Tuesday, August 25, 2009

Yang Biasa Biasa...

Setiap hari, ada byk perkara yg akan mempengaruhi kelancaran pjalanan urusan kita pada hari tersebut. Di penghujung hari aku sering tertanya2 apakah yg membuatkan hidupku ceria, sedih ataupun mendatar hari itu. Lama aku renung & memikir2..

Bagaimana kalau aku bangun pd keesokan harinya, aku tak dapat mencelikkan mata? Itu perkara pertama yg kita buat setiap hari kan? Celik mata.. Mungkin hari itu mataku terkena jangkitan kuman, sakit mata atau ada ketumbit. Pasti sepanjang hari aku jadi tidak selesa, dgn mata berair2, pandangan mjadi kabur & sebagainya. Aduh bagaimana dgn mereka yg langsung tak punya kesempatan utk melihat dunia? Nikmatku utk melihat hanya ditarik balik seketika cuma dgn penyakit mataku ini... Itu kalau celik, kalau tak boleh mengerdipkan mata langsung bagaimana? Sudah pastilah mata akan mjadi kering, sakit & memerah. Alangkah sakitnya kalau habuk memasuki mata tanpa kita dapat mengerdipkannya!

Bagaimana kalau hari itu aku terjaga dgn mendapat selesema? Hidungku mula tak dapat menghidu apa2 lantaran mukus (hingus) yg menghalang deria bau. Pastilah hilang selera makan lantaran mukus yg sentiasa berjejeran, selalu pula perlu dilap dgn tisu/saputangan. Terkadang hingga mengalirkan air mata! Tentu setiap pekerjaanku hari itu terganggu kerana tidak selesa. Ah kenapa waktu hidungku tidak apa2, aku tidak menghargai fungsinya?

Bagaimana kalau sewaktu bersiram tadi secara tak sengaja air termasuk ke dalam telinga? Oh dah tentu hari itu aku takkan selesa kerana setiap kali bergerak seakan ada air yg bergerak2 & berdengung lantaran terperangkap di dalam telinga. Malah secara tiba2 dengungan itu mjadi amat kuat hingga menyakitkan kepala. Pasti kerja2ku hari itu akan tergendala kerana fokusku mula terganggu hanya kerana telingaku yg dimasuki air tadi..

Bagaimana kalau suatu hari batukku bertambah teruk hinggakan aku kehilangan suara? Mesti aku susah utk berinteraksi dgn org2 di sekelilingku. Hendak makan pun susah kerana terus2an batuk tanpa henti hingga menyakitkan dada. Kena berpantang pula tak boleh makan makanan berminyak, berkacang, berhabuk, berempah & sebagainya. Nak menjawab panggilan telefon rasanya paling sukar terutama jika sdg bekerja. Bukan semua kerja boleh diselesaikan dgn sms sahaja. Tentu perlukan penerangan yg panjang lebar. Susah juga tapi keadaan aku cuma sementara jika dibandingkan dgn mereka yg hanya boleh mbuka mulut tanpa mampu memaksa peti suara memainkan resonannya!

Bagaimana kalau tiba2 ada jariku yg luka terkena pisau di dapur tadi? Kalau luka di jari kelingking tentu tak begitu bermasalah tapi kalau terkena di jari telunjuk atau jari hantu bagaimana? Pastilah susah utk kita menulis atau menaip apalagi berbuat apa2 yg melibatkan air! Sedaya mungkin jari yg luka itu kita elakkan dari bersentuhan dgn apa2 hingga menjejaskan semua kerja yg dilakukan. Nak pegang stereng kereta pun tak selesa & nampak kelakar dgn salah satu jari tertuding keluar! Hmm aku baru terluka satu jari, bagaimana pula dgn mereka yg langsung kudung..?

Bagaimana kalau hari itu aku terjatuh hingga lutut kananku luka2? Dah tentulah aku jadi terhencut2 ketika hendak bergerak ke mana2. Berlari tu mimpilah. Berjalan pun dah rasa seksa amat hingga terkadang memerlukan tongkat. Hanya mengharapkan ihsan org membawakan makan minum kerana aku cuba menghadkan pergerakan. Alangkah bosannya jika hanya dpt duduk tanpa berbuat apa2 sementara menunggu kecederaan itu pulih? Pantas aku terkenang bagaimana agaknya keadaan & perasaan mereka yg lumpuh serta hanya terlantar di pembaringan seumur hidup..

Bagaimana pula kalau… aku tiba2 tak dapat lagi menghela nafas utk mhirup udara?

