Kdg2 terasa getir utk melangkah lebih2 lg pabila laluan yg dilalui penuh onak & duri yg bisa mencalari.. Benar, jalan menuju kejayaan atau kesenangan xkan ditaburi dgn bunga2 yg indah serta haruman yg mewangi. Namun biar apapun takdirNya, aku akan tetap melangkah selagi terdaya & diizinkanNya..
Aku lebih rela melalui kesusahan & pderitaan berbanding menempuh kebahagiaan & kesenangan.. Kerna, kesusahan & pderitaan itu akan mbawa aku lebih dekat padaNya.. Akan mnyedarkan diriku betapa kerdilnya aku di bawah kekuasaan & kebesaranNya.. Akan melarutkan diriku dlm keredhaan & kepasrahan pd setiap ketentuanNya… Berbeza jika dibandingkan pabila berada dlm keadaan yg selesa.. Seringkali aku kan mjadi alpa & terleka dgn nikmat & kesenangan yg diberikanNya.. Dalam sehari, sejam pun belum tentu cukup utk dihitung lamanya aku msyukuri kurniaanNya.. Kerana itulah aku lebih rela diduga dgn kesusahan…
Bukanlah aku menidakkan kesenangan & kemudahan yg diberikan olehNya.. Namun jika difikir2, direnung2kan semula, aku xkan kemana2 pun seandainya aku terus2an hanyut & terleka dlm keindahan hidup di dunia ini.. Masakan tidak jika sebatang mancis sekalipun belum tentu aku boleh bawa ke ‘alam sana’ kelak!! Sesungguhnya aku xmahu tergolong dlm kalangan mereka2 yg rugi..
Aku bukanlah manusia yg sempurna, namun aku cuba utk mjadi sempurna & berusaha ke arah kesempurnaan itu.. Aku bukannya manusia hebat, namun aku cuba utk memanfaatkan sebaik mungkin setiap kurniaan & anugerah yg diberikanNya kepada aku.. Aku juga bukanlah manusia yg gagah, namun aku cuba utk mjadi cekal & setabah mungkin dlm mharung setiap ujian & dugaan yg telah diperuntukkan buat diriku..
Begitupun aku bsyukur.. Wpun aku tidaklah sepopular Siti Nurhaliza apalagi seglamour Britney Spears, namun aku masih mendapat perhatian dari ‘paparazzi2’ lewat ujian2 kiriman dariNya.. Malah, jikalau Siti Nurhaliza berkias melalui ‘Biarlah Rahsia’ & Britney Spears meluahkannya melalui ‘My Prerogative’ atau ‘Piece of Me’, cukuplah bagiku utk lampiaskan segalanya di sini biarpun hanya sekadar di ‘Belantara Jiwa’…
Sesungguhnya, aku hanyalah seorang manusia biasa yg cuba utk mjadi luar biasa dgn izin dariNya jua…