Monday, December 1, 2008

Thousand Memories...

Notes: Description of the pictures are from left to right, from top to bottom.

Haa dlm susah payah mengharung banjir, aku tetap nak menunaikan janji aku utk upload gambar2 sepanjang konvo adik aku, trip g tgk Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) & jenguk2 ke Istana Budaya (IB).

23hb, Istiadat Konvokesyen UiTM di Shah Alam.

Aku sekeluarga sampai seawal jam 8pg. Adik aku, Yatie, cepat2 pakai jubah [penat aku jd mak andam! huhu] & masuk ke dlm barisan utk perarakan masuk graduan. Juz on time! Mak & abah sempat masuk ke dlm Dewan Sri Budiman utk menyaksikan sendiri Yatie terima ijazah. Banding masa diploma dulu, mak abah tgk kat skrin je sbb sampai lewat. So x sempat nak masuk dewan utama plus dewan utama dah penuh.

Haa tgh2 queue pun sempat lg posing amik gambo hehe standard laa tu. Aku pun wat gak ;P Yatie penerima ijazah yg ke 50++ so aku standby je nak amik gambar & hasilnya, leh tahan laa wpun amik gambo kat skrin tv jek haha Dlm kul 11 semua graduan keluar & bercempera ibarat anak ayam duk carik2 ibunya. Bila dah jumpa, hah amek ko dpt bunga x muat tangan! Ekekeke jeles2!! Aku konvo pun x dpt bunga byk2 camtu huhu tulah, blajo ngat jauh2.. Tu lom lg kat oversea hehe :P

Lepas tu cam bese laa kan, sesi bgambar2 ni. Kat dlm UiTM S Alam tu xde laa port yg plg menarik selain drp Laman Kenangan Budi [if I'm not mistaken]. Siap btukar2 bunga lg hahaha Yg anak2 sedara aku pun tumpang posing sama, pinjam bunga2 mak chik :D Mak Lang pun enterprem sama mengabadikan kenangan (gambar bawah) ;)



As usual, klu x amik gambar studio cam kurang laa skit meriahnye kan? So kat situ gak beratur panjang2 utk amik gambar. Sibbaik ari x panas terik. Juz mendung & hujan turun renyai2 skit. Dah tgh hari baru nampak matahari terik skit. So bergambar sakan jugak laa Yatie dgn 'UiTM Segamat' dia [tempat dia amek diploma], pun x lupa bgambar kat Fakulti Pengurusan Perniagaan, school dia kat sini. Sakan2.. :D Agaknya, esok2 aku konvo ada meriah cani x?? Hehe tibe2 rasa x sabo2 nak sarung jubah maroon.... :)

Dah puas amek gambar sana sini, baru sedar perut kosong. Dah bebunyik2 dah pun. Terus gi lunch kat Rasa, Alamanda Putrajaya around 3 ptg huhu Sibbaik makan heavy breakfast pg td :D Masa duk tunggu segala ibu2 & bapa beli makanan utk anak2 kecik ni, diorg pun sempat posing penuh bergaya hahahaha Kali ni pinjam topi mak chik pulak. Sweet! :D
.
Klu sebelum makan tu masing2 wat perangai dek lapar, dah kenyang pun derang wat perangai gak. Hiperaktif gitu!! Tgk budak2 ni.. Dgn mesin yg rosak pun leh wat aksi macam2 hehehe Cayalah!!! ;) Pas kenyang sume, gerak plak gi Dataran Putrajaya. Bersambung lg sesi bergambar2 ni rupanya haha Yg jd mangsa x lain, aku laa tu! ;P Xpe, esok2 giliran adik aku pulak jd cameraman hik2

Walla!! Aku paling suka gambar nih. Cantik siot! Rasa cam nak gak snapshot cani dgn aku di dalamnya hehehe Tp apakan daya, wpun dah disuruh, tp hasilnya tetap x sama huhu Tak dapek den nak nolong...

Stakat nak bergambar dgn mak abah je xde masalah rasanya. Tp bila nak amek gambar ramai2 campur lak ngan budak2 kecik ni, mak aih punye laa payah!! X reti nak duk diam!! Sorang x pandang kamera laa, sorang x senyum laa huhu macam2 laa kerenahnya.. Agaknya sume pun dah penat. Dr pg x rehat2 & x tido siang. Tu yg masing2 dah x larat nak posing hehe Kecoh! :D

Ni pun antara gambar yg aku sgt suka.. :) Slack skit je bila ada 2 org yg x pandang kat topi huhu but still nice!! Suka2!!! \(^-^)/ Last2, kul 8 malam baru sampai rumah dlm keadaan yg KELAPARAN!! Hahahaha ;P

Selain drp ucapan tahniah dr aku utk Yatie, x lupa ucapan tahniah aku buat Eppy, teman satu skolah masa kat SMSPP. Terserempak secara x sengaja kat tangga masa dia tgh queue nak masuk dewan. Pas abis majlis, sempat jumpa famili dia skali hehe Konvo aku nnt dtg pulak tau?! Hehehe
.
.
24hb, Dewan Filharmonik Petronas KLCC

Berkumpul jam 2.30 ptg, dpt tiket masuk & get ready utk tgk show kul 3 ptg :) Lets go to the concert hall!!

