Wednesday, August 19, 2009

Operasi!!

Minggu lepas aku buat operasi. Operasi mengemas. Bermula dgn buku & novel di rak2 yg hampir meleding, aku menyelongkar & memunggah hingga menemukan aku dgn sebuah kotak. Kotak yg mengandungi khazanah. Khazanah yg terlalu berharga. Terlalu berharga kerana ia menyimpan segala memori remajaku sejak 1996 hingga 2005.

Dalam kotak itu terkandung beberapa kotak2 lagi. Kotak pertama ku buka mengandungi surat2 yg kuterima sepanjang tahun ’96 hingga ’98, waktu aku from 1-3. Kotak kedua menghamparkan surat2 sewaktu aku bersekolah di SMSPP (1999-2000) manakala kotak yg terakhir adalah kenangan2 aku sepanjang setahun berada di KMNS Kuala Pilah pada tahun 2001.

Sukanya aku!!! :D Membaca surat2 & kad2 yg pernah aku peroleh buat aku tersenyum malah tergelak sendiri. Maklumlah tulisan budak2 yg baru nak mengecap zaman remaja hehe daripada surat gossip sampailah ke surat cinta. Tapi yg kelakarnya baca surat cinta lama sungguh laa tak romantik!! Guna ‘koi-aok’ je utk membahasakan diri ekekekeke Oh bagi yg tak tahu, ‘koi-aok’ tu dalam loghat org Temerloh maksudnya ‘saya-awak’ hehe

Paling mengundang tawa bila mengadap kotak kenangan sepanjang matriks. Ada 2 buah kaset di dalamnya. Kaset yg mengandungi rakaman suara teman2 yg sgt sporting & havoc!! Aku menghabiskan masa hampir 2 jam tergelak sendiri mendengarkan kembali rakaman itu sahaja! Ahh bila mengenang kembali sewaktu di KMNS, semuanya begitu ceria & playful. No skema2 macam kat sekolah dulu hehehe

Tapi yg paling best skali bila aku jumpa diari2 lama aku yg lengkap aku catatkan butiran setiap yg aku alami sepanjang tahun 2000, 2001 & 2002. Oh ya, aku memang menulis diari & ianya bermula secara tak sengaja bila pada phujung tahun 1999 aku dapat hadiah daripada dormmate aku kat SMSPP, Kak Ana, yg tentunya sebuah diari. Itulah diari pertama yg aku tak pernah rancang utk menulisnya, malah tak pernah rancang pun utk punya diari2 seterusnya. Thanks Kak Ana! :)

Usai operasi mengemas, aku cuma ambil diari2ku utk dibaca. Berjam2 lamanya aku habiskan masa utk mbaca diari. Segala macam perasaan bercampur aduk lantaran pada hampir setiap ketika, aku akan mengalami perasaan2 itu seolah2 ianya masih segar sebagaimana dulu. Malah ada masanya, apa yg pernah terjadi pada tarikh tertentu akan terlayar di ruang ingatan bagaikan sdg menonton filem. Indah, kadangkala aneh, namun ada masanya menyedihkan. Nyata ia terlalu mempengaruhi emosi aku sepanjang seminggu ini.

Apapun hari ini aku dah kembali normal hehe tapi bila terkenang2kan kembali apa yg telah aku lalui 7-8 tahun lepas membuatkan aku terfikir betapa seriusnya hidup aku hari ini berbanding hari2 ku yg girang dulu. & I missed that! Aku tertanya2 apakah perlu kita menjadi semakin serius seiring peningkatan usia sedangkan aku rasa tak salah kalau sesekali kita bersikap playful?

Hmm yg penting kita harus tahu bila harus serius & bila pula masanya kita boleh bermain2 :) Serius memanjang pun tak boleh jugak, boring! Main2 selalu sgt pun tak boleh jugak, nanti semua kerja tak jadi! Terlalu berhati2 sgt pun tak boleh, tak adventure lah! Terlalu enjoy sgt pun tak boleh, sbb ada masanya kita perlu tekun & bersungguh2! Hehe mcm aku sendiri, I just live my life!! \(^-^)/ Yang penting, buat apa2 pun biarlah ikhlas kerana Allah & apa yg kita lakukan biarlah mberi makna & sumbangan sama ada kpd diri, ibu bapa, agama & bangsa.

3 komen:

Faridrashidi.Com said...

Assalamualaikum,

Selamat membaca dan mengemas ya.

Apapun, moga ramadhan kali ini terus menyinari hidup kita selalu.

iDAN said...

Kalau ceritera orang putih kotak rahsia begitu sering kita lihat di filem mereka tersimpan di stor bawah tanah.

Memang menarik siap ada sawang perbagai untuk mencapainya. Kita tak ada stor begitu bila dah berumahtangga pula tak semua pasangan kita menyukai kita menyimpan khazanah lama.

Abg sendiri sejak berpencen sudah tak tahu mana nak letak barangan macam itu, banyak telah terbiar & mungkin menjadi barangan terbuang.

- just me - said...

Faridrashidi.Com,
W'salam.. Terima kasih :) Samalah buat saudara juga. Moga amalan kita diterima olehNya.

iDAN,
Oh mcm saya sendiri kotak tu tersimpan di penjuru bilik. Bila dtg angin nak mengemas ni slalunya jadi melarat2. Asalnya nak usik sikit je, sudah2nya semua dikemas. Tp kdg2 bagus juga, mengingatkan kita ttg siapa kita suatu ketika dahulu.. :)