jgn ckp la..confirm die rasuah polis 2..klu bgi keterangan skali lg mgkin Allah permudahkan jln kite..insyaAllah

- just me - said...

Is,

mmg panjang dah jadi ceritanya.. hmm harap2 rasuah tu tak berlaku laa supaya kes ni jadi lebih mudah. mudah2an dipermudahkanNya segala urusan, insyaAllah.. thanks Is :)

fireangel said...

alhamdulillah, dah setel. lori dah kena saman. justtt...aku kena g s.alam. ken sign doc ape tah..tu satu lg x puas ati..nape tak setel siap2 sedangkan aku dah mention aku duk tloh...haih...tp bersyukur sikit kut, xperlu naik court etc..kang lg susah...

thank btw, fren...really appreciate it

- just me - said...

farah,

alhamdulillah.. sah selesai satu perkara.. tinggal lagi perkara2 kecik tu takpelah.. sekurang2nya dah boleh tidur lena malam ni.. :)

to be with u & going through all the hard times is my pleasure.. hari ni hari ko, esok lusa mungkin giliran aku pulak terkena.. so please don't mention it

iDAN said...

Dik Ieja; peratus penumpang maut ini amat tinggi bernading pemandu kira bersyukurlah Dik Ieja tak apa-apa.

Payah runding dengan orang begini; nama pun pemandu lori!, mereka memang punya masalah pelbagai. Jika yang baik elok selesaikan lua balai sahaja.

Dulu Kak Mila pun asyik kemalangan sampai remuk habis bonet belakang pun ada; pemandunya amoi nam mewah lari tak mahu berunding,

Avanza pun pernah kemek pintu Indon langgar kemudia dia lari. Semua baiki sendiri.

Memang penat menjaga kenderaan ini.

Kereta perang sampai kini pintu kemek tak berbaiki pun dilanggar oleh orang DAA plet mana tu iyer!.