Dlm peningkatan usiaku ini, makin kerap dpt soalan cepumas.. "Bila nak kawin?" Biasanya aku akan tergelak dgn soalan tu :) Bukannya lucu tapi... Hmm.. Ntah laa..
Kawan2 seusia & yg pernah seangkatan dgnku baik di sekolah, matriks mahupun di KUSTEM dulu dah ramai yg mdirikan rumahtangga. Bahkan junior aku yg belum abis study pun dah nak kawin dah bulan depan. Aku tak cemburu. Aku tumpang bahagia. Juga mendoakan kalian sentiasa bahagia & kekal dgn pasangan masing2 hingga ke akhir hayat.. :)
Dulu.. Aku pernah mengimpikan utk menamatkan zaman gadisku secepat yg mungkin. Hasratku, biarlah mak & abah pergi dgn tenang pabila mereka menutup mata kelak. Sekurang2nya mereka dah terlebih dulu kenal dgn 'suamiku' & lega kerana tau nanti dah ada yg boleh menjagaku. Maka aku impikan juga seorang lelaki yg boleh mbimbingku di dunia & akhirat, mampu menyayangiku setulus hati walau apapun kekuranganku hingga ke akhir hayat, & yg plg penting dpt mengambil/mjaga hati kedua ibubapa serta keluargaku..
Tp itu dulu....
Sekarang tidak lagi..
Kenapa?
Kerana aku perlu lebih realistik. Hidup ini tak semanis mimpi. Pun tak seindah impian. Kalau harapan terlalu tinggi melangit, kelak kekecewaan yg singgah akan lebih menyakitkan. Itu yg aku pelajari lewat beberapa tahun kebelakangan ini. & sebagaimana diriku, 'si dia' juga tak mungkin sempurna. Apatah lagi sesempurna impian & hasratku..
Kini impianku telah berubah...
Aku bukannya inginkan seorang 'suami' yg memiliki aku, tapi yg ku mahu adalah seorang teman yg boleh aku kongsikan apa saja dgnnya serta menemaniku sepanjang hayat.
Aku bukannya inginkan seseorang utk menjaga aku, tapi yg ku mahu seseorang yg sentiasa menyokong serta membakar semangat utk aku terus berjuang di medan peperangan.
Aku bukannya inginkan seseorang utk melindungi aku, tapi yg ku mahu adalah seseorang yg boleh aku jadikan tempat bersandar saat aku lelah & lemah.
Aku bukannya inginkan seseorang yg sentiasa menjaga hati & perasaan aku, tapi yg ku mahu adalah seorang sahabat* yg takkan berdiam diri melihat aku melakukan kesilapan.
Aku bukannya inginkan seseorang hanya utk menemani malam2ku yg sunyi, tapi yg ku mahu adalah seseorang yg boleh kujadikan teman berbicara hingga hari tuaku kelak.
Aku bukannya inginkan seseorang utk memanjakanku dgn harta kekayaan, tapi yg ku mahu adalah seseorang yg memanjakanku dgn usikan2 mesra serta kata2nya yg menyenangkan.
Aku bukannya inginkan seseorang yg mampu memuaskan aku di ranjang, tapi yg ku mahu adalah seseorang yg boleh meredakan kegusaranku hanya dgn kehangatan pelukan & belaian kasihnya.
Aku bukannya inginkan seseorang hanya utk menjadi ayah kepada anak2ku, tapi yg ku mahu adalah seseorang yg mampu menjadi seorang imam utk mengemudi serta memimpin diri & anak2ku ke arah yg diredhaiNya.
.
.
.
Bezanya, dulu aku hanya inginkan seorang lelaki yg bergelar suami. Tapi kini aku impikan seorang lelaki yg boleh menjadi teman, juga seteruku. Tentunya seteru dlm ertikata yg baik. But then, aku perlu lebih realistik... Agak sukar bg seorang lelaki utk memahami & mengerti akan apa yg aku inginkan. & aku juga tak menyalahkan mereka apalagi memaksa seandainya mereka tak mengerti. Yg pasti semua org berhak menyulam impian masing2. Begitu juga dgnku... :)
Begitupun, aku perlu realistik..
Lalu aku hanya mampu memohon daripada tuhan utk yg terbaik buat diriku, keluargaku juga agamaku. Selebihnya aku berserah & pasrah dgn apa jua takdirku....
* Sahabat yg menunjukkan kebaikan kita adalah sahabat yg baik, namun sahabat yg menunjukkan kesalahan diri kita adalah sahabat yg paling baik. [Hukamak]