Thursday, August 20, 2009

Cinta Dalam Kehidupan...

Sungguh menyakitkan bila mencintai seseorang & bila cinta itu tidak berbalas. Tapi apa yg lebih menyakitkan ialah apabila mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari kekuatan utk menyatakan rasa cinta kepada orang yg kita cintai. Mungkin Allah berkehendakkan kita berjumpa dgn beberapa orang yg bukan jodoh kita supaya apabila kita dipertemukan dengan jodoh yg sebenar, kita akan menghargai betapa bernilainya pemberianNya itu.



Apabila tertutupnya pintu kegembiraan, ada pintu2 lain yg masih terbuka, tetapi mengapa kita harus terus menanti kepada pintu yg telah tertutup itu sehinggakan kita tidak sedar akan pintu2 lain yg terbuka utk kita.


Memang benar, kita tidak menyedari apa yg kita ada sehingga kita kehilangannya & memang benar kita tidak tahu apa yg kita hilang sehingga ia muncul & kita menemuinya kembali.


Memberi cinta pada seseorang tidak menjaminkan yg kita akan dicintai kembali. Jangan mengharap cinta akan dibalas. Tunggu sahaja ia dapat berkembang di dalam hatinya, tetapi jika sebaliknya biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita.


Kita mungkin suka utk mendengar apa yg kita hendak dengar, tetapi janganlah kita memekakkan telinga utk tidak mendengar pada orang yg ingin menyatakannya dari hatinya. Jangan ucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba. Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu meneruskannya. Jangan menyatakan kita tidak mencintai seseorang jika kita tidak mampu melepaskannya.

Cinta hadir kepada mereka yg masih mengharap walaupun telah dikecewa, kepada mereka yg masih mempercayainya walaupun telah dikhianati, kepada mereka yg masih ingin disayangi walaupun telah dilukai, juga kepada mereka yg mempunyai kekuatan dan keyakinan utk membina kepercayaan itu kembali. Ia cuma mengambil masa sedetik utk terpikat kepada seseorang, tetapi seumur hidup utk melupai seseorang.


Mimpilah apa yg ingin kita mimpi. Pergilah ke mana yg ingin kita pergi. Jadilah apa yg ingin kita kejarkan demi cita2 kerana hidup hanya diberikan Allah sekali & peluang juga hanya hadir sekali utk kita melakukan apa yg diingini.



Kegembiraan bagi seseorang tidak semestinya yg terbaik utk segalanya sebaliknya ia hanyalah segalanya yg mengiringi liku2 kehidupan. Jangan kita mencarinya, ia boleh menipu. Jangan kita mencari kekayaan & harta, ia akan pudar. Carilah seseorang yg boleh membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman utk menghilangkan awan2 kesepian yg menutupi cahaya yg gelap agar dapat sinar mentari mencerahkan kembali langit yg selama ini mendung & mengembalikan keceriaan yg selama ini lesu.



Semoga kita dapat menemui seseorang yg mampu membuat kita tersenyum, dan mampu utk senyum buat selamanya…


Sepanjang perjalanan hidupku ini, aku telah berjumpa dgn ribuan manusia. Mengenali, berkawan, berteman & berkasih dgn mereka2 yg punya 1001 macam kerenah. & dalam titian penuh ranjau & dugaan inilah aku temui senyum ketawa, menangis sedih, juga memahami makna bahagia & derita.

Paling nyata, lembaran yg telah menemani aku selama 8 tahun inilah yg banyak meniupkan kembali semangatku utk tidak berputus asa serta menemukan aku dgn teman yg setia dalam pencarianku mencari cinta…




3 komen:

iDAN said...

Lebih baik pernah dikecewakan dari langsung tidak pernah bercinta. Yang pasti cinta itu adalah cinta murni, tulus ikhlas & bersandar kurniaan Ilahi.

Cinta sejati tidak semestinya kesampaian tetapi cinta sejati itu akan mengajar kita erti kehidupan sebenar. Biar pun kenangan pahit dikecewakan cinta itu amat payah dilupakan tetapi sesungguhnya ianya mengajar kita agar lebih matang & lebih bersedia menempuh cubaan Ilahi.

Agar akan ada seseorang yang akan mengembalikan Cinta Sejati itu dalam hidup kita, memang itu harapan indah buat kita.

Anonymous said...

Jatuh hati dan cinta dua perkara yang berbeza.Kasih,sayang,benci, rindu dan dendam juga perkara yang berbeza.Semuanya perlu seimbang bagi menghala diri pada yang satu.Mendakap sayang melepas benci melontar rindu menanam dendam.Nukilan rasa daripada musafir kelana.

- just me - said...

iDAN,
Cinta itu pada asalnya mmg suci & bersih cuma ianya jadi kotor di tangan mereka2 yg tak pernah kenal erti cinta yg sebenarnya. Kerna itulah byk cinta hari ini terlalu bertunjangkan hawa nafsu lantaran keikhlasan terhadap tuhan telah sirna.

Anonymous,
Hari ini baru saya tahu yg jatuh hati & cinta itu berbeza. Kalau berbeza, perlukah kedua2nya seiring? Seimbang yg bagaimana saudara maksudkan? Harap boleh perjelaskan lagi, terima kasih :)