Ahh.. Membayangkan semua ini aku merasakan diri amat kerdil. Perkara yg selalu kita pandang remeh & enteng rupa2nya menjadi nadi dlm perjalanan kehidupan kita sehari2. Benar kan? Hal yg biasa2 inilah yg membolehkan kita melakukan pelbagai benda hingga mencapai tahap luar biasa! Alangkah susahnya, alangkah seksanya kita seandainya hanya salah satu daripada nikmat tuhan yg biasa2 ini ditarik balik serta-merta tanpa peringatan. Sedangkan yg sekejap itupun kita dah mengeluh, bagaimana pula kalau ditarik olehNya semula sepanjang hayat? Itupun kita masih tak mahu bersyukur!!

Aku menginsafi diri. Betapa banyak & besarnya nikmat yg dikurniakan Ilahi dalam bentuk sekecil2 perkara yg kita sendiri kadangkala tak tahupun bagaimana ianya bfungsi. Malah bfungsi pula tanpa sedar & di luar kawalan kita. Itupun kita sebagai makhlukNya masih belum sedar diri & mahu utk berterima kasih pada Sang Pencipta!

Yang tersenarai di atas belum lagi kita campurkan dgn nikmat2 tuhan yg lebih besar & luar biasa seperti mdapat kejayaan dlm hidup, terselamat daripada bencana, dan sebagainya. Itupun masih ramai yg mendongak ke langit & meninggi diri mengatakan yg segala pencapaian mereka hari ini adalah daripada hasil usaha kerja keras & titik peluh mereka! Aduh, nak mengepam udara & darah ke seluruh tubuh pun mereka tak pasti bagaimana jantung mereka sendiri lakukannya, belum lagi masuk bab bagaimana nak merembeskan air peluh!!

Oleh itu berterima kasihlah kita pada Sang Pencipta di atas setiap nikmatnya bermula dgn yg biasa2 itu. Kalau kita terlupa & terleka selama ini, marilah kita sama2 beringat bermula saat ini. Bersyukurlah setiap detik & ketika kerana nafas pinjaman dariNya ini bila2 masa saja akan tamat tempohnya. Insafilah diri kerana setiap sesuatu yg ada pada diri kita hanya bersifat sementara kerana yg abadi itu bukan di sini, tapi di sana…

4 komen:

uglybeautyme said...

salam tamadhan to kak ieja:D
lame xpost comment kt cni
saya sentiasa mengahrapkan sume umat manusia neh bersyukur atas nikmatNya...amiiiin~
kadang2 yg nampak sikit hasilnya lebih besar dari yg banyak~

abg iDAN said...

Dik Ieja memang betul jika kita sukar bersyukur Ilahi akan terusan menduga kita perbagai dugaannya.

Bilamana kita bersyukur dengan segala nikmatnya insyaAllah kita akan tambah dirahmati-Nya.

Cumanya ada ketikanya dalam kita ditimpa musibah kita amat perlukan bantuan, jika bukan orang yang disayangi memberi dorongan, pasti kita akan berjumpa doktor juga untuk mencari ubat. Perlukan kudrat yang kuat menanggung ujian kesakitan ini. Dalam sudut perbelanjaan juga perlu dirancang. Sekarang ini semua belanja rawatan bukannya murah.

Jika dik Ieja & calon suami nanti bukan staf kerajaan rancanglah semua itu. Jika kita mati mengejut memang mudah ceriteranya. Jika berlarutan sakit macam abg ini rasanya memang tinggi kos perubatannya.

Abg masih sakit gigi ini, adui! takutnya nak jumpa doktor gigi.

- just me - said...

uglybeautyme,
haah lame tak nampak ruby. blog pun entrynye pendek2 je. bz benor nampaknye hehe nway thanks ruby :) amin!

iDAN,
Hidup ini nyata perlu perancangan. Tak boleh main redah mcm tu je kan? Apapun entry ni ditulis buat peringatan diri sendiri, agar slalu tak lupa dgn pelbagai nikmat dariNya yg lain ketika diri ditimpa satu2 ujian yg bisa menggoyahkan iman & merobek kesabaran.

Fitrah insani hidup berteman. & ianya bermula sejak Adam memerlukan Hawa di dalam syurga. Takkan betah manusia hidup sendirian biarpun dlm timbunan wang ringgit kerna hakikatnya harta tak bisa membahagiakan.

Aduh kesiannya abg sakit gigi. Mcm saya, kecil2 dulu takde laa takut mana nak jumpa doktor gigi, dah besar panjang ni malu pulak sbb takut doktor komplen gigi tak cantik & bersih hehe Hrp2 abg kan kembali pulih! :)

Anonymous said...

terkadang apa yang dirancang itu tak menjadi atau seindah apa yang diimpikan,benarkah diri ini boleh menerima kekalahan,keperitan,kesakitan dan sengsara dari apa yang dirancang dengan seukir senyuman :).kalam dari musafir kelana