Semuanya bermula 3 minggu lepas. Hp aku tiba off & on smula dgn sendirinya tiap2 kali nak hantar sms. Sudah2nya sms tak terhantar2, tepon aku pulak yg duk on-off memanjang.. Bila ke kedai, rupanya ada masalah pd software telefon. Memaksa aku reformat semula software pd hp. Bila dah amik smula tepon, ada pulak masalah lain. Semua sms2, mms2 & phonebook dlm tepon aku hilang kesemuanya! Huhu.. Wpun ada beberapa nombor yg terselamat sbb aku save dlm simcard tp lebih drp 80% nombor2 penting dlm phonebook tak dpt aku nak carik & mintak semula drp tuannya sampai skrg.. :(
Itu cuma mukadimah bg minggu2 seterusnya yg sgt kritikal dlm hidup aku. Kritikal dlm menyiapkan tesis terutamanya. Klu sbelum ni aku edit tesis sikit2 je dlm sehari, 3 minggu lepas aku hadap pagi-ptg-siang-malam wpun dah nak muntah & pening2 mengadapnya. Tp aku gagahkan jugak diri utk siapkan, x kira laa hari raya ke, hari minggu ke.. 3 minggu yg lepas semua hari sama jek huhu
Awal 3 minggu lepas aku ada kat KT. Tp dek hujan hari2 & mandi pagi pun mcm mandi dgn air yg berais sampai aku pun rasa badan dah nak demam, aku pulang ke Temerloh lepas seminggu lebih. Sibbaik sebelum tu hujan rehat 2 hari, sempat laa air surut & bolehlah aku balik kg tanpa rasa takut2 jalan tutup sbb air naik.
Itupun pjalanan yg biasanya amik masa 5-6 jam dah jadi 7-8 jam sbb hujan yg tak henti2 sepanjang jalan. Bukan hujan takat ‘manja2’ punya tp standard ‘ngamuk2’ tau?! Lebat betul hujan drp mula aku nak kuar KT sampai laa ke Maran baru hujan teduh. Merasa laa aku drive dgn tak diiringi hujan sampai ke rumah. Elok2 habis aku punggah barang2 masuk dlm rumah, hujan turun selebat2nya. Alhamdulillah perjalanan aku selamat wpun beberapa kali kereta aku ‘tergelincir2’ dek air yg merentas jalan kat LPT tu huhu merbahaya...!!
Mcm aku kata tadi, Raya Haji tahun ni jadik sama je mcm hari2 lain dek tekunnya aku mengadap & mengedit tesis. Yg bestnya bila adik, kakak & anak2 sedara aku ada balik. Rumah yg senyap sunyi jadi riuh betul! Tp aku paksa diri memerap dlm blk menyiapkan kerja aku huhu Teringat laa pulak kecik2 dulu masa pagi Raya Haji, dlm kul 9-10 aku & adik aku bkejar pergi ke surau sbb nak tgk lembu kena sembelih hehe pastu tutup mata sbb tgk darah memancut2 kuar dr leher lembu tu huhu Skrg semua tinggal kenangan.. :)
Dalam pd sibuk2 berhari raya, aku & adik aku buat operasi. Operasi mengemas & memilih semula mana2 brg yg perlu disimpan, dikitar semula, dijual atau ditongsampahkan. Tiga hari kitorg mengemas. Penat! Wpun mak aku bising2 sbb kitorg kemas & buang byk brg, tp hasil akhirnya sgt memuaskan. Seronok tgk bilik dah kemas & tersusun instead of berdebu tak hengat sbb dah lebih 5 tahun tak berusik!!
Hasil akhir, memuaskan! Takde gambar sebelum nak letak, klu ada pun tak sanggup & malu nak tunjuk hehe
Yg bestnya bila dah bongkar & selongkar brg2 & kotak2 lama ni, terjumpa mcm2 benda yg mengembalikan nostalgia lama. Plg byk hadiah2 harijadi & farewell masa zaman skolah menengah dulu. Dah dekat 10 tahun tu.. Kagum bila rupa2nya aku simpan lagi hadiah2 tu semua hehe ni antara brg2 yg ada sentimental value dlm simpanan aku selama ni..
Hadiah besday tahun 1998 konon2 pakwe kasik laa haha ;P
Ni koleksi hadiah2 besday tahun 2001-2002
Ni plg aku sayang, hadiah kelas tahun 2000 masa blajar kat SMSPP.. :)
Then, 2 hari lepas hari raya (Ahad, 29hb), seorg lg teman rapat aku bertunang. Ya Cik Farah, majlis ko sgt meriah dah ala2 kawen dah pun hehehe Apepun tahniah & aku doakan semuanya akan selamat & berjalan lancar sampai laa ke hari bahagia korang tahun depan :D
[Candid!!!] "Oooohh jangan2..!!"
Atas: masa tgh sarung cincin
Bawah (kiri): Bgambar dgn Miss Farah hehe
Bawah (kanan): Miss Farah, Mr Fiancee & family.. Siap praktis pegang anak dah ekekek
My favourite pics, & hers too! ;)
Haa wpun aku duk sibuk2 mengemas, pergi majlis pertunangan member aku & lepak2 ngan dia bagai, tp bila malam je aku akan balik tercanguk depan laptop aku. 3 malam terakhir aku tido kat2 kul 2 pagi berturut2. Lambat masuk tido pun ye, takleh tido pun ye. Last entry aku baru2 ni pun aku post masa aku tgh terkebil2 tak leh tido laa tu. Padahal penat & lenguhnya badan jgn cakap la. Tu lom campur penat guna fikiran. Sibbaik aku tak flat.
Yg plg best punya laa aku duk mikir ttg nak edit tesis aku tu, sampai termimpi2 aku dibuatnya!! Bila bangun & teringat pasal mimpi tu rasa penat ada, kecewa pun ada. Yelah, ingat nak tidur & rehat yg bkualiti, sekali dlm mimpi pun kena ‘buat kerja’. Yg jadi penat & kecewa tu sbb bila bangun & sedar tadi aku mimpi je, kena buat pulak laa skali lagi nak bagi siap betul2.. huhu.. Dasat tak dasatnye penangan nak edit smula tesis ni!!
Apapun, smalam adalah kemuncak segala2nya. Dari pagi aku keluar. Mula2 gi jumpa dentist sbb gigi aku dah ngilu2 dek gusi yg dah terhakis, pun gi tampal gigi yg dari bulan lepas lagi dah sakit tp aku duk tangguh2 je nak jumpa dentist. Sejam setengah jugak aku kat situ, yelah dah brapa tahun dah aku tak servis gigi aku. So alang2 dah gi jumpa dentist tu skali harung laa cuci2 segala karies & karat2 kat gigi hehehe Uhh terngiang2 je bunyi drill kat telinga aku ni.. Ngilu beb!
Settle bab gigi, aku g print & binding tesis aku. Sibbaik skrg musim tengkujuh & cuaca tak menentu, so supervisor aku suruh aku pos je tesis. Dia dah semak nanti baru laa aku kena gi mengadap dia. So dekat2 kul 1 jugak le baru tesis aku selamat diposkan menggunakan perkhidmatan pos laju. Terima kasih Pos Malaysia! :D [Rugi tak amik gambar envelope tu, klu tak leh letak kat sini hahaha]
Sebelum balik umah, sempat laa aku menyinggah survey maxis broadband. Yelah kalau nak jadi blogger yg aktif lagi produktif tapi takde broadband atau streamyx kat umah, alamatnya blog penuh debu & sawang jelah [dah namanya ‘laman sesawang’ ye tak? hehe] Takdenye aku rajin nak update blog guna tepon je. Mahal satu, nak taip guna keypad tu aduiiii laaa tak rajin laa.. Klu ada tepon canggih2 yg ada keypad ala2 keyboard tu takpe laa jugak kan hehe..
Lgpun terasa jugak susahnya masa aku nak edit tesis aritu, nak semak atau refer mana2 artikel susahnya laa.. Kalau ada internet senang, terus je gi sciencedirect.com! So aku dah jumpa pakej yg aku rasakan menarik. RM48 dgn quota access 1.5GB sebulan dgn introduction fees RM100 kira ok la. Try online kat umah pun laju je. Yg penting affordable, wide coverage area & flexible utk aku yg sekejap kat KT, jap kat Temerloh, jap2 kat Bangi ni :D
So aku menjangkakan yg malamnya aku akan tido lena sbb satu beban besar dah terlepas seketika dari bahu & fikiran, sayangnya jangkaan aku meleset sesgt. Seawal jam 8 malam aku dah sakit kepala. Rasa berat je. Tp aku tak hiraukan sgt. Elok2 aku nak masuk tido kul 11 tu, tiba2 aku rasa sakit kat kepala aku semua tertumpu pd kedua2 kening & tengah2 dahi aku. Aku rasa klu aku tunduk sikit kepala aku, tak mustahil aku boleh tersembam terus! Lama jugak rasanya aku terbaring dgn rasa sakit yg amat sgt sampai entah bila masanya aku tertido pun aku tak sedar...
Pagi ni aku bangun dgn sikit je sakit kepala yg masih bersisa, alhamdulillah. Tapi termuntah pulak lepas makan pagi. Agaknya badan & fikiran aku terlalu penat menyebabkan sistem dlm badan jadi tak stabil. Pun mungkin hambatan rindu yg melanda buat aku jadi tak menentu. Harap2 aku boleh dapat rehat yg baik & cukup lepas ni utk pulihkan semula keadaan diri aku sbb byk lagi perkara yg aku kena buat & sediakan.
Moga setiap langkah & nafasku diiringi rahmat & redha dariNya...
8 komen