Friday, November 9, 2007

Some New Progress..

Alhamdulillah.. Abah dah keluar drp hospital Serdang. Walaupun bukan discharged & dikira 'bercuti' seketika, tapi sekurang2nya abah boleh keluar untuk menghirup udara segar & menikmati terik pancaran mentari di celah2 awan musim tengkujuh :)

Semalam pihak HUKM dah telefon beberapa kali mintak abah segera dimasukkan ke wad untuk meneruskan prosedur memasukkan kamera ke dalam paru2 abah. Tp selepas berbincang anak beranak ttg pro & kontra consequences drp rawatan tersebut, akhirnya kami sepakat utk menolak rawatan tu sekaligus tidak lg meneruskan sebarang rawatan perubatan secara saintifik.

Bukan apa, doktor2 semuanya dah bingung sbb ketiga2 kemungkinan (pneumonia, TB & kanser) dah pun di'eliminate' hasil drp test result yg semuanya negatif. Result drp CT scan yg abah buat Isnin lepas pun semuanya clear. Utk pengetahuan, a CT scan result showed 94% sensitivity & 97% specifictivity [S. Yilmaz et. al, 1998]. So, bile result CT scan is completely clear, hah manelah doktor2 tak naik pening!!

Kes abah dikatakan unik sbb tak pernah berlaku pun dlm sejarah perubatan paru2 berair, hasil semua test adalah negatif. Malah xde langsung kes2 terdahulu yg boleh dirujuk. So, memasukkan kamera tu hanya salah satu cara utk meneruskan rawatan sdgkan apa & di mana nak dicari pun doktor2 tak tau.. Huhu..


Bukan menolak kecanggihan perubatan melalui kaedah saintifik, namun jika sbrg rawatan yg diteruskan slps ni hanya lah sbhgn drp eksperimen, sungguh aku x rela abah jd bahan ujikaji!! & aku yakin, sape2 pun xnak ahli keluarganya jd camtu. Skrg, kitorg sekeluarga sepakat utk cuba kaedah perubatan alternatif @ tradisional. Mana tahu penyakit abah boleh sembuh melalui cara tu. Lgpun, kita disaran utk berusaha dgn pelbagai cara kan? :)

Semoga tuhan merestui & merahmati tiap langkah & usaha kami. Sesungguhnya yg baik & yg buruk itu dtg drp Allah.. dan daripada Allah kita dtg, kepadaNya jugalah kita akan kembali.. Wallahua'lam

4 komen:

kyora said...

owh dear! i meant to call u to ask about pokcik yahya, tapi aku asyik terlupa aje. glad pakcik dah keluar hospital. insyaallah, sihat dan selamat semuanya nanti. n harap ayah zuet pun begitu juga hendaknya! take care ija! i miss you bebeh!

- just me - said...

aku harap pun gtu laa jugak.. esok nak ke hospital serdang smule utk dptkan the latest info for final conclusion. hopefully everything will be fine..

ayah zuet still warded & baru pas masuk OT utk cuci lg usus die yg infected. so far stabil laa..

ko pun jaga diri gak k? miss u 2 :)

Anonymous said...

salam...alhamdulillah sudah keluar...harap2 terus sihat walafiat...

so kapan mau kembali ke sini...arini ada meeting tau...hehe..

k, tc...

tinta

- just me - said...

hmm ayah aku still belum sembuh sepenuhnya. mcm yg aku gtau, punca paru2 ayah aku berair still xtau lg. ni pun baru blk dr medical check up kt serdang, bila xray paru2 ayah aku berair smule...

bile nk blk trganu? nape? ade sape2 rindu kt aku ke? hehehe

haa sebut pasai meeting, pe cite meeting agaknye ye... k, tc too.. :D