Malam sebelum aku pulang ke sini, akhirnya dpt jugak aku tgk drama 'Liang Lahad' yg telah disiarkan melalui slot LayaRia di Astro selepas aku disyorkan utk menonton drama ni Ramadhan yg lepas.. Alhamdulillah, mmg benar.. Drama ini mengandungi byk pengajaran yg aku kira sukar utk diperoleh melalui drama2 mahupun filem2 yg sdg mewarnai persada hiburan tanahair kita skrg. Sungguh x rugi aku tunggu hingga selewat 11 malam utk menyaksikannya! Terima kasih kerana mengesyorkannya padaku.. :)
Ringkasnya, drama ni mengisahkan ttg Pak Dollah (M Rajoli) yg sering didatangi tetamu pd malam hari namun tetamu2 tersebut tak dpt dilihat oleh isterinya, Mak Mah (Norlia Ghani). Bimbang dgn keadaan Pak Dollah yg dilihat sering bercakap2 seorang diri, Mak Mah mengadu kpd jirannya, Ros (Rosnah Mat Aris). Oleh kerana suami Ros, Talib (Jalil Hamid), menaruh dendam kpd Pak Dollah kerana pernah menegurnya bmain judi & tak bpuasa maka Talib telah menuduh Pak Dollah telah mjadi gila. Dgn bantuan penduduk kampung, Pak Dollah telah dikurung dlm sebuah pondok. Di akhir drama ini, Talib akhirnya mati akibat kemalangan sewaktu pulang drp bjudi & dia sendiri menyaksikan mayatnya dimasukkan ke dalam liang lahad di mana hanya Pak Dollah saja yg boleh melihat kehadirannya pd ketika itu.
Drama ni awal2 lg menarik perhatian aku dgn babak Pak Dollah dgn Mak Mah yg pd ketika itu terlantar sakit. Walaupun isterinya rasa bsalah kerana telah byk menyusahkan suaminya, namun tenang Pak Dollah mjawab, "Sakit ni adalah kerja Allah SWT. Kalau abg sakit, Mah pulak yg jaga. Tp skrg ni Mah yg sakit, abg jagalah. Sbb ni tanggungjawab suami." "Jgn ungkit pasal tanggungjawab, abg tak suka." Agak2nyalah, berapa ramaikah yg benar2 mjadi 'suami' di luar sana?
Aku kira, zaman skrg ni susah benar nak bjumpa dgn seorg suami yg benar2 ikhlas mjaga isterinya yg sdg sakit. Tak dinafikan mmg ada tp jumlahnya mungkin sedikit.. Pun brapa kerat pulak yg betul2 tau & melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorg suami. Malah aku sendiri dah pun menyaksikan dgn 2 biji mataku ttg betapa khilaf & jahilnya seorang suami dlm melaksanakan tugas & tanggungjawabnya sebagai seorang suami & ayah terhadap isteri & anak2nya. Kdg2, semua ni mjadikan aku takut utk berumahtangga.. Namun jodoh & sgala ketentuan itu di tanganNya...
Dalam drama ni jugak mberi pengajaran, kdg2 orang yg hidup sebumbung, makan sepinggan & tidur sebantal bpuluh2 tahun lamanya pun belum tentu betul2 kenal & faham ttg pasangannya sendiri. Inilah yg terjadi bila Pak Dollah dikurung dlm pondok tanpa isterinya berbuat apa2 utk menolong suaminya, malah yakin bahawa itulah yg terbaik buat suaminya sedangkan Mak Mah sendiri tak pernah btanya pd Pak Dollah ttg apa yg telah berlaku sebenarnya. Kekecewaan Pak Dollah jelas digambarkan melalui lirih kata2nya, "Mah, sampai hati meletakkan martabat suami Mah ni serendah ini. Abg tak sangka.. Abg pun tak tahu macam mana Mah boleh yakin dgn kata2 org lain. Mah tak yakin dgn suami Mah sendiri. Mah, abg betul2 rasa terkilan sbb selama ini Mah belum betul2 kenal siapa suami Mah yg sebenarnya."
Smpi pd babak ini aku tertanya2, apa mungkinkah aku mjadi isteri yg taat, patuh & yakin buat suamiku nanti walau apapun jua ujian & dugaan yg melanda? Mampukah aku bertemu dgn lelaki yg boleh mjadi seorang 'suami' sebagaimana Pak Dollah? & apa mungkinkah apabila aku bertemu dengan 'dia', maka aku boleh mjadi isterinya? Menitis airmataku seketika.. Tiba2 hatiku jadi sayu & pilu.. Mungkinkah.. Mungkinkah..? Hanya Yang Maha Mengetahui sahaja yg mengetahuinya... & aku, hambaNya ini hanya mampu berdoa & bserah kepadaNya....
Apapun, drama ni byk mengajar aku ttg kehidupan, terutama ttg hidup bersuami isteri. Semoga aku dpt mjadi isteri yg solehah buat suamiku.. Amin..
Pada satu masa yang ditetapkan, kita pasti dirisik.