Digicam pertama yg aku miliki adalah Pentax Optio M10. Aku beli dlm ptengahan tahun 2007 sekitar harga RM699. Sayangnya, tak smpi setengah tahun digicam aku hilang dicuri org. Yg peliknya, bateri & memori kad tak diambil sekali huhu
Disember 2008 aku dapatkan digicam aku yg kedua, Pentax Optio M20. Aku pun tak tau kenapa aku setia dgn jenama Pentax. Mungkin sbb dlm byk2 digicam yg aku servey, Pentax je yg offer harga bpatutan dgn beberapa ciri yg menarik spt frames & LCD skrin 2.4" hanya dgn harga RM799. Plus, Pentax ni dikilangkan di Jepun & kebiasaannya alat2 elektronik drp Jepun ni bkualiti.
Sebulan yg lepas digicam aku rosak (buat kali yg pertama). Bermula dgn nak on kan kamera utk amik gambar, tiba2 kamera aku off dgn lensa yg masih tkeluar & terus tak boleh on sampai sudah. Byk jasa digicam aku yg kedua ni. Sgt menang mbeli! Terbukti keluaran Jepun mmg bkualiti.
Sbb waranti dah abis, so aku call distributor Pentax ni utk tanya kos baikpulih digicam aku. Memeranjatkan bila mereka bgtau yg aku boleh trade in digicam lama aku dgn yg baru cuma dgn tambahan harga RM300! Syaratnya cuma aku perlu ke Petaling Jaya, lokasi terletaknya Shriro Sdn Bhd yg merupakan distributor Pentax ni.
So Jumaat baru2 ni, aku pun ke sana dgn main redah je sbb tak pernah hayat aku gi PJ hehe.. Naik komuter Serdang-KL Sentral & tukar naik Putra LRT ke Taman Paramount plak. Then aku naik bas & dgn ptolongan serta bantuan drp bbrp org yg sama2 naik bas dgn aku, smpi laa aku ke tmpt yg dituju wpun tpaksa jalan kaki dlm 5 minit sbb tlajak sikit ke depan haha & dgn segala mcm adventure yg aku lalui akhirnya aku dpt jugak digicam aku yg ketiga, Pentax Optio E60 dgn harga CUMA RM300. Suka2!! \(^-^)/
Di luar jangkaan, aku terserempak dgn member satu skolah masa kat ABS dulu. Sembang punya sembang rupanya dah dekat 2 tahun Amir keje kat Shriro ni. Bila cerita2 balik kisah lama kitorang byk gelak je sbb kisahnya dulu kitorg musuh ketat. Dua2 pun kerek, so slalu laa btekak hehe Tp bila dah 11 tahun tak jumpa ni semua cerita lama dah letak tepi dah. Takde pekdah pun nak btekak2 lg :D
Yg pasti aku kena ucapkan terima kasih kat Amir sbb dia tolong hantarkan aku kat stesen Putra LRT Asia Jaya lepas tu :D Selamat.. Tak payah aku naik bas. Dah la aku tak sure sgt nak naik bas mana huhu So hari ni aku dah boleh amik gambar dgn digicam baru aku hehe ;)
Notes: Diba, Amir ingat lg kat ko tau? :D