Sunday, March 21, 2010

Sakan!!!

2 hari ni aku bjalan sakan!! Hehehe

Jumaat baru2 ni, aku ke KLIBF 2010 kat PWTC. Naik bas dari Temerloh jam 8.30, sampai kat PWTC lebih kurang jam 10.45 pagi. Huuiii daripada stesen LRT PWTC lagi dah nampak ramai org berpusu2 ke sana. Kiranya aku, kakak aku & 2 anak2 sdara aku antara pengunjung yg terawal laa sampai hehe..

Kali ni KLIBF buat sistem jalan sehala. Semua kena turun gi Dewan Tun Razak 2 dulu, baru boleh masuk ke Dewan Tun Razak 3. Pronya, bagus laa utk elakkan kesesakan lalulintas daripada pertembungan 2 hala. Kontranya, bila dah masuk ke DTR3 & kalau nak cari semula buku yg hanya ada kat DTR2, kena bermula semula laa ikut main entry huhu penat laa skit.. Nak2 pulak DTR2 tu nun jauh ke bawah di seberang sungai sana. Kalau org tak ramai takpe, ni tambah pulak org ramai hehe.. Mmg dah tak sanggup patah balik carik buku tu..

Tak banyak mana novel yg aku beli, antaranya 9 Nyawa (Ramlee awang Murshid @ Alaf 21), Mengintai Cinta Khalifah (A. Ubaidillah Alias @ PTS), Sherlock Holmes - Wira Kota London (Sir Arthur Conan Doyle @ PTS) & Nama Atas Kertas (Nasron Sira Rahim @ Jemari Seni). Aku cari2 jugak novel Cinta Sufi, buah tangan terbaru Ramlee Awang Murshid tp sayangnya majlis pelancaran novel tu hanya akan dilancarkan pada 28 Mac nanti huhu.. Tak tau laa nak pergi lagi ke tak...

Pun aku beli beberapa keluaran majalah Solusi dari Telaga Biru sbb kandungannya yg sgt bermanfaat & 2 isu malajah O (majalah milik Oprah Winfrey) dgn harga RM3+ sbb beli 3 majalah hanya dgn harga RM10! :D Asalnya aku ada jugak nak beli buku2 penyiasatan Salma (Nancy Drew) terbitan Fargoes sbb harganya cuma RM 0.50 sebuah, tapi sbb dah keluar dari DTR3 dan tak boleh patah balik, aku lupakan je hasrat aku tu huhu

Dlm jam 4.30 ptg kami dah berada dlm bas utk pulang semula ke Temerloh lepas insiden menunggu lebih setengah jam bas rosak Syarikat X yg lambat sampai tp tak diberitahu kpd kami.. Kena pulak yg jaga kaunter tu boleh buat2 muka & mcm layan tak layan je bila kami tanya lambat lagi ke bas nak sampai. Hangin betul! Huh adventure gila hari ni!!

Hari Sabtu (smalam) pulak aku ke KL lagi. Jadualnya naik bas kul 11 pg tp bas sampai lewat 15 minit, so 11.20 pg baru bas jalan. Sampai2 aku kat Pekeliling, cepat2 naik LRT ke Masjid Jamek & transit naik Putra LRT ke Setiawangsa dgn beg berat aku haha.. Rushing gila aku sbb member2 aku, Berry & Nik dah tunggu kat hentian Setiawangsa tu. Akhirnya sampai jugak dgn segala susah payah & bertolaklah kami ke Selayang.

Plan nak gi kenduri kawen Pah (nama sebenar Sharifah Nur Herdawati), member satu praktikum @ kelas masa sama2 blajar kat matriks Kuala Pilah dulu dah lama. Dari bulan 1 lagi! Asalnya mcm dlm 7-8 org jugak laa nak pergi. Alih2 4 org je yg pergi. Itupun kitorg bertiga tak sempat nak jumpa Aida yg datang awal dari kitorg sbb dia dah balik dek ada urusan lain...

Apepun, seronok sgt dpt jumpa Pah, Berry & Nik. Yelah, kitorg lepas keluar drp matriks tak jumpa2 sampai ke hari ni. Dah dekat 8 tahun dah.. :) Lepas makan2 & jumpa Pah semua, aku, Berry & Nik gi sambung sembang2 kat Rasa, Alamanda Putrajaya. Hehehe sakan2!! Macam2 cerita, asyik gelak2 je.. Paling manis bila kitorg imbas semula kenangan2 lucu masa blajar kat KMNS dulu. Cerita pasal budak tu, cerita pasal cikgu ni, cerita pasal hantu karipap pun ada! Hahaha..

& sebagaimana biasa, bila ada pertemuan pasti ada perpisahan.. Lebih kurang kul 7 kitorg mbawa haluan masing2. Huu sedih wpun hepi sgt2 dpt jumpa.. Berry gi hantar Nik ke UPM sbb Nik nak balik Melaka pulak, & aku dijemput kakak aku sbb Isnin & Selasa ni kena babysit anak2 sdara aku as kakak aku ada kursus kat Nilai nanti. Plus hari Khamis aku dah plan dgn Farah nak gi tgk baju pengapit kat Shah Alam. So sekali harung ajelah.. Hehe..

Hari ni, aku duk umah je.. Satu badan lenguh2 & sakit2 dek bjalan sakan 2 hari ni haha So ada byk yg aku nak kena settlekan lagi ni. Curi2 jap update belantara jiwa :) till then!

Notes: gambar2 takde sbb digicam aku tak berbateri & gambar2 dr handphone tak boleh nak transfer ke laptop sbb softwarenya dah hilang masa laptop aku reformat baru2 ni...

4 komen:

Anonymous said...

salam buat saudari dibelanatra jiwa,sudah lama agaknya hamba tidak singgah disini :),hamba tertarik dengan novel cinta sufi yang saudari cari tu,rasanya hamba sudah pun membacanya tetapi bukan dari penulis yang saudari inginkan itu tetapi dari seorang penulis yang sudah berusia :),didalam novel itu ada tertulis"manisnya bila bercinta dengan maha pencipta tetapi terlalu pahit kiranya berpisah dengannya"tak mahu berpisah dengannya walau sedetik cuma,itulah agaknya hakikat bercinta dengan maha pencipta,dia tidak pernah meminta malah selalu memberi tanpa mahu balasan,nikmatnya tidak terkira bila bersama dengan dia :).itulah antara kata-kata yang tertulis didalam novel tersebut.Mungkinkah sebenarnya penulis sudah sebati menyintai maha pencipta....

iDAN said...

adoi! bznya dia, jadualnya ketat sambung bersambung;

...pernah pergi sekali sahaja ke pesta buku itu, teman Eris dia nak cari bukan rujukan mengajar. Pun sempat belikan novel buat Kak Mila, saya ini tak suka baca lambakan novel kini. Ada baca satu dua novel bila habis jiwa ini memerontak tak setuju dengan moral cerita & susun bait kata-kata di dalamnya.

- just me - said...

Anonymous:

mmg dah lama tak nampak saudara singgah ke sini.. barangkali punya banyak urusan lain. ttg buku Cinta Sufi yg saudara baca tu menarik sekali bunyinya. kalau sudi pinjamkanlah pd saya atau sekurang2nya ceritakan serba sdkit kandungan buku itu pd saya ya? :)

- just me - said...

abg iDAN,

hehe sesekali abg iDAN, kalau dah berjalan tu hari2 ada je plan nak buat. tp selalunya pulak bila dah hari tak keluar, sampai seminggu terperap di rumah :D

saya pun skrg dah beransur2 kurang beli novel yg byk di pasaran. entah kenapa saya rasakan jalan cerita atau plotnya hampir sama. sbb tu novel yg saya beli lebih pd suspens thriller mcm karya2 ramlee awang murshid & novel cinta islamik mcm karya A. Ubaidillah Alias.

usia berubah, pemikiran berubah.. lalu citarasa & kehendak turut berubah. mungkin itu tanda kematangan & kedewasaan :)