Sunday, July 27, 2008

Parah...

Semalam aku telah tercedera. Parah sekali. Aku telah menjadi mangsa tikaman seseorang yg mungkin tak punya hati & perasaan. Mungkin juga tak punya pertimbangan akal yg wajar. Tikaman yg bertubi2 membuatkan aku rebah & tersungkur. Namun tuhan masih menyayangiku.. Sekalipun aku mengalami kecederaan yg amat parah, tuhan masih memanjangkan hayatku. Masih mengizinkan aku utk terus bernafas biarpun perit & pedih mencengkam di dada. Dalam menahan pedih, tanpa sedar airmataku bergenang lalu jatuh ke pipi...

Ya Allah, sesungguhnya ini adalah dugaan & ujian dariMu buat hambaMu yg lemah lagi kerdil ini.. Teguhkanlah imanku, tetapkanlah pendirianku, kuatkanlah semangatku.. agar aku mampu mengheret kesakitan ini melalui hari2 yg mendatang dgn tabah. Semoga kesakitanku ini hanya seketika & kan pantas sembuh terubat dek masa. Demi sesungguhnya, hanya kepadaMu aku mengadu & kuserahkan segala2nya.....

2 komen:

Superb GURU BaniHassim said...

monolog sedih nmpk...
sape tikam2 nih???
tiakm depan ke belakang???

- just me - said...

Dalam suka, kdg2 bdepan dgn nestapa. Aku ditikam orang yg punya hati tp mungkin tak berperasaan. Aku ditikam hampir di seluruh anggota. Namun kecederaan itu dah pun sembuh biarpun meninggalkan parut. Doakan agar parut tu takkan robek kembali :) mekasih di atas keprihatinanmu.. :)