'Viennese Gold', performance yg berlangsung selama 2 hari. Hari ni hari yg penghabisan. Orkestra hari ni di bawah pimpinan Mr Carlos Kalmar, manakala pionist jemputan ialah Mr Cyprien Katsaris. Show break around 4.05-4.25 ptg so masa tu agak ramai jugak laa yg menyerbu Mr Cyprien Katsaris utk membeli cd & mendapatkan autograf drp beliau. Yg kitorg2 ni tgk dr jauh jelah hehe Masa pria2 idaman seMalaya ni amik 'oksigen', bgambar2 laa jugak. Pun sempat bergambar dgn salah sorg pemain violin MPO yg x aku tahu namanya :D Show abis kul 5. Then kitorg ramai2 diturunkan kat Mid Valley Megamall utk jalan sampai kul 10 mlm huhu
.
.
24hb, Istana Budaya Kuala Lumpur
.
Pagi2 dah get ready+check out drp Kolej Kediaman Ke10 Universiti Malaya. Destinasi seterusnya, Istana Budaya. Dlm kul 9 pg jugak baru bertolak.
.
Pas sarapan kat2 ngan Titiwangsa, kul 10.15 sampai kat IB. Disambut beberapa staf IB & terus ke sebuah dewan utk taklimat pendek bkenaan IB, organisasinya, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) serta diselangselikan dgn persembahan pendek drp pemain2 utama OSK sendiri. Very amazing performance!! Sayang aku terlepas tgk performance drp string group.. huhu
.
Then, ada skit taklimat ttg pengurusan konsert oleh En Bahizal Abu Bakar. Pendedahan & ilmu yg sgt penting utk memastikan kelancaran sesebuah program juga konsert :)

Abis sesi taklimat, kitorg dibawa masuk ke dlm Panggung Sari. Mula2 masuk kat area backstage. Sempat laa tgk pelakon2 cilik tgh berlatih utk teater Sinbad yg akan berlangsung x lama lg. Pun tgk props2 serta stage yg boleh ditukar2 & diangkat. Teknologi yg mengkagumkan!! :) Sakan jugak laa masing2 bergambar termasuklah aku heheh Tp xleh upload byk2.. Takut nnt pihak IB marah ;)
.
Ni tangga menuju ke tempat duduk tingkat atas Panggung Sari. Papan iklan teater P Ramlee The Musical pun ada lagi. Hmm tiba2 rasa cam semangat nak dtg tgk Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) bulan 2 @ 3 tahun depan. Ada sape2 nak join?? :D Tp aku dgr cite, tiket PGLM sgt susah nak dpt apelg klu beli online. Hrp sgt leh tgk...

Sebelum berangkat pulang, kitorg dpt souvenir drp pihak IB. Pun aku sempat beli selai t-shirt IB & dvd teater Ali Baba Bujang Lapuk The Musical yg pernah dipentaskan kat IB lakonan Aznil Nawawi dulu. Mungkin sikit sebanyak dipengaruhi teater ABBLTM yg aku penah tgk kat Taman Budaya Kuala Ibai, KT awal tahun ni. [Refer entry Quick Update] Apepun, semua ini meninggalkan 1001 kenangan yg aku xkan lupakan!! \(^-^)/



2 komen:

:: !zyan :: said...

owh nak tgk PGLM3 eh. Feb09. Pi la tengok. Aku tgk yg 1st dulu. Tiara buat duit btol...sampai version 3 dah.

Aku plan nak tgk sinbad tu. mmg suke tgk teater kanak2. very entertaining =)

- just me - said...

Haah.. Tibe2 rasa nam excited nak tgk teater PGLM. Klu dah masuk kali ketiga & dpt byk pujian ramai, mmg best laa kan? Best x mase yan tgk PGLM dulu?

Eii best laa yan leh g tgk teater slalu. Dekat je ngan IB. Kat KT ni jarang2 leh tgk teater huhu nway enjoy urself tgk teater sinbad nnt! :)