Monday, March 1, 2010

Ke Sana Ke Mari...

Hmm bila ada hari duduk kat rumah, tak keluar2 langsung sampai tak terpanah mentari. Bila dah keluar, sehari suntuk pulak ke sana ke mari.. Hehe

Semalam, aku keluar temankan kakak aku ke majlis akikah anak kawannya di Putrajaya lepas 5 hari bekerja hanya terperap dlm rumah. Keluar tak keluar pun jemur kain baju & buang sampah aje. Usai majlis, dlm jam 3.30 ptg kami ke Alamanda. Nak carikan kasut sekolah Lala yg dah ketat bila dipakai. Ingatkan awal tahun hari tu tak perlu diganti baru, tp tumbesaran budak 8 tahun mmg tgh nak naik agaknya.. :) Dapat laa 2 pasang kasut lepas ke hulu hilir cari pattern kasut yg berkenan. Pulang sekitar 6.30 ptg. Anak2 sdara aku aktif kemain tgk brg yg dibeli tadi, mama & mak lang dah terduduk keletihan haha

Hari ni pulak, seawal jam 9.30 pagi aku & kawan2 aku (Ain, Una & Didi) dah bertolak ke Negeri Sembilan. Destinasi yg dituju: Rembau utk menghadiri undangan perkahwinan kawan kami juga yg sama2 belajar di KUSTEM dulu. Aszram aka Apeng dah selamat mdirikan rumahtangga dgn pilihan hatinya dgn skali lafaz ptg Jumaat lepas. Dgn warna tema biru firus, berseri2 betul pasangan pengantin sambil tak lekang memenuhi permintaan ramai utk bgambar. Haha merasalah cramp pipi 2 3 hari ni dek senyum aje :D Tp lauk & nasi beriyani/minyaknya sedap betul. Kenyang kami makan! Hehe

Jam 3 beransur pulang tp singgah pulak kat Nilai 3. Dalam sejam mcm tu, kitorg dah bergerak pulang ke Bangi. Then kitorg lepak kat kedai sambil minum2 & bsembang. Maklumlah, masing2 susah nak dpt peluang bkumpul skali bila dah kerja ni. Kdg2 masa kenduri kawen laa kesempatan terbaik utk bkumpul seramai yg boleh utk update cerita maupun sekadar mengimbas kenangan lalu zaman2 blajar dulu.. Manis! :D

Sembang punya sembang, kul 9 lebih jugak aku sampai ke rumah dihantar oleh Ain. Hehe.. Mekasih Ain, jasamu dikenang :D Esok ingatkan nak keluar jumpa Cik Syaza tp nampaknya tak jadi sbb dia berhalangan. Hmm jadinya aku akan pulang ke Temerloh laa esok. Dah 2 minggu dah kat sini. Nanti bising pulak mak aku hehe So pd teman2 yg dah bjanji nak jumpa tp belum tertunai, maaflah. Langkahku terbatas kali ni. Mungkin di lain kesempatan, insyaAllah..

Mohon diri.. :)

2 komen:

iDAN said...

Jauhnya dia berjalan,

Sehari sebelum tu abg ada di Rembau makan di gerai Bongek. Pastilah masak lemak cili padi!

Agar rakannya Firus & pasangan akan bahagia selalu, pun kekal ke anak cucu.

- just me - said...

abg iDAN,

rakan saya Aszram namanya tp lebih selesa digelar Apeng. Warna persalinannya yg biru firus, abg terlepas pandang agaknya :)