Manusia ni kdg2 pelik.. Slalu sgt mcemburui kelebihan & kesenangan org lain sedangkan kekurangan & kelemahan diri sendiri tak pernah ditilik, apalagi direnung.. Selain menyimpan iri hati & hasad dengki, tak pernah pulak berusaha utk sampai ke tahap yg mereka2 kecapi. Sering pulak dijeling dgn perasaan sgt tak puas hati, sedangkan kita tak pernah tahu perit jerih serta sengsara yg telah mereka lalui utk smpi ke tahap itu.
Semalam aku disapa seorang teman lama yg dah kurang lebih 3 bulan tak berutus berita..
Dia: How's life?
Aku: Life aku ok.. Cam bese bab study statik je, bab main2 tu best laa hehehhe ko pecite?
Dia: Wah seronoknye! Life aku flat je.. Nnt ko nak main2 lg, boleh laa aku join skali. Nak gak rasa yg best2 tu.. :)
Aku: Alaa best bg aku lom tentu best gak pd org lain.. :) Lgpun hidup ni kan kita yg corakkan. Kita boleh tentukan hidup kita ni ceria & enjoy. Nape nak tumpang ceria & kebahagiaan org lain?
Aku sebenarnya agak kurang faham.. Kenapa hidup kita perlu bergantung pd org lain tuk lebih ceria & bahagia? Mcm yg aku katakan pd temanku, hidup ini kita yg corakkan. Kita bebas melakarkannya dgn warna2 indah pilihan kita. Kenapa harus ditunggu atau diharap pd org lain?
Benar, terkadang kita perlukan seseorang sebagai pencetus inspirasi & kegembiraan dlm hidup kita. Tp takkan selamanya kita perlukan dirinya sbg pembakar semangat bg diri kita. Bagaimana seandainya satu hari nanti dia terpaksa pergi? Bagaimana pula sekiranya dia telah kembali? Lalu bagaimana pula dgn diri kita?
Kerna itu aku tak kata yang bergantung pd org lain itu salah.. Malah punya teman yg seiring sejalan, sehati & sejiwa dgn kita merupakan satu anugerah yg sgt berharga.. Cuma aku kira, semuanya bermula dalam diri. Kita nakhoda, kita yg mengemudikan haluan hidup kita. Mereka2 yg hadir sepanjang hidup kita cuma sebagai penumpang, yang akan dtg & pergi pabila tiba waktunya..
Paling penting, kita perlu yakin & percaya dgn diri sendiri yg kita boleh mengharungi apa jua keadaan walaupun hanya seorang diri. Optimis terhadap diri sendiri, itu yg sedang aku ajarkan pd diriku.. Semoga aku & kita semua berjaya melakukannya :)
Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara sebelum kita kembali pada Yang Esa...