Monday, March 8, 2010

Hari2 Dapat RM 100..!

Kebelakangan ni org duk sibuk2 dgn 'Login Facebook Dapat RM 100'. Huihh.. skali login RM 100. Dua kali, RM 200. Tiga kali? Klu login tiap2 hari, seminggu RM 700. Sebulan? Setahun?? Fulamak.. Kaya tu! Kalah org keje gaji tetap!

Yes, it is tempting. Bukan sikit ganjarannya. Kecil pulak usahanya. Login Facebook (FB) tak sampai 1 minit dah dpt RM 100. Lumayan kan?

Tapi...

Just wondering.. Dari mana datangnya RM 100 tu? Siapa yg beri? Sumber mana? Organisasi mana? Siapa yg funding?

Tu semua soalan penting.. Tp tak semua org tertanya2 soalan tu sbb mata dah kelabu dgn RM 100. Yelah, zaman skrg ada duit semua jadi. Ada duit semua boleh buat. Nak masuk tandas awam pun 30 sen dah skrg.

Kenapa soalan2 di atas penting? Sbb duit yg kita dpt tulah yg akan kita beli makan minum. Beli barang2 utk guna pakai. Klu makan minum, terbentuklah darah daging yg kita nak bawa ke akhirat sana dgn sumber yg syubhah maupun haram. Klu beli buku2 atau alat tulis skolah anak2 nak belajar, agak2 berkat ke ilmu yg anak kita pelajari di sekolah.. Kita beli minyak kereta, agak2 berkat ke kita nak pergi kerja utk mencari rezeki demi keluarga tercinta..

Berat.. Berat.. Tawaran lumayan rupa2nya jerat paling mudah menjerumuskan kita ke jalan songsang. Usaha yg sgt mudah utk menjana wang rupa2nya menyediakan balasan yg sgt berat utk kita, umat Islam umumnya.

Tak perlu aku kupas panjang lebar kerana di website berikut ada diterangkan serba lengkap huraian ttg persoalan yg aku utarakan ni: Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100.

Notes: Maaf kalau ada yg tersinggung kiranya pendirian & pendapat bertentangan dgn penulis. Sekadar peringatan & renungan bersama. Jgn sesekali menggadai pegangan & agama hanya utk kesenangan hidup di dunia yg seketika cuma. Sharing is caring...

2 komen:

iDAN said...

samalah dengan iklan di blog... abg pun ada tempelkan iklan tersebut, bebaru ada syarikat susu tempatan call abg katanya nak bagi semple susu... sampai sekarang tak dapat pun...

pun tempelan tersebut telah hampir setahun masih tak sampai RM20, katanya telah RM50 ke atas baru boleh klim duit.. emm! betul ke

aku memang tak suka klik FB kalau pun ada dua akaun tak tahu pun nak guna FC itu.

- just me - said...

abg iDAN,

skrg ni dah mcm2 cara nak perdayakan org ramai.. umpan ajelah dgn lambakan wang, pasti tergugat iman & pegangan serta mengaburkan pertimbangan.

org kata, sometimes we learn it the hard way. tp ada sesetengah org, dah byk kali melalui keadaan yg sama tanpa apa2 pulangan pun, mereka tetap 'buta' seperti golongan2 yg gilakan no ekor & loteri ni. rasanya klu duit yg mereka guna utk beli tiket tu dikumpulkan, ada juga tabungan.

tp tak semua salah & songsang. yg penting kita perlu teliti & pertimbangkan sumbernya, alirannya dan sebagainya agar apa yg kita peroleh itu tidak menjadi perkara yg boleh dipersoalkan kelak.