At last!! Setelah sekian lama aku mcari, akhirnya aku ketemu jua.. :) Ini...
Yup, aku dibesarkan dgn lagu2 nyanyian Raja Ema. Ni pengaruh drp kakak aku la ni hehehe Dia beli ada laa dlm 3-4 buah album Raja Ema & slalu pasang sambil nyanyi2 kat dlm bilik. So aku tumpang laa dgr skali. Masa tu umur aku dlm 5-6 tahun. Hmm mungkinkah ‘karier nyanyian’ aku bermula sejak itu?? Heheheheh.. Takde maknanye!! ;P
Apepun, aku mmg excited sgt2. Pun rase cam nak lompat2!! Hehehe.. Yelah, dulu bila aku selongkar balik kaset2 lama kakak aku & jumpa, aku kecewa.. Sbbnye kaset2 tu dah bkulat pun. Dah tak boleh nak play dah huhu.. Try search & nak download drp internet plak takde.. Tak femes kot lagu2 Raja Ema ni selain drp Angan Angan & Jejaka Idaman..?? Hmm..
Walaupun semangat aku dah jatuh merudum lebih teruk drp krisis ekonomi negara tahun 1997 & walaupun harapan aku tersangat laa tipis kalau nak banding dgn kertas A4 70 gram, aku tetap cuba trace kewujudan mp3 lagu2 Raja Ema ni dlm internet. Luckily, secara tak sengaja aku ter‘surf’ ke website EMI Malaysia yg menyatakan album Memori Hit Raja Ema ni dah released pun pertengahan tahun 2007. Huhu excited2!!! :D
Aku punya laa duk cari2. Drp Mydin Mall kat KT smpi laa ke Speedy Video kat Alamanda Putrajaya. Namun, harapanku punah belaka.. Aku kecewa lagi huhu… Inisiatif terakhir, kat website EMI tu aku isi enquiry tanya pasal album ni. Tak sampai 3 hari, pihak EMI kasik respond & call aku. After a few sessions & calls, hari Khamis bebaru ni (24 April) finally album ni berada dlm genggaman tanganku [walaupun tak tergenggam pun benornye hehe ;P].
Even ada skit je drp 30 lagu dlm album ni yg aku familiar & suka, aku tetap bpuas hati.. :) Yelah, lebih baik ada drp takde langsung kan?? Hehe.. Antara lagu2 feveret aku dlm album ni, Pertemuan Seribu Kenangan, Mentari Korea, Jawapan Pasti, Warna Cinta Pertama & Titik Bermula. Lagu feveret aku yg takde dlm album ni plak, Sandarkan Ke Bahuku & Apa Khabar Sayangku [kalau tak silap aku laa tajuk2nye tu.. Tak sure sgt hehe ;P]
Jom layan... ;)