Gambar daripada tv3.com.my
Baru je sudah tgk Sindarela Ep 12 yg aku download drp tv3.com.my. Cerita tu mbuatkan aku terkenangkan & memikirkan ttg beberapa perkara.
Pertama, Cherating. Pantai yg pernah mhadirkan memori terindah dlm hidup aku satu ketika dulu. Sewaktu aku & dia sama2 menyulam kasih bsaksikan ombak yg mhempas pantai, juga kawanan burung yg terbang pulang ke sarang dlm remang mentari yg kian blabuh di ufuk barat. Indah & manis. Namun kini, semuanya hanya tinggal kenangan..
Kedua, sukarnya berdepan dgn org yg kita suka lebih2 lagi apabila kita tidak terdaya menyuarakan isi hati kita. Adakalanya kesukaran itu disebabkan tak mampu menyusun kata2. Terkadang tak punya cukup keberanian utk meluahkannya. Lebih merumitkan jika kita sebenarnya tak boleh pun meluahkannya disebabkan faktor2 yg tak mengizinkan. Kalaupun bisa bersandiwara, perasaan itu akan tetap terpancar di pandangan mata. Hanya antara sedar & tidak. Antara ketara dgn tidak. Akhirnya merana sendiri..
Ketiga, apabila hati mula mbibitkan tunas2 sayang, ia tak kenal sesiapa. Termasuklah yg telah berpunya. Dlm ertikata lain, bf/gf org. Tak terkecuali yg punya status tunang/suami/isteri org. Kdg2 pelik, kdg2 ajaib. Bagaimana kita boleh suka, kasih, sayang mahupun jatuh cinta pd seseorg dgn hanya sesaat cuma. Walau sedaya mana pun cuba utk mengelakkannya, perasaan itu akan tetap hadir malah kian mbuak2 tanpa dapat dikawal. Semakin kita lari, semakin ia dtg mhampiri. Akhirnya kecundang jua..
Keempat, kagum apabila seseorang itu tetap takkan bputus asa terhadap org yg dicintai. Biarpun jelas diri tidak lg diterima dlm hidupnya. Apalagi punya ruang dlm hatinya. Walaupun dicemuh & dikeji, hati masih tetap setia pd si dia. Namun terkadang kekaguman itu bertukar mjadi kejengkelan. Masakan, kenapa harus menunggu pintu yg telah tertutup rapat sdgkan masih byk pintu2 lain yg terbuka? Bukankah patah tumbuh hilang berganti? Benar, yg tumbuh takkan sama dgn yg hilang. Namun hidup tetap perlu diteruskan. Jgn terus mengait harapan sdgkan harapan itu tidak pernah wujud..
Kelima, teramat payah utk memutuskan & mengucapkan kata2 perpisahan dgn bahasa paling halus tetapi mudah tanpa menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa. Putus atau bpisah tak semestinya mbenci. Cuma tak mahu lagi terus2an bpura2 & menipu. Baik dgn diri sendiri mahupun pihak yg satu lagi. Perasaan itu telah tiada. Makin kabur & lenyap umpama embun yg kan sirna dek kehangatan mentari pagi. Peluang yg diberi bkali2 tak dimanfaatkan sepenuhnya. & hati jadi makin tawar tanpa sedar. There’s no more passion left. So it has to be stopped! Paling baik, berundur sebelum lebih byk kepura2an & penipuan terjadi yg bisa mjadi racun apabila kebenaran terbongkar kelak..
Perasaan serba salah pasti mbelenggu. Tp tak mahu lg mengecewakan & dikecewakan. Pun tak mahu terseksa juga menyeksakan sesiapa. Mungkin tindakan memutuskan nampak kejam tp mungkin juga itulah yg terbaik utk kedua2 belah pihak. Supaya kehidupan boleh diteruskan. Agar perjalanan yg tertunda seketika disambung semula hingga tiba di hentian baru yg tak mustahil lebih baik drp yg sebelumnya.
Anggap saja ianya sebahagian drp pengalaman bharga wpun pahit utk ditelan. Paling penting, elakkan sengketa. Jgn lupa yg dia pernah mhadirkan kenangan yg indah sebelum itu. Anggaplah jodoh tiada & doakan yg terbaik buat dirinya wpun diri sendiri derita & sengsara. Benar, menuturkan tak semudah melakukannya. Hanya yg pernah mengalami saja mampu mengerti & memahami akan sebenar2 perasaan..
Agaknya benarlah. Cinta itu buta. Cinta itu tak bermata. & manusia lemah kerana cinta. Tewas dgn nafsu. Terkadang tersungkur ke lembah hina. Kesimpulannya, seseorang itu sanggup melakukan apa saja atas nama cinta biarpun akhirnya memperbodohkan diri sendiri. & peringatan ini buat diri aku juga!!