Sunday, September 2, 2007

Berpergian..

Nampaknye buat beberapa ketika ni aku masih belum betul2 lapang utk menjengah belantara jiwaku ini.. Aku terpaksa pulang ke kampung sbb abah masuk hospital. Masuk arini dah seminggu abah tidur kat wad disebabkan pneumonia @ radang paru2 @ jangkitan kuman pada paru2 abah. Hjg minggu lepas, hampir semua anak2 abah pulang menjenguk abah. Rumah agak gempita dgn sorak sorai anak2 sedaraku ibarat pesta layaknya tp di sebalik semua tu, semua org menyimpan resah di dada. Masakan, abah akan berusia genap 70 tahun Disember ni.. Apepun, aku doakan yg terbaik buat abah.. Yg pasti, aku akan tinggal & menemani emak di rumah & akan terus berada di sini sehingga abah kembali pulih & kembali semula ke rumah.....

2 komen:

tintaHati said...

Didoakan semoga ayahmu kembali sembuh seperti sediakala. Hari tu aku pun gelisah sama bila ayah sakit..Harapnya tak ada apa-apa dan semua baik2 saja.

- just me - said...

Terima kasih teman.. Terima kasih di atas pengertian & sokonganmu